Aplikasi MyKira GST

Aplikasi MyKira GST telah dilancarkan oleh KPDNKK. Aplikasi merupakan panduan dan umum bagi keperluan asas terpilih sahaja.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak harga barangan dan boleh membuat aduan terus sekiranya pengguna tidak berpuas hati.

Pengguna hanya perlu masukkan maklumat barangan seperti jenis produk, harga, premis dan kawasan Parlimen. Ia juga boleh memaklumkan harga barang tersebut berpatutan atau tidak.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store sekarang manakala bagi Apps Store ia diperolehi pada minggu pertama April.

Cara Menukar Template Blog

Cara-cara untuk menukar template blog mudah sahaja.

1. Sebelum anda menukar blog, terlebih dahulu perlu membuat backup. Backup perlu dibuat , sekiranya anda ingin menggunakan semula atau blog yang baru tetiba sahaja menjadi masalah buat diri anda. Jadi, template lama masih boleh diguna.

 Klik Template -> Backup/Restore di hujung template.





Kemudian, klik Download Full Template. Tunggu sehingga selesai. Pastikan anda tahu dimana fail template tersebut disimpan. Selalunya di dalam folder Download.

2. Selepas itu, baru masukkan template baru . Pilih Choose File -> kemudian browse template baru anda. Selepas itu, anda perlulah edit semula susunan di dalam blog tersebut untuk nampak lebih kemas. Anda boleh ulang step ini sekiranya ingin menggunakan semula template lama anda.


Anda dicadangkan untuk menggunakan template yang lebih mesra SEO. Kenapa? Boleh rujuk entri sebelum ini -> Blog Berwajah Baru.

Selamat mencuba.










Senarai Wajib Ketika Travel

Sebelum ini, saya ada entri berkaitan dengan senarai semak (checklits travel)  atau sebelum travel. Selain barang-barang yang disenaraikan , sekarang ada satu lagi barang yang perlu dimasukkan iaitu Celeberity Lass atau nama glamournya CL.

Kenapa CL dijadikan senarai wajib?

# CL merupakan produk untuk menghilangkan bau badan. Jadi apabila kita travel, kita akan bergerak dengan banyak. Bagi yang mempunyai masalah cepat berpeluh atau mempunyai masalah bau badan, ia akan menjadi masalah yang besar. Jadi apabila ada CL, anda hanya perlu sapu sahaja. Dalam 3 SAAT sahaja, bau badan anda akan hilang.

# Aktiviti snorkeling merupakan salah satu aktiviti air yang popular apabila anda bercuti ke pantai atau pulau. Anda boleh sapukan CL samada sebelum atau selepas snorkeling untuk menghilangkan bau yang kurang enak di badan anda.

CL mempunyai boleh didapati dalam dua pek :

* Pek kecil (5 ml) - RM15.00 sebotol
* Pek besar (50ml) - RM75.00 sebotol

Sila hubungi /whatsapp: 0192668244 untuk sebarang pertanyaan.

~Sharimah Yahya~
Agen Celeberity Lass 







GST : Senarai Barang Bercukai atau Tidak Bercukai



Tinggal lagi dua hari , GST akan dilaksanakan. Sudahkan anda memiliki Shoppers Guide. Didalamnya mengandungi senarai barang bercukai (6%) dan tidak bercukai (zero). Ini penting untuk memastikan anda menyemak barang-barang yang akan dikenakan cukai.

Bagaimanakah untuk mendapatkannya, sila layari laman http://gst.customs.gov.my/en/cp/Pages/cp_imp.aspx.

Untuk download, klik List Of Sundry Goods.







Tip Beli Tiket Penerbangan Murah

Dalam entri ini kali, saya akan beri tip untuk membeli penerbangan murah. Setakat ini kos penerbangan yang saya perolehi untuk percutian ke luar negara masih lagi di bawah RM700.00 untuk dua hala.

Berikut adalah tip untuk mendapatkan tiket penerbangan murah.

1. Beli sewaktu promosi.
Selalunya syarikat penerbangan akan melakukan promosi harga pada waktu-waktu tertentu. Jadilah rajin- rajinlah melayari laman web syarikat. Untuk lebih mudah anda boleh daftar sebagai ahli dan subscribe  news atau sewaktu dengannya melalui emel.

2. Beli awal
Apabila sudah dapatkan harga terendah, terus tempah. Tidak perlu risau tentang pakej dan sebagainya. Anda boleh survey pakej-pakej selepas itu, yang penting dapatkan tiket dulu.

3. Selalu membuat perbandingan
Sentiasa membuat perbandingan harga antara syarikat penerbangan.

4. Beli tiket pergi dan balik
Pastikan membeli tiket pergi dan balik kerana lebih menjimatkan.

5. Pilih destinasi yang sering dikunjungi.
Syarikat penerbangan lebih kerap membuat promosi dengan menawarkan harga tiket yang murah ke destinasi-destinasi yang sering dikunjungi.


Festival Hari Kraf Kebangsaan 2015

Bagi Peminat - peminat kraf , jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Festival Kraf Kebangsaan 2015 yang tela bermula pada 26 Mac 2015.  Festival ini dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Tema pada kali ini ialah Eco-Kraf Pelaburan Kesejahteraan.

Seramai 255 orang usahawan kraf akan mengambil bahagian diikuti 128 ( kraf hasil rimba), 83 (perkhidmatan perkahwinan), 69 (aneka kraf), 52 (hasil tanah) dan 51 ( hasil logam).

Info festival:

Tarikh: 26 Mac hingga 7 April
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Laman web:
http://www.kraftangan.gov.my
http://www.hkk.kraftangan.gov.my

Pameran Dinosour : Petrosains-Dinotrek2



pameran dinosour
My Sister sempat berposing di hadapan Balai Seni Negeri
pameran dinosour

Adakah manusia dan dinosour pernah hidup bersama ? Dinosour dan manusia hanya wujud bersama di dalam buku, filem dan kartun. Dinosour pupus kira-kira 65 juta dahulu sementara manusia hanya wujud di bumi kira-kira 200,000 tahun dahulu. Pada pendapat anda, jika dinosour tidak pupus, adakah manusia boleh hidup bersama dengan dinosour?




pameran dinosourApakah yang membunuh dinosour? Di akhir Zaman Cretaceous, 65 juta tahun dahulu, kesemua dinosour menjadi pupus? Adakah ini disebabkan perlanggaran asteriod? Atau perubahan iklim yang disebabkan oleh letusan gunung berapi?




Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda mengunjungi pameran Dino Trek2 di Balai Seni Negeri, Alor Setar Kedah. Pameran ini masih berlangsung sehingga Mei 2015. Boleh rujuk entri sebelum ini untuk waktu lawatan.

Selain info tentang dinosour, terdapat pelbagai game interaktif yang menarik. 


Pelbagai mainan dihidang untuk aktiviti anak-anak anda. Selain itu juga, anda boleh mengambil gambar berlatarkangkan zaman dinosour. Percuma sahaja. Gambar tersebut akan dihantar kepada emel anda,





Jom, kita lihat apa yang ada di sana ?

dinotrek
Antara game intreactive yang disediakan. Hanya perlu jawab soalan sahaja. Kalau jawapan salah, jawapan yang betul disediakan. Masa main game ini rasanya yang betul tak sampai lima. 

Hehehe, nampak benar tak minat dengan dunia dinosour ni.
dinotrek  
dinotrek

Yang kat bawah ni ni pulak, boleh lompat , ala-ala main jengket-jengket tuh. Ada soalan yang diberikan, pastu pijak ja jawapan. Dalam hati nak juga lompat, memandangkan ramai pulak kanak-kanak yang berminat bagi jerlah laluan tuh kat depa. Masa amik gambaq ni, saper pun tak ada , tapi bila nak cuba, ramai pulak yang datang. Tak palah, kakak bagi laluan ye adik-adik..:)

dinotrek

Suasana dalam tuh memang best, rupa-rupanya banyak spesies dinosour ni ya, tapi bila baca memang tak simpan dalam kepala. Baca jerlah, lepas baca terus amik gambaq. 

dinotrek



dinotrek


dinotrek

dinotrek

dinotrek


Game ni Najiha suka, boleh buh warna -warna pada badan dinosour. Najiha ni baru 1 tahun lebih ja, kan dia faham apa-apa pun lagi, dia cuma seronok nak tekan ja..tapi bagi jer, biarkan sel-sel otak dia berhubung.

dinotrek

Selain game berasaskan komputer, ada juga aktiviti melukis dan mewarna.


dinotrek


Tempat permainann juga disediakan sebelum pintu keluar pameran. Kalau rasa yang bawa anak kecil dan dah larat nak pegang macam kami ni (Najwa dan Najiha memang lasak), bolehlah letak di situ. Comfirm diaorang tak pi mana dah.

dinotrek


dinotrek


Cenderamata juga turut dijual. So, kalau nak beli hadiah atau untuk kenang-kenangan bolehlah beli. Harga masih berpatutan.







MyNutriDiari: Kalori Di Hujung Jari

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan satu aplikasi bagi memantau pengambilan makanan terutamanya pengambilan kalori iaitu MyNutri Apps: My Nutri Diari.


Aplikasi ini boleh diinstall melalui Google Play Store. Keistimewaaan aplikasi ini ialah :

#Menyimpan rekod pengambilan kalori harian, mingguan dan bulanan
#Senarai kalori makanan dan minuman rakyat Malaysia
#Barcode Scanner untuk mendapatkan maklumat pemakanan
#Saranan spesifik mengikut status pemakanan anda
#Bahan Rujukan percuma

Diet, kalori





Bikers Kental Mengamuk



Musim panas ni memang kalau sesiapa yang join bikers terpaksa PECAH LEMAK berkilo-kilo.
Mana tidaknya  peluh sampai boleh perah baju. Panas sangat cuaca sekarang.

Ada sorang bikers ni, mengamok sakan bila terpaksa share bilik dengan kawan bikers yang terkenal dengan jolokan " LALANG TEBAL ".

Apa taknya, dahla geli dengan LALANG yang jarang2 ditebas tu, ada pulak BAU BADAN MENUSUK KALBU. Sampai tahap nak tukar bilik la cerita ni. Last-last , mujur ada kawan bilik sebelah ni bawak ‪#‎celebritylass‬ 

Disuruh sapu CL tu ke LADANG yang sudah ditebas, 3 saat ja setel bau badan, setel masalah bikers mengamuk. Kawan-kawan yang memang bikers kental, jaga beb hidung kawan2. Kesian sangat ni, masalah bau badan kena amik serius beb. Boleh hilang kawan .

Mana nak dapat celebertiy Lass tuh?

Jangan segan-segan, whatsapp ke no. ni : 0192668244



Keputusan Penuh Anugerah Drama Festival KL



Rindu Awak 200%


Anugerah Drama Festival KL 2015 yang telah berlangsung di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) pada 21 Mac 2015 menyaksikan drama Rindu Awak 200% memenangi kategori Drama Pilihan.

Selain kategori ini, drama ini juga memenangi kategori Pelakon Lelaki Pilihan, Pengarah Pilihan dan Penulis Skrip Pilihan.






Keputusan Penuh :
Pelakon Lelaki Pilihan
Zul Ariffin- Rindu Awak 200%

Pelakon  Wanita Pilihan
Amyra Rosli- Kristal Maya

Pengarah  Drama Pilihan
Aidilfitri Mohamed Yunos- Rindu Awak 200%

Penulis Skrip Pilihan
Nieza Nahar- Rindu Awak 200%

Barisan Pelakon Pilihan
Drama Selamat Pengantin Baru

Pasangan Hero dan Heroin Pilihan
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Rose

Drama Pendek Pilihan
Luahan Abah

Drama Pilihan
Rindu Awak 200%



Fenomena Ekuinoks

Teks : Sharimah Binti Yahya

Dunia sekali lagi dilanda fenomena ekuinoks pada 21 Mac 2015.

Apa itu fenomena ekuinoks? Ia berlaku ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa bagi mengubah kedudukannya. Semasa fenomena ini terjadi, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Negara yang berada di atas garisan khatulistiwa akan mendapati matahari berada  di atas pada waktu tengahari mengikut waktu tempatan masing-masing.
Kawasan Pontianak, Indonesia merupakan yang paling hampir dengan garisan khatulistiwa.

Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Malaysia juga tidak kecuali.  Cuaca panas yang melanda Malaysia sehingga April adalah salah satu kesan akibat fenomena ekuinoks.

Gerhana Matahari Penuh

Teks: Sharimah Binti Yahya

20 Mac 2015 telah berlaku Gerhana Matahari Penuh. Namun fenomena ini tidak dapat dilihat di Malaysia.
Fenomena ini boleh dilihat di Kepulauan Faroe dan juga di kawasab Lautan Antik dari Greenland ke Norway. Ia berlaku  dari pukul 8.41 pagi hingga 10.15 pagi waktu Kepulauan Faroe. Penduduk di sekitar kawasan itu akan mengalami waktu gelap selama dua minit.

Gerhana Matahari Penuh seterusnya dijangka pada 12 Ogos 2026 untuk penduduk Eropah.



Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah Di Kaca Tv


Datuk Ustaz Kazim Elias atau dikenali sebagai UKE telah membuat pengumuman tidak akan muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen. Pengumuman ini dibuat secara langsung semasa program Forum Perdana Islam di Tv1.

Pengumuman ini dibuat lantaran rasa sedih selepas beliau diserang kiri, kanan, depan dan belakang serta dikatakan  ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan gaya penyampaian ceramahnya seperti penglipur lara. Dengan pengunduran beliau, akan memberi peluang kepada penceramah-penceramah baru.

Walaubagaimanapun, program ceramah di luar kaca televisyen akan diteruskan seperti biasa.
Keputusan yang dibuat ole UKE rata - rata mengecewakan peminatnya, bagaimanapun mereka tetap memberi sokongan dan menghormati keputusan beliau berikutan beberapa rentetan peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kita terus berdoa semoga suatu hari nanti, Datuk UKE menimbang semula keputusan ini dan akan kembali di kaca tv.

Blog Berwajah Baru

Teks : Sharimah Binti Yahya



Alhamdulillah, berjaya juga memberi nafas baru untuk blog saya. Saja tukar angin untuk menambahkan lagi motivasi pada diri untuk konsisten dalam menulis blog ini.

Beberapa minggu yang lepas, terjumpa satu blog yang menarik untuk dijadikan panduan dan tips dalam dunia blogging. Blog tersebut ialah www.hasrulhassan.com. Saya suka blog ini kerana banyak panduan blogging yang boleh diperolehi. Salah satunya cara untuk meningkatkan aliran trafik blog ialah template yang lebih mesra SEO (Search Engine Optimization)

 Nak tahu lebih detail boleh klik di sini.

Template mesra SEO boleh download dari mana-mana yang menawarkan template yang percuma.











Pusat Rekreasi Ulu Legong, Baling

Teks : Sharimah Binti Yahya
Gambar : Koleksi Peribadi dan carian Google

Kali ni bercerita sedikit tentamt Pusat Rekreasi Ulu Legong atau lebih dikenali sebagai Kolam Air Panas Ulu Legong. Ia terletak di dalam Daerah Baling. Senang ja nak cari, bila masuk ja Baling, akan ada signboard Ulu Legong. Kalau dari Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang nak senang ikut highway Kulim / Butterworth.

Kolam Air Panas di tadbir sepenuhnya oleh Majlis Daerah Baling. Dibuka 24 jam. Jadi boleh masuk bila-bila masa sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut :-

Dewasa : RM6.00 
Kanak-Kanak : RM3.00
Khemah : Dikenakan bayaran tapi tak ingat baper
 (coz abang yang bayar)

Bagi yang menginap di Seri Baling Inn, Rumah Rehat Baling dan di chalet pusat rekreasi ini, bayaran tidak dikenakan.Info lanjut : http://mdbalingtourism.gov.my/legong/index.html

Selalunya, pengunjung lebih ramai datang pada waktu malam dan keadaan bertambah ramai di hujung minggu dan cuti sekolah. Pada 18 Disember 2014, aku bersama family abang sempatlah berkunjung disini , bawa anak-anak saudara dari Langkawi. Memang ramai. Tempat letak kenderaan hampir penuh.


Kami tidak sewa  chalet, tapi pasang khemah. So, bolehlah rehat dan tidur. Kalau nak bawa makanan untuk ala-ala barbeque pun dibenarkan, Cuma untuk kebersihan, kena-kena pandailah jaga. Bawalah plastik supaya senang untuk kumpulkan sampah dan dimasukkan ke dalam tong. Bagi yang tak mahu bawa makanan, jangan susah hati, kafe dan kiosk juga ada. 

Kemudahan bilik persalinan, tandas dan juga surau disediakan. Jadi tiada masalah. Banyak peningkatan yang dibuat oleh Majlis Daerah Baling berbanding 15 tahun  yang lepas.

Tak ingat dah berapa kolam. Tapi setiap kolam ada tahap kepanasan dan kedalaman. Jadi bagi yang bawa kanak-kanak kecil, carilah kolam yang sesuai untuk mereka.









Cara Pantas Hantar Blog ke 20 Enjin Carian

Teks : Sharimah Yahya

Hari ini merayau di enjin carian . Siapa lagi tak lain tak bukan ialah Mr. Google. Tajuk carian ialah tentang tips dan panduan blogging. Tetiba dapat satu tips iaitu Cara Pantas Hantar Blog ke 20 Enjin Carian. Nak tahu bagaimana? Rupa-rupanya senang sahaja iaitu guna Free Web Submission. Perkhidmatan ini adalah percuma.

Cara-caranya ialah :
1. Masukkan url blog anda
2. Masukkan nama anda
3. Masukkan alamat emel anda yang sah (bagi tujuan pengesahan)
4. Kemudian , tekan butang Submit Your Site


http://www.freewebsubmission.com/

5. Kemudian buka emel anda dan buat pengesahan.

Mudah sahajakan. Jom kita cuba.




70 Formula Menarik Rezeki




MEMBACA itu WAJIB

>>>>RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI<<<<

EDISI 5 TERBAIK (BEST SELLER)
----------------




“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”

SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT DI BAWAH:

1) DENGKI
2) SAKIT HATI DENGAN ORANG
3) CEMBURU
4) MURUNG
5) SEDIH
6) MASALAH KOMUNIKASI
7) LALAI
8) LUPA
9) TAK CUKUP DUIT
10) MERASA DIRI HEBAT
11) RIAK
12) BERCELARU
13) TIDAK TENANG TIDUR
14) SUKA FIKIR MASALAH
15) TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
16) SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN
Dan banyak lagi..

 Jika dibaca penuh penghayatan


LIHAT APA KATA PEMBACA EBOOK 70 FORMULA REZEKI INI
=====================================

"Baru2 akak dilanda satu masalah dlm diri akak.... masa tu mmg lost.. sehingga akak rasa mcm gelap aje dunia ni pada kemuncak masalah tu.. sehingga satu mlm... akak baca blk ebook nora hingga tertidur.. bangun pagi.. akak rasa lain sgt.. mcm ada satu semangat baru.. masalah tu jd kecik pulak.. start dari mlm tu.. mmg akak akan selalu baca.. bila akak fikir balik... baru akak perasan.. ebook nora kandungan dia "happy2..".. membakar semangat.. sbb tulah.. kalau akak bc seblm tidur.. bila bangun pagi mood jd happy n bersemangat...."    -CIKPUAN NOR ZAHIDAH ARIFFIN


BERMINAT MILIKI EBOOK INI? TEMPAH SEKARANG.
500% BERKESAN. SETIAP HARI PASTI TERSENYUM 24 JAM. ^_^

Jaminan wang dikembalikan 500% tanpa ragu.

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN -->




Sharimah  Yahya
Whatsapp: 0192668244

eBook : Mama Dah Resign & Suri Rumah Juga Boleh Berbisness


Sumber : Akademi Bekerja Di Rumah (Anys Idayu)
Yeay ! Mama Dah Resign
Suri Rumah juga Boleh Berbisness


Bila makin bertambah ahli keluarga, perbelanjaan juga makin bertambah. Tidak dapat dinafikan, kos menghantar anak ke taska atau pengasuh pada zaman sekarang boleh tahan juga bayaran bulanannya. Bayangkan Puan Zaila yang perlu menghantar 3 orang anak ke taska sebelum berhenti kerja. Berapakah kosnya? Dengan bayaran lebih masa, perlu hantar pada hari Sabtu. Saya juga mengalami perkara yang sama. Dan ada lagi sebab lain berkenaan anak-anak beliau dengan taska, yang membuatkan beliau nekad berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah.
Nak tahu sebabnya? Kenalah beli ebook ini ya.
Menjadi suri rumah adalah pilihan masing-masing. Dan bukan semua orang mampu berbuat demikian. Komitmen lain, dan juga keperluan muslimah dalam sesetengah bidang pekerjaan kadangkala menuntut sebahagian daripada kita untuk terus bekerja. Terpulang kepada keadaan masing-masing. Cuma yang pasti, setiap pilihan yang dibuat jangan terburu-buru dan sebaiknya solat istikharah dan Bertanya Allah Dahulu ‪#‎teknikBAD‬.
Banyak lagi yang dikongsikan oleh Puan Zaila dalam ebook sulung beliau ini. Antaranya bagaimana beliau memulakan bisnes secara part time, kemudian secara online dan memanfaatkan media sosial untuk meluaskan pasaran dan pelanggan. Dan jangan tak tahu, Puan Zaila ada macam-macam jenis bisnes yang pernah diceburi dan merupakan blogger yang berjaya mendapat hasil daripada berblog, dengan hanya beroperasi dari rumah.
Untuk tempahan, sila hubungi : 0192668244