APLIKASI PERCUTIAN BUDGET : SKYSCANNER


apps travelSkyscanner merupakan salah satu aplikasi carian perjalanan  yang memberikan perkhidmatan carian dan perbandingan harga untuk tiket penerbangan, hotel dan sewa kereta secara online.

Aplikasi ini tidak menjual tiket sebaliknnya menawarkan pencarian secara percuma yang tidak berpihak mana-mana untuk pilihan syarikat penerbangan, hotel dan sewa kereta. Pengguna boleh membuat perbandingan harga dari harga yang paling murah hinggalah harga yang mahal.





Bagi tujuan carian tiket penerbangan, hanya beberapa langkah yang diperlukan :-
  • Pengguna perlu mengisi  tarikh berlepas, pulang, butir-butir penumpang. Kemudian , tekan butang carian.
  • Pilih penerbangan yang dikehendaki, dan perbandingan harga akan disenaraikan bermula dengan tawaran harga yang paling murah
  • Klik butang GO TO SITE untuk proses seterusnya dan pengguna akan dihubung ke laman syarikat penerbangan/ejen pelancongan bagi tujuan tempahan.
Skyscanner boleh dimuat turun ke telefon pintar atau boleh dicapai melalui komputer atau tablet.


apps travel

You Might Also Like

0 comments