APA ITU AR RAHNU





Ar Rahnu (Pajak Gadai ISLAM) asalnya dari perkataan *"Rahn"* - Gadai
Pemberi pinjam di panggil *'Murtahin'* dan penggadai di panggil *'raahin'*.
Menyimpan emas dalam jangka masa panjang adalah menguntungkan.Kecuali satu jer risikonya iaitu HILANG ATAU CURI.

Jadi salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar Rahnu. Konsep Ar Rahnu sebenarnya sama dgn personal loan di bank.Cuma bezanya bila kita menggadaikan sesuatu kita akan lebih berjimat cermat menggunakan duit pinjaman tersebut.
Sistem pajak gadai ISLAM membantu umat dalam menyelesaikan maslahah (keperluan) umat di mana sebahagian daripadanya memerlukan barang keperluan sedang tidak memiliki cash money, cuma yang mereka ada adalah aset dalam bentuk barang (emas, perak & dll.). Jadi sistem ini membenarkan mereka berhutang untuk mendapatkan cash money dengan menggadaikan sebahagian aset yang mereka ada.




You Might Also Like

0 comments