1 September 2018, Sabtu

Tibalah hari yang dinantikan. Kami semua berkumpul di HSAH. Kali ni tak amik bas, kami  car pool. Cari partner sendiri. Jadi Cik Shima  tumpang kereta kawan. Satu kereta 6 orang-Zaharah, Kak su, Emy, Sarah, Cik Shima dan Ummi.

Kami bertolak lebih kurang pukul 7.00 pagi. Sampai di Baling, kami bersarapan dulu. Tak ingat apa nama tempat, tapi depan Gunung Balinglah. Ada juga yang  tanya kami, nak naik Gunung Baling ka. Maklumlah masing-masing pakai pakaian ala-ala nak panjat gunung.

Jom ke Gua Gendang.  Bab posing nombor satu

 
Jom posing sebelum ke Gua Gendang


Dah habis bersarapan, kami pun bertolak ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam. Ada pegawai dari JPAM yang akan mengikut kami.  Pegawai JPAM ada  tanya nak masuk Gua Itik sekali tak, kami tak mau sebab dah mindset dalam kepala nak masuk Gua Gendang saja.

Sebelum memulakan ekspedisi, kami diberi sedikit taklimat, antaranya jaga perkataan, jangan bising sangat dan juga jangan ambik barang di dalam gua. Cuak dak dengar. Hehehhee. Selepas di beri taklimat, kami mula meredah hutan untuk ke sampai pintu gua.  Laluan hutan, laluan  bertangga kami lalui, jalan agak licin sikit, jadi terpaksa berhati-hati. Ada juga yang kami terpaksa pegang pada tali.
Dah mengharung segala bagai, akhirnya sampai juga kami di pintu masuk gua,

Lawa Lagi masa ni












Sini, Cik shima rasa tetiba hilang konfiden, Nak masuk pintu gua kena lalu tangga yang berkayu  secara mengundur. Tangga tersebut pula tergantung dan bergoyang. Betul-betul kena berhati dan pada masa ni, baru Cik Shima tahu, ada juga persaan takut. Gayat rupanya. Ada lebih enam atau tujuh anak tangga nak kena turun, sampai anak tangga ketiga, kaki tak leh gerak. Ketat lutut. Nasib baik member ada di bawah, bagi tips dan cara-cara yang betul dan semangat. Cuak ooo. kaki tak leh gerak.

Nak Masuk Pintu Gua

Dah masuk, dari pintu gua, kami dah mula kena harung air. Memang sejuk air tersebut. Ada sesetengah tempat, air cecah paras pinggang. Sehingga sampai satu kawasan, kami terpaksa merangkak. Lubang tersebut kecil,muat sorang-sorang. Kena merangkak atau jalan itik. Awal-awal Cik  Shima jalan itik, last-last penat, Cik Shima merangkak jugaklah. Kenalah batu-batu sedikit. Tak ingat berapa meter kami merangkak, akhirnya sampailah kami pada tempat yang boleh berdiri. dan sampai di sini, dah boleh jalan seperti biasa. Air tetap kena harung.


Dalam Gua

Dalam Gua

Dalam Gua



Memang best sangat suasana dalam gua, sejuk. Patutlah team budak yang sesat kat Thailand boleh survive berhari-hari. Secara logiknya, musuh mereka cuma kekurangan bekalan air minuman, cuaca dan  banjir. Berada di dalam gua, apa yang penting perhatikan keindahan keindahan dan kecantikan Gua Gendang. Ikutkan suasana dalam gua gelap, tapi bila masing-masing dah pakai headlamp, jadi tak lah gelap.  Cik Shima pakai juga head lamp, sebab senang bergerak. Kalau torchlight kena pegang, payahlah pulak.  Tapi torchlight stand bylah juga dalam beg, mujur lah juga, sebab tetiba torchlight Umi tak berfungsi, jadi Cik Shima pun pinjamkan yang Cik Shima punya.
  
Sampai pada satu kawasan, pegawai JPAM suruh kami padamkan lampu dan duduk diam-diam. Emm, tapi tak jadi juga, bila dah ramai-ramai. Tujuannya adalah untuk menikmati bunyi gendang yang dihasilkan samada melalui angin atau air di dalam gua tersebut. Bagi mendapatkan bunyi tersebut, memang kena betul-betul hayati, tapi tak dapatlah sebab ada yang buat bising.








Agak lama berehat di situ dan akhirnya kami bergerak menuju pintu keluar. Jumpa lagi air ala-ala air terjun. Best ja . rasa nak mandi tapi rasa malas nak basahkan baju, jadi just duduk dan ambil gambar.
Laluan balik tak sama seperti laluan datang. Masa balik, kami lalu kebun getah sehinggalah jumpa jalan besar menuju ke check point pertama tadi.



Dah Keluar Gua



Main tarik-tarik




Alhamdulillah selesai sudah ekspedisi ni. masa balik kami sempatlah singgah di restoren Ad Nani Ikan Bakar. Best sangat restoren ni. Cik Shima suka menu dia. Sampai rumah, mandi, solat dan pas tu amik stokin vken pakai dan tidur. Rehat sebelum masuk waktu Asar.



Keletihan

Suka Ulam

Restoren Ad Nani Ikan Bakar


Balik rumah, terus sarung stokin ni , best sangat



Selepas beberapa hari, baru tau, laluan yang kami guna tu dah lama orang tak lalu. Laluan yang selalu digunakan ditutup. Jadi, pada masa kami pergi, kiranya team kamilah yang start balik guna. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan selamat.



LIHAT JUGA PERSEDIAAN AWAL KE GUA GENDANG
Read More
#Ikhtiar_hamil

Bagi yang sudah lama mendirikan rumahtangga tapi masih belum mempunyai zuriat, jangan berputus asa. In shaa allah masih ada jalan. Ikhtiar selagi ada jalan.

Bersama ini Cik Shima kongsikan beberapa testimoni asbab pemakaian produk vken, akhirnya cahayamata yang dinantikan muncul. Selebihnya adalah dari Allah.

Ada yang ingin mencuba, boleh hubungi :
Cik Shima 0192668244









*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB : Shampoo Santan ->>Klik Sini  atau
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Tonik Rambut Bayam dibuka.
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara

Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
**********************************************************
 


Read More
Ekspedisi ke Gua Gendang sebenarnya dah lama rancang. Lebih kurang sebulan dari perjalanan.
Sementara menanti tarikh ekspedisi, sempatlah Cik Shima usha apa persiapan yang patut.

Bila cari dalam blog, kebanyakan bercerita tentang Gua Gendang dan Gua Itik. Kedua-dua gua ini sebenarnya sebelah menyebelah. Kebanyakan yang pergi, akan masuk kedua-dua gua ini. Tapi kami memilih hanya satu sahaja iaitu Gua Gendang.

BEG KALIS AIR - OCEAN BAG

Dapat info awal, kami akan mengharungi air. Jika hujan, berkemungkinan air paras pinggang. Jadi bagi memudahkan urusan terutamanya telefon lah kan, jadi Cik Shima  ushalah beg kalis air. Ni pun bila gi sabah hari tu, masa round pulau dia bawa. Jadi, bila teringat yang tu, Cik Shima apalagi bukalah lazada dan Shopee. Jadi barang ni lah yang Cik Shima prepare .

Ocean Dry Bag
Gambar : Google 
Cik Shima amik yang 5 litre ja, sebab badan kecik kan lagi satu nak bawa barang sikit ja. Bag ni boleh beli online.

Memang selesa, bila bawa masuk gua, sebab dia boleh galas. Masa nak beli, boleh tengok ada provide sekali atau tak. Ada setengah seller tak provide,. Ada juga yang ada 2 tali , tapi Cik Shima amik yang satu ja. Harga masa Cik Shima beli ialah RM26.10


WATERPROOF POUCH FOR MOBILE

Barang kedua yang Cik Shima beli ialah Waterproof Pouch, walaupun Ocean bag memang kalis air, tapi nak menjamin keselamatan telefon, Cik Shima grab juga yang ni. macam biasa, Lazada atau Shopee lah kan. Nak beli yang ni, kena tengok size yang sesuai untuk telefon.


Kalis air
Gambar : Lazada

Dapat ja barang, Cik Shima terus test masa gi Merbok. Buh telefon dalam tu, terus selam dalam air. Amik gambar dalam air. Wah, boleh caya, memang tak masuk air. Gambar pun cantik, macam kita guna secara biasa.

Okay settle 2 benda untuk barang bagi aktiviti air.


KASUT GETAH@KASUT ADIDAS KAMPUNG


Ramai kawan Cik Shima suruh beli kasut adidas kampung ni ja . Memang selesa dan sesuai juga untuk hiking. Pengalaman diaorang semasa naik Gunung Baling.


Jadi bermulalah episode carian kasut ni bersama Umi. Dari DIY (2 atau 3 cawangab) sehinggalah ke kedai hardware. kasut tu ada tapi size untuk kaki Cik Shima memang tak ada. Harga memang murah ja. Dalam RM7-RM10, ikut kedai. Tapi kasut ni memang sedap dan tahan lasak. Tu yang orang panggil kasut getah.

Pas tu mau tak mau, pergi jugaklah ke Kedai Al- Ikhsan. Tu dia sepasanga dekat RM300.00. Ada juga berkenan sepasang tu, tapi tak ada size. Dalam hati berkenan tapi macam tak berbaloi la pulok, Cik Shima bukan nak hiking selalu pun. Mujur juga tak ada size, selamatlah duit.

Lastly, pergi ke Kedai Bata. ha, jumpa juga kasut yang bersesuaian . RM90 sepasang termasuk dua pasang stokin.


kasut Getah, kasut kampung
Gambar : Google


HEADLAMP/ TORCHLIGHT

Peralatan ni mudah dapat. Cik Shima beli ja kat DIY. Harga lebih kurang dalam RM15. tapi kalau nak murah , boleh beli kat kedai ECO atau kedai RM2. Cik Shima beli yang bateri boleh rechargeable. Senang tak yah tukar-tukar bateri dah nanti.

Pas tu Cik Shima pi teman member ke  Kedai ECO, grab pulak torchlight kecil-RM2.00. Masa ni rasa macam nak pakai headlamp, besar ja kat kepala. Almaklumlah, kepala kecil kan,


Ini antara barang untuk persediaan awal. Walaupun orang kata alah 1 hari ja, nak masuk gua ja pun, tapi Cik shima suka prepare awal dan barang yang nak digunakan hendaklah selesa  dan sesuai untuk aktiviti berkenaan.


WRISTLET VKEN

Satu lagi yang Cik Shima standby ialah wristlet. Wristlet ni memang Cik Shima dok pakai hari-hari. Siang pakai sebelah kanan. Malam pakai sebelah kiri. Wristlet ni bagus untuk jantung. Sesiapa sahaja boleh pakai dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Dan bagi sesiapa  yang suka join aktiviti outdoor dan juga sukan, digalakkan sangat pakai.

Bagaimana cara dapat? Boleh ja hubungi Cik Shima sebab Cik Shima merupakan pengedar sah untuk produk vken

Wristlet Vken



Okay, next entri adalah PERJALANAN EKSPEDISI GUA GENDANG. Tunggu ya

Read More



Stokin Rawat Darah  bertujuan menjadikan darah sihat, lancar dan beroksigen. Pelbagai penyakit yang berada didalam laluan darah terawat akan dipulihkan, Insya Allah antaranya:

  • SAKIT SENDI
  • SAKIT LUTUT
  • SAKIT KEBAS
  • DARAH TINGGI
  • KENCING MANIS
  • STROKE
  • MIGRAIN
  • PENYAKIT KULIT
  • ANGIN
  • KOLESTEROL
  • GOUT
  • JERAWAT
  •  SAKIT PINGGANG
  • LEMAH TENAGA BATIN
  • SEMUA MASALAH DARAH


STOKIN RAWAT DARAH VKEN 

Stokin Rawat Darah ini menggunakan teknologi Nano Jepun dan  Jerman dan dikilangkan di pusat teknologi Nano Taiwan. Mempunyai 5 jenis ion istimewa iaitu :

  • Nano Mineral Far Infrared Ray, 
  • Ion Negatif Tourmaline, 
  • Ion Nano Titanium, 
  • Ion Nano Germanium 
  • Ion Nano Perak





KONSEP ASAS: STOKIN INI BUKAN MERAWAT PENYAKIT SECARA KHUSUS, TAPI STOKIN INI LEBIH BERFUNGSI MERAWAT DARAH
Bila darah tidak sihat, tubuh juga akan menjadi tidak sihat, antibodi atau daya melawan penyakit amat lemah. Umpama sebatang pokok yang tidak sihat, penyakit , kulat dan serangga sangat mudah menyerang. Begitu juga halnya dengan badan kita bila berkeadaan lemah. Segala jenis penyakit akan senang hinggap pada tubuh kita. Sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit pinggang, semput dan lain-lain senang menumpang pada tubuh kita.

Oleh itu, sebelum merawat penyakit, rawat dulu darah kita. Bekalkan darah yang sihat pada semua organ badan, supaya organ badan kita dapat berfungsi secara effektif mengekalkan kesihatan badan. Anti bodi kita secara tidak langsung akan menjadi kuat untuk melawan penyakit yang ingin menyerang. Biarkan tubuh dan organ badan kita sendiri yang merawat penyakit dan mengekalkan kesihatan secara semulajadi, Insya Allah.

3 FUNGSI UTAMA STOKIN RAWAT DARAH INI 

  • Melancarkan peredaran darah
  • Membekalkan Oksigen kepada darah
  • Memberi tenaga berterusan kepada pemakai


CARA PAKAI 


  • Digalakkan pakai ketika badan berehat iaitu tidur
  • Jika ada masalah ketika kerja, pakai juga waktu kerja
  • Tiada had masa, lagi lama lagi bagus




CARA BASUH 

  • Jika pakai di dalam rumah, tidak payah basuh kerap. Sebab tiada bakteria & tidak berbau busuk
  • Jika kotor, boleh basuh tangan guna sabun biasa. Jangan guna peluntur atau pelembut
  • Jemur bawah cahaya matahari sahaja.





SIAPA PERLU PAKAI?

  • Pesakit Kencing Manis, Strok, Gout, Darah Tinggi, Sakit Jantung, Kebas-kebas kaki tangan, Sakit Pinggang, Sakit lutut, Asma, Migrain, Kaki Cagu, Fibroid, Senggugut tak teratur, Lemah tenaga batin.
  • Wanita mengandung sangat digalakkan pakai stokin untuk kecergasan diri dan bayi
  • Bayi yang bermasalah dari umur 2 hari contohnya kembung perut, panas badan
  • Ahli-ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja
  • Mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit




KELEBIHAN STOKIN RAWAT DARAH INI

  • Kos murah kerana jangka hayat stokin sangat panjang sehingga 5 - 7 tahun mengikut kekerapan penggunaan (RM3 shj sebulan pelaburan)
  • Boleh dikongsi-kongsi sesama keluarga kerana stokin ini ada anti-bakteria
  • Tidak perlu dibasuh kerap kerana ada Ion Silver yang elak pembiakan bakteria. Jadi ianya tidak berbau busuk.
  • Satu saiz untuk semua dengan patented High Definition 3D Knitting
  • Hanya sarung sahaja pada bila-bila masa dan dimana sahaja untuk stokin membuat rawatan
  • Tiada ubat tambahan perlu dimakan. Boleh elak pembedahan atau suntikan
  •  Bukan hanya untuk sarung dikaki, tapi boleh diletak di mana-mana bahagian badan yang sakit. Contohnya perut
  • Pesakit yang ada jantung bateri atau kaki dipasang besi pun boleh pakai stokin sebab tiada unsur magnet


*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB : Shampoo Santan ->>Klik Sini  atau
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Tonik Rambut Bayam dibuka.
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
**********************************************************
Read More

Setiap hari bila sampai di rumah, kaki cikgu-cikgu , jururawat atau bagi yang kerja banyak berdiri pasti akan  rasa sangat lenguh terutamanya pada tumit, betis & pinggang.

Seharian berjalan dan berdiri demi mencari rezeki. Hendak ke SPA untuk mengurut tiada masa.
Cik Shima mengesyorkan supaya memiliki sepasag stokin vken bagi tujuan ini,

Bila malam ketika waktu hendak tidur, sarung sahaja, Kaki akan rasa seperti di SPA. Salah satu fungsi stokin ini ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan juga untuk membuang toksin dalam badan.

Cik Shima dah cuba. Tiap-tiap malam pakai. Masa balik dari Gua Gendang baru-baru ini, kaki lenguh. Balik umah, rehat , terus sarung. Memang best.












*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB : Shampoo Santan ->>Klik Sini  atau
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Tonik Rambut Bayam dibuka.
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.

**********************************************************
Read More
8 September 2018

Kebiasaanya Cik Shima jarang sangat hadir ke pameran atau apa-apa program yang mellibatkan ramai pengunjung. Tapi disebabkan adik dari KL nak pi juga hari Terbuka ni, jadi Cik Shima bawa jerlah.

Kebetulan abang Cik Shima dan ayah serta mak ada amik tapak untuk berniaga. Jadi, mahu tak mahu kena pi jugalah.

Bertolak dari rumah lebih kurang 9 lebih, ikutkan waktu pertunjukan kapal terbang sesi pagi memang tak sempat tengok, jadi kami plan nak tengok pameran ja. Lepas tu balik. naik Highway terus keluar tol Kepala Batas. Adik Cik Shima yang sorang lagi dah bertolak awal-awal sebab depa nak tengok pertunjukan. Cik Shima dapatlah whatsapp, kata jalan dah start sesak, keluar tol Cik Shima pasang Waze.

Sepatutnya simpang dari Pekan Kepala batas kena amik kiri, tapi si Waze duk bising suruh amik kanan..Cik Shima dah 50-50. Tengok Waze dari Kepala Batas tuh memang dah merah dah, sah trafik memang slow. Teringat member pernah up kat facebook masa raya nyesal tak ikut Waze. Akhirnya, Cik Shima buat keputusan ikut Waze. Alhamdulillah, memang agak jauh sikit, waze bawak masuk kampung kut penaga tapi memang dapat elak jem. Cuma Cik Shima jem sikit dari SK Telok Air Tawar ke Taman Senangan apa ntah. Memang bagus ikut Waze, dia potong banyak jalan.

Parking memang tak yah cakap. Ayah Cik Shima bagitau suruh parking kat Padang Golf. Ha amik kau, berkilo meter jugalah kena jalan, Bertabahlah. Masa tu orang pun dah mula ramai. Sampai-sampai terus ke gerai abang Cik shima. Konon sekejap ja, sekali sampai kul 3.00 petang kat situ. Sempatlah tengok pertunjukan kapal terbang Sukhoi, Hawk, Hornet, dan lain-lain.

Apa yang Cik Shima nampak, pengunjung yang datang pun ramai yang berfamily, siap bawa anak-anak lagi. Kanak-kanak yang minat memang teruja lah kan.
Di sini, suasana sangat harmoni, pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa datang. Sangat unik.
Cuma tak bestnya, sikap masyarakat kita yang masih suka buang sampah-sampah. Sikap  yang ni kena ubah. 

Apa-apa pun tahniah TUDM .









Langit Gelap. Alhamdulillah hujan tak lebat.



Baju ni boleh sewa untuk dipakai





Read More
Pejam celik-pejam celik, rupanya terlupa nak update entri terakhir Sabah.

Selepas  bersesi gambar di Jambatan Tamparuli -> Entri sebelum ini
SABAH DAY 4 - KINABALU PARK , PEKAN NABALU & JAMBATAN TAMPARULI

kami bergerak ke rumah terbalik. Konon-konon nak masuk, tapi tak jadi sebab tak dibenarkan bergambar di dalam.

sabah
Rumah Terbalik Sabah
 
        
Jadi kami terus bergerak dan terjumpa gelari Chenteek ni. kami terus singgah. Di sini boleh ambil gambar dengan memakai pakaian tradisional diaorang. Tapi Cik Shima tak jpin, malas nak bertukar-tukar baju.



tempat menarik sabah


sabah




Ada lagi gambar di sini, tetapi  hilang dalam koleksi. Nanti Cik Shima update ya. 

Lepas tu kami terus bergerak ke Kota Kinabalu. Penerbangan ke Pulau Pinang, malam ni. Sampai di KK, kami terus singgah di masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Masjid ni kami dah nampak semasa dalam perjalanan datang dan memang ada niat nak singgah di sini.

Ramai pengunjung dari dalam dan luar negara datang. Alhamdulillah, Allah izinkan kami untuk bersolat di sini. Cantik sangat. Teringat pulak Masjid Putrajaya.


sabah





Selepas solat, kami terus bergerak ke kedai makan. Cik Shima tak ingat kat mana, tapi kedai ni memang best. Sedap sangat, tak tahulah kut lapar atau apa. Harga pun okay.


Lepas makan, kami terus ke pasar Filipino untuk shopping. Kali ni datang just untuk cuti, jadi tak adalah niat untuk shopping sangat. Cik Shima hanya beli kuih cincin dan brooch sahaja. Perhiasan mutiara dan kristal memang tak beli, sebab dulu dah pernah datang, beli banyak-banyak...balik tak pakai pun. Simpan buat pekasam.

Lepas tu, kami terus ke Pantai Tanjung Aru untuk berehat sementara menunggu waktu untuk ke airport Kota Kinabalu.


sabah
Cantik Susunan Jeruk
 



Selepas melepak di sini, kami terus ke airport untuk penerbangan ke Pulau Pinang.

~SAYANORA SABAH, JUMPA LAGI~

Bagi Cik Shima, Sabah sebuah negeri yang sesuai untuk bercuti bagi merehatkan minda.




Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama