TIPS MEMBELI BARANG KEMAS (BK)

Soalan : 
Simpanan aset barang kemas (BK) boleh dijadikan simpanan asalkan kita tahu kesilapan yang  perlu dielakkan. Bagaimana ? Jom kita lihat.

Berkenaan Barang Kemas (BK). Permintaannya memang tinggi namun jika untuk kita jual balik, susut nilainya@ spreadnya adalah tinggi iaitu dlm 18%-45%. BK mempunyai dwipenggunaan iaitu boleh dijadikan sebagai perhiasan (pakai) dan juga boleh dijadikan sebagai simpanan.
Namun perlu tahu jenis yang mana boleh 2 dalam 1 & yang mana 1 sahaja penggunaannya. Jadi, sebaik²nya pilihlah 2 dalam 1 berbanding 1 sahaja kegunaannya . Disinilah kesilapan yang perlu dielakkan?

❶- Gred Ketulenan :
Pilihlah gred emas yang tinggi, iaitu 24k atau 22k. Jangan beli barang kemas gred dibawah daripada 22k kerana di situ kurangnya kandungan emas didalamnya.  Apabila semakin tinggi gred emas tu maka semakin tinggilah nilainya.

❷- Jenis Item:
Jangan pilih BK yang banyak sangat lopong², kerewang², ada batu (cincin ade batu permata), design lebih² sangat, kosong di dalam (cthny loket love yg kosong dlmnya). Sebaliknya pilih BK yang solid & padu. Seperti jenis gajah padu, rantai mesin, cincin belah rotan, loket padu dan lain-lain.

❸- Harga :
Harga pun mainkan peranan penting. Banyak kedai yang menawarkn harga emas yg berbeza tapi kualiti atau ketulenan emas tu sama.

Contohnya kedai A jual ketulenan BK 916 pd harga RM175/g, manakala kedai B pula jual pd harga RM189/g dgn ketulenan emas yg sama juga 916. Tapi ada juga kedai yang dengan harga RM163/g pun emas 916, ketulenan yang sama. Jadi mana pilihan anda? Kenapa perlu bayar lebih sedangkan mempunyai ketulenannya yang sama, cuma harga sahaja yang berbeza. Jadi kena rajin survey.
❹- Kadar Upah Tukang (Upah)
Ini pun penting juga & selalu orang terlepas pandang. Konon ade kedai menawarkn harga rendah tetapi upahnya pula tinggi. Ada kedai yang jual pada harga tinggi tapi upah sederhana. Begitu juga sama seperti kat atas, kita kena pandai memilih, Jadilah pengguna yang bijak. Kena buat survey dulu. 
Utk pengetahuan anda, upah ni kita boleh nego lagi dengan tokey kedai. So, amalkn tawar menawar di situ. Tak salah untuk tawar menawar, dah nama pun jualbeli kan. Jadilah pengguna bijak.

Whatsapp 019266824 untuk daftar ahli Power Gold atau sebarang pertanyaan.






*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut

*******************************************************************************

You Might Also Like

0 comments