Biasanya berlaku kepada kaum wanita tetapi ada juga berlaku
kepada kaum lelaki. Lebih kurang sekitar 25% golongan dewasa mengalami masalah
ini.
.
Antara punca berlaku: -
• Mengandung
• Menapos
• Umur lebih 50
• Berdiri terlalu lama
• Obes
• Sejarah keluarga
.
Salah satu cara untuk mengatasai perkara ini darpada berlaku
adalah dengan menggunakan Stoking khas yang mampu memeberikan tekanan kepada
salur darah kita.
Di MXB kita ada produk yang bersesuaian untuk mereka yang
mengalami masalah ini.
.
Bukan sekadar memberikan tekanan untuk memastikan aliran
darah berjalan dengan baik, ia juga dilengkapi dengan sinar inframerah jauh dan
juga negatif ion yang sangat baik untuk peredaran darah serta membantu
pergerakan otot-otot terutamanya di kaki kita.
Jom Sihat bersama MXB
Semua sudah maklum jika kita tidak like, share atau komen dalam jangkamasa yang lama, posting kita tidak akan lalu atau tenggelam pada sahabat kita yang berkenaan.
Jadi bagaimana hendak mengelak perkara ini berlaku.
Sudah pasti sahabat dan kita sendiri kena aktif. Tetapi kita
akui, kadang-kadang kita tiada masa untuk melakukan semua perkara tersebut.
Perkara ini tidak akan terjadi, sekiranya level anda sudah mencapai tahap seperti influencer
terkenal seperti cikgu Mohd Fadli, SuperDady, Khairul Hakimin, Dr. Ahmad Samhan
dan ramai lagi.
Mencapai tahap seperti mereka sudah tentunya ia berkaitan
dengan penulisan dan perkongsian yang benar-benar mantap. Ini tidak akan
mengambil masa yang singkat. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Cik Shima kongsikan sedikit perkongsian bagaimana untuk
menghidupkan semula engagement kita dengan sahabat yang hilang dari radar kita.
Paling mudah ialah melalui tarikh lahir.
1. Buat carian perkataan Birthday di facebook. Dah jumpa, klik sahaja.
2. Senarai tarikh lahir sahabat kita akan dipaparkan
mengikut hari ini, lepas dan akan datang. Bagi yang jatuh pada hari ini,
rajin-rajinlah memberi ucapan dan doa buat mereka.
3. Jika rajin, anda boleh klik pada setiap profail tersebut.
Semak bilakah posting terakhir mereka. Jika sudah terlampau lama contoh setahun
atau dua tahun, terpulanglah samada untuk remove atau kekal. Cik Shima memang
akan remove .
Anda boleh juga dapat lihat sahabat kita akan mempunyai
lebih dari satu akaun.
Kadang-kadang ada sehingga 3 akaun. Tetapi yang aktif
hanyalah 1 akaun sahaja. Boleh juga dikeluarkan dari senarai kenalan anda.
Setelah melakukan langkah 1 atau 2, samada pada hari
tersebut atau keesokannya, anda akan melihat posting mereka kembali naik.
Moga bermanfaat.
PEMBUKAAN JAMBATAN ENGGOR DI KUALA KANGSAR (JAMBATAN
ISKANDAR)
Pada 27 Jun 1932, DYMM Sultan Perak telah merasmikanJambatan
Enggor yang dibina untuk kegunaan jalan raya bagi merentasi Sungai Perak. Pada
hari pembukaan tersebut Sultan Perak telah menamakan jambatan tersebut sebagai
Jambatan Iskandar sempena nama keluarga Diraja Perak.
Panjang jambatan ini ialah 308.32 meter. Sebelum pembinaan
Jambatan Iskandar, pengangkutan jalan raya terpaksa bergantung kepada dua
jambatan utama iaitu jambatan di Enggor dan jambatan Pontoon di Blanja.
Tetapi jambatan-jambatan tersebut tidak berapa selamat untuk
digunakan. Sejak tahun 1912 lagi kajian-kajian telah dijalankan untuk membina
sebuah jambatan yang selamat. Akhirnya dua tapak telah dipilih untuk kajian
yang lebih rapi iaitu di Blanja dan di Enggor.
Banjir ini telah meruntuhkan rangka-rangka jambatan di kedua
dua elah tebing sungai. Oleh itu, langkah-langkah segera telah diadakan untuk
membaiki jambatan tersebut dan akhirnya pada bulan Februari 1932, jambatan
Enggor siap dibina.
Aplikasi 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀𝐏𝐀𝐘
adalah app “Mobile Wallet” yang bertujuan untuk merevolusikan bagaimana anda
melakukan transaksi dalam dunia digital yang semakin membangun dengan
menggabungkan gaya hidup dan teknologi canggih..
.
Dengan tagline “𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡
𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡,
𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡
𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡”
pengguna SemuaPay boleh membuat transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan
terima pelbagai 𝐁𝐎𝐍𝐔𝐒 ganjaran
tunai!
.
Hanya menggunakan handphone, anda cuma perlu buat pembayaran
bil utiliti atau pembelian topup telco/reload pin dan dapat komisyen bonus 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐁𝐀𝐂𝐊
untuk setiap transaksi yang dilakukan..
Pengguna boleh membuat bayaran serta belian seperti :-
• bil elektrik (TNB,
SESCO, SESB)
• bil air (SAJ,
IndahWater)
• bil perkhidmatan
(Astro, TM)
• bil postpaid &
internet (Maxis, Celcom, Digi, RedOne)
• topup kredit
(Celcom, Digi, Maxis, Umobile, Tunetalk, OneXOX, Unifi Mobile)
• reload pin (Touch
N Go, Grab, Njoi, Spotify)
• online gaming
(SteamWallet, MLBB, GarenaShell, PUBG)
• dan banyak lagi,
ia akan ditambah dari masa ke semasa..
.
Selain bonus cashback, beberapa bonus lain yang diberikan
oleh SemuaPay :-
✅ 𝐁𝐨𝐧𝐮𝐬
𝐊𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢
- setiap pendaftaran, pengguna diberikan link referral dan
anda cuma perlu kongsikan link tersebut kepada rakan-rakan dan keluarga, setiap
klik dibayar RM0.02..
✅ 𝐁𝐨𝐧𝐮𝐬
𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫𝐫𝐚𝐥
- setiap pendaftaran pengguna baru yang diterima melalui
link referral anda, layak menerima bonus ini..
✅ 𝐁𝐨𝐧𝐮𝐬
𝐋𝐨𝐲𝐚𝐥𝐭𝐢
- bonus ini dibayar berdasarkan hasil dari jumlah peratusan
purata transaksi dari kumpulan anda setiap bulan..
✅ 𝐁𝐨𝐧𝐮𝐬
𝐊𝐏𝐈,
𝐓𝟏𝟎𝟎
& 𝐓𝟓𝟎
- syarikat SemuaPay kongsikan keuntungan kepada pengguna
menggunakan sistem KPI, T100 & T50..
.
Menarik bukan?
Dengan hanya 𝐆𝐔𝐍𝐀
& 𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈
anda akan menerima pelbagai jenis sumber pendapatan yang ditawarkan oleh
aplikasi SemuaPay ini..
.
Pendaftaran sekali sahaja seumur hidup!
Modal RM10 sahaja!
.
🔥𝐉𝐨𝐦
𝐁𝐮𝐢𝐭
𝐃𝐮𝐢𝐭
𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧
𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢
𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐏𝐚𝐲!!🔥
Daftar sekarang untuk menerima semua faedah di atas hari
ini! ::
https://semuapay.com/?r=vjtkofm
Sebarang pertanyaan hubungi : 0192668244
Saya sebagai wakil introducer anda sedia membantu!!😉
Hilang pekerjaan? Hilang Pendapatan? Kekurangan pendapatan?
Inilah yang dihadapi oleh kita semua pada masa ini.
Kerajaan juga telah memberi bantuan sebaik yang mungkin.
Kita sendiri tidak pasti samada PKP akan ditamatkan atau
diteruskan. Kes-kes harian tidak menunjukkan berkurangan sebaliknya tetap sama
walaupun PKP3.0 telah dilaksanakan hampir 4 minggu.
Paling mudah sekarang adalah mengambil peluang menambah
pendapatan dengan melakukan bisnes
secara online sementara keadaan kembali pulih seperti biasa
Bagi yang tiada modal untuk berbisnes online tidak perlu
risau kerana ada beberapa cara. Antaranya adalah seperti berikut :
a) Carilah peniaga yang menawarkan sistem dropship.
(Yang tidak perlu yuran pendaftaran. Ramai dah yang
menawarkan pakej seperti ini. Jika margin komisyen RM1 pun sebenarnya dah ok.
Setiap hari ada kemasukan paling rendah katakan 50, sudah RM50 dapat. Ini lebih
bagus dari tiada).
b) Daftar sebagai affiliate program yang anda minat.
Affiliate buku, affiliate makanan, affiliate topup dan sebagainya. Contoh
adalah
• Affiliate Shopee.
• Involve Asia
• Bisnes makanan - Khairul Hakimin Muhammad
• Formula Tarik Rezeki -Puan Nora
• SemuaPay (apps
untuk bayar bil/top up/shopping ) -> Klik sini jika berminat
https://semuapay.com/?r=vjtkofm
Ini adalah sebahagian kecil sahaja. Ada banyak lagi yang
menawarkan program affiliate ini.
Teruslah kita melangkah.
Jatuh itu biasa.
Bangun dari kejatuhan itu adalah luar biasa.
Pernah dengar tak?
Nak pi mengurut
Kenapa?
Rasa sakit sakit badan.
Tujuan mengurut sebenarnya adalah melancarkan pergerakan
darah dalam badan, menghilangkan kepenatan, membuang angin dalam badan dan
membetulkan urat saraf yang tersimpul akibat terkehel, terpelecek dan sebagainya.
Bagaimana dengan yang tiada masa untuk itu semua??
Salah satu cara ialah dengan menyarung "STOKIN
VKEN".
In Shaa Allah. Ia dapat mengatasi semua masalah tadi.
Bukan itu sahaja, malah menjadikan anda semakin sihat.
Taman Buaya Melaka telah buka lawatan secara maya melalui
aplikasi google meet.
Ini bermakna pengunjung boleh tengok haiwan dari rumah.
Ini adalah satu insentif taman tersebut setelah dua tahun
pandemik covid melandak seluruh dunia.
Lawatan ini akan membawa penonton ke taman yang menempatkan
100 jenis buaya pelbagai spesies, enam spesies ular serta mamalia seperti rakun
dan rusa.
Sesi ini dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Sesi pagi : 11.00
pagi
Sesi petang : 2.30 petang
Antara aktiviti dalam sesi adalah aktiviti memberi makan
kepada buaya.
Bayaran yang dikenakan adalah RM7 bagi setiap dewasa dan
kanak-kanak.
Bagi yang berminat boleh daftar pada borang ini.
Tempahan hanya menggunakan borang yan telah disediakan.
https://forms.gle/xJ6FLN5P4DnandwKA
Info lanjut boleh ke
page Taman Buaya Melaka
https://www.facebook.com/buayamelaka
LIMA PUNCA UTAMA SAKIT TUMIT KAKI
1.Peranakan Jatuh
Peranakan jatuh juga boleh menjadi penyebab sakit tumit
kaki. Keadaan yang berdenyut-denyut malah langsung tak boleh berpijak adalah
tanda-tanda yang biasa dialami. Namun untuk mengenalpasti peranakan jatuh,
perlu kepada pemeriksaan rahim. Sebab selain sakit tumit, tanda peranakan jatuh
juga termasuk sakit pada ari-ari, sakit ketika bersama, kerap buang air kecil,
kentut vagina dan angin pada perut
2.Plantar Faciitis
Penyebab sakit tumit yang paling kerap berlaku. Jaringan yang
menghubungkan antara tumit dan jari kaki adalah plantar fascia. Plantar
Faciitis berlaku bila ada keradangan pada plantar fascia. Puncanya, berat badan
yang tak dapat ditampung oleh kaki , jadi akan timbulkan tekanan. Keadaa
berdiri dan berjalan terlalu lama juga boleh jadi penyebab. Bila ada tekanan
berterusan, jaringan ini akan lemah dan koyak. Keradangan mula muncul
menyebabkan kesakitan ketika berpijak.
3.Kekejangan pada betis.
Penggunaan terlalu banyak otot-otot betis juga boleh memberi
tekanan pada tumit kaki. Otot betis yang lemah dan ketat juga boleh menjadi
punca sakit tumit kaki. Amalan senaman yang konsisten boleh membantu untuk
meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti otot betis.
4.Bentuk kaki yang leper.
Postur kaki yang lemah seperti bentuk kaki lepek dan tak
sama panjang boleh menimbulkan sakit tumit kaki. Postur kaki sebegini
memerlukan pemakaian kasut dan selipar yang sesuai untuk menyokong lengkungan
kaki.
Hentakan atau tekanan berulang.
Tekanan berulang ni biasanya berlaku kepada pemain sukan dan
individu yang banyak aktiviti lasak. Hentakan kuat dan berulang semasa berlari,
terjatuh boleh menyebabkan koyakan pada plantar fascia.
CARA RAWATAN SAKIT TUMIT
Rawatan adalah mengikut punca berlakunya sakit tumit. Sakit
tumit boleh hilang. Pesakit perlukan rehat yang cukup, kurangkan pergerakan
seperti berjalan dan berdiri. JIka berlaku keradangan, ada yang ambil ubat anti
radang. Namun suntikan ni tidak boleh diambil secara kerap. Pesakit juga boleh
melakukan fisioterapi dan senaman tapak kaki. Dapatkan bentuk kasut yang sesuai
dengan bentuk kaki.
MACAM MANA NAK DAPATKAN PRODUK UNTUK RAWAT SAKIT TUMIT?
Dah tak tahan menanggung sakit tumit setiap hari sehingga sukar bergerak dan berjalan?
Boleh ikhtiar dengan produk vken.Whatsapp : 0192668244 (stokin vken utara)
Hari ni ada emel masuk dari Philip.
Rupanya nak beritahu sekarang ni ada tawaran menarik.
Pandai pulak time-time ni ya.
Tertarik dengan harga periuk pressure cooker yang
ditawarkan.
Lebih kurang sama harga dengan kos Cik Shima bayar masa Cik
Shima perbaiki periuk Noxxa yang lama dulu.
Cik Shima rasa berbaloi sangat dah tu. Siap dapat cash back lagi. Korang
boleh baca review di sini.
Kalau nak survey barang -barang Brand Philips boleh juga di
sini.
Kulit tapak kaki Cik Shima sebelum ni kasar dan tebal. Cik Shima dah letak pelbagai oil dan juga losyen, namun hasilnya tidak memuaskan.
Rua-rupanya untuk melembutkan kulit kaki, peringkat pertama kita perlu membuang dulu (tonyoh atau sental) kulit yang kasar dan kemudian baru sapu losyen atau oil. Ini bagi membolehkan ia meresap ke dalam kulit seoptima yang mungkin.
Masa awal, Cik Shima guna pengikis kulit mata secara manual. Jenuh juga nak sental. Antara 30 minit hingga 40 minit juga dalam bilik air.
Cik Shima ambil keputusan tukar tools yang lain pula.Jumpalah alat tu di sini
Namanya
Pucuk dicita lah. Mudah sangat-sangat.
Ikut manual setiap tempat 3 saat ja, mula-mula ikut la masa yang dicadangkan sebab seriau kan. Lama-lama best pulak. Akhirnya, kita ikut masa sendiri la.
Dalam gambar yang korang nampak tu, itulah hasilnya. Tak
banyak seperti mula-mula dulu.
Mem :" Berapa ni?"
CS : "Sepuluh hinggit"
Mem : " Tu dia, hang beli no. Tengok ni, biji dia pun
nipis ja. Hang pi beli , kalau aku tak
beli dah."
CS : " Ala, tak dak biji, makan ja la yang ada biji,
lagipun kesian la mak tengok dia, la ni kita sambil beli sambil bantu"
Mem : "Ya la, agak-agak la..pilih la hat elok
sikit.."
Cik Shima dah mati kutu nak menjawab. Sebenarnya Cik Shima
memang tak pandai pilih petai pun. Jumpa petai, main beli ja. Janji petai dan
nampak biji.
Lepas kejadian tu, Cik Shima pun carilah tips dan petua
pilih petai.
Cara nak pilih petai :
(+) Pilihlah kulit buah yang berwarna hijau dan terlihat
segar. Lihatlah apakah petai memiliki mata menonjol atau tidak ada lubang. Jika
ya, boleh ambil. Jika berlubang, jangan dibeli kerana lubang berkemungkinan ada
ulat didalamya.
(+) Papan petai hitam menunjukkan kulitnya kering. Sebaiknya
jangan ambil.
Jika teringin sangat dan tiada pilihan, pastikan mata petai
menonjol dan tiada lubang
Cik Shima selalu pilih yang papan petai hitam sebab ingatkan
dah matang. Nampaknya salah lah ni.
Jika ada sahabat dalam ni ada tips lain, bolehlah kongsi di
ruang komen ya.
Petai hari tu sudah habis dah dibuat ulam dan juga sambal udang petai.
Sumber gambar : Google
Bila beli vken disimpan dalam almari. Tidak mahu pakai sebab bila dah sarung 4,5,6 kali atau ada kesan balikan, terus berhenti.
Teringat bila anak team beritahu, ada orang nak stokin dua
pasang. Dah lama dah bertanya tapi akhirnya diam.
Sebelum ni dah ada 4 pasang masing-masing untuk ibu dan ayah
serta mertua. Bertahun sudah, tapi lama kelamaan dibiarkan dalam almari.
Baru-baru ni ibu mertua tersebut pergi ke hospital
terjumpalah seseorang.
Dan dia beritahu, bacaan darah tingginya dah cantik dan
salah satu sebab adalah ikhtiar dengan vken.
Selepas itu, si ibu mertua ni balik,terus cari semula stokin, basuh dan
jemur. Ceritanya dah nak pakai semula la tu.
Dan si menantunya ni pun terus hubungi anak team Cik Shima
dan terus dengan bayaran.
Dah banyak dah kes macam ni, Cik shima sendiri pun tak
faham.
Sebenarnya produk vken ni sarung saja pun.
Nak mudah , jika rasa malas nak sarung waktu tidur, guna ja
waktu siang.
Tukarkan seperti macam ni
(+) stokin biasa kepada stokin vken
(+) sarung tangan biasa kepada sarung tangan vken
(+) singlet kepada
vest vken
(+) seluar dalam biasa
kepada seluar dalam vken
(+) anak tudung biasa kepada cap vken
(+) legging biasa
kepada vfit vken
(+) pelitup muka biasa kepada pelitup vken
Ha mudah dak. Tak susah mana pun kan.
Pelan-pelan lah vken ni
bertindak.
Nak pakai, nak cepat sembuh, nak cepat lega.
Kita apa-apa pun kenalah konsisten.
Kalau pakai dua, tiga hari terus baik, itu namanya dah
#overclaim.
Jadi, hidup beristiqamahlah kita.
Ni tulip brooch salah satu koleksi brooch Cik Shima yang dijadikan free gift buat pelanggan Cik Shima satu masa dulu.
Satu Cik Shima simpan
dan baki 49 lagi buat hadiah.
Sayangnya dah hilang, tak tau pi mana. Dah puas cari.
Nampak gayanya nak kena beli balik .
Nah cik Shima share link siap-siap kut ada yang berminat nak buat hadiah atau koleksi.
Banyak juga pilihan di situ, pinau biji mata nak pilih mata.
https://shp.ee/ihdbbbz
Dah lama mem tanya ada nampak tak orang jual petai, teringin nak makan.
Setiap hari, Cik shima balik , ada la sorang abang ni jual
petai di tepi jalan sebelum PKP1.0 tetapi semenjak PKP, lama- lama sekali baru
nampak. Masa Cik Shima rasa nak beli, tak nampak kelibat langsung. Bila rasa
tak mau beli, ada la pulak.
Macam-macam.
Semalam dia ada. Cik Shima
terus berhenti di tepi jalan.
"Berapa bang petai ni? "
"RM10"
Alamak, nak amik atau tidak. Mem dah pesan, kalau RM10
jangan amik.
Cik Shima perhati ja abang ni. Baju dan seluar yang agak
lusuh. Raut wajah pun nampak kepenatan.
Timbul rasa kasihan pula. Berbelah bagi nak ambil atau tak.
Dia pandang Cik Shima.
"Adik nak yang mana?"
Serba salah dibuatnya.
Tetiba Cik Shima teringat seseorang pernah berkata.
"Musim sekarang ni, kadang-kadang kita bukan nak
membeli sangat, tetapi lebih kepada untuk membantu. Sekurangnya ada pendapatan
untuk peniaga -peniaga terutamanya peniaga kecil-kecilan"
Cik Shima tak fikir banyak, terus pilih petai dan juga ikan pekasam puyu. Bawa balik
dengan harapan tak kena berleter. Kalau kena pun, dah ready jawapan.
Beli sambil membantu.
#PetaiPart1 #cikshimavken
Cerita tiga daun nampak sama tetapi berbeza.
Gambar A - Daun
Keladi Liar
Keladi liar mempunyai banyak spesies. Sebahagiannya
dikelaskan sebagai tumbuhan perubatan.
Antara manfaat keladi liar ialah :
(+)Saponin yang wujud di dalam keladi liar membantu
mengurangkan kerosakan kolagen yang terdapat pada kulit.
(+) Ejen melawan pigmentasi dengan mengurankan pembentukan
tompok-tompok hitam pada muka.
(+) Ciri-ciri antioksidan ,anti radang dan antimicrobial
membantu melindungi kulit dan memastikan kulit sentiasa bersinar
Gambar B - Daun Kaduk
Daun kaduk selalunya dijadikan ulam atapun kerabu dalam
masakan Malaysia.
Rasanya tidak pahit.
Antara khasiat daun kaduk
(+) Berfungsi untuk membantu penghadaman dan merawat demam .
(+) Berfungsi sebagai pembuang kahak (ekspektoran)
(+) Buahnya membantu membantu dalam menghalang lendir dan
bahan lain dalam saluran pernafasan.
(+) Akarnya mempunyai pelbagai kegunaan iaitu untuk rawatan
sakit gigi, batuk, asma dan radang selaput dada serta dermatitis kulat pada
kaki.
Gambar C - Daun Sirih
Daun sirih memang terkenal di kalangan masyarakat India dan
juga Melayu.
Zaman dahuku, orang tua-tua akan makan daun sirih bersama
kapur dan gambir. Tidak sah jika di rumah tiada tepak sirih.
Zaman berlalu dan Cik Shima percaya kebanyakan rumah zaman
sekarang sudah tiada tepak sirih. Malah
mungkin adayang sudah tidak pandai makan sirih termasuklah Cik Shima. Salah
satunya mungkin rasanya pedas dan pahit sikit.
Daun Sirih juga dijadikan salah satu hantaran perkahwinan
dalam adat Melayu yang dikenali sebagai Sirih Junjung.
Dan perkahwinan sekarang, Cik Shima jarang sekali Cik Shima
nampak kewujudan Sirih Junjung dalam zaman moden ini. Lebih mudah dan santai.
Dulu masa zaman remaja, ada mak saudara beritahu Cik Shima, jika nak kahwin cepat,
curi diam-diam daun sirih yang dihantar tu tapi syaratnya jangan ada orang
tahu.
Dan Cik Shima pun buat jugalah . Harap maaf dan halal lah
ya,jika sirih junjung korang ada yang kurang. Selalunya jadi mangsa, daun sirih
kakak-kakak sepupu la.
Hakikatnya tak ada kena mengena pun sirih junjung dengan jodoh.
Buktinya, sampai sekarang, Cik Shima masih single dan available.
Pernah atau tidak anda rasa lesu atau keletihan yang tidak
hilang-hilang walau sudah puas tidur, makan cukup, dan ada melakuka aktiviti
riadah?
Keletihan atau kelesuan boleh menjadi satu perkara biasa
atau boleh menjadi satu petanda kepada diet yang tidak seimbang, mengalam
stress yang melampau atau kekurangan tidur.
kadang-kadang ia boleh menjadi satu petanda kepada penyakit
yang perlu dirujuk kepada doktor.
Kajian ada menunjukkan 50 - 80 peratus masalah kelesuan ini
berpunca dari masalah psikologi.
Jadi untuk pastikan kita sentiasa bertenaga dan kurangkan
masalah kelesuan kena pandai mengawal stress.
Boleh cuba mengamalkan produk yang memiliki negatif ions.
Ada kajian menunjukkan penggunaan negatif ion membantu
mengurangkan atau mengawal tahap stress seseorang.
jadi apa salahnya kita mencari negatif ion ini untuk
mengurangkan tekanan kita ini.
Jika pening untuk mencari mana sumber negatif ion, boleh
layari MXB punya laman sesawang untuk menegtahui di mana kita boleh dapatkan
negatif ion tersebut.
https://www.mxb2u.com/web/product-category
Untuk info lanjut :
0192668244 (Vken Sungai Petani)
Setiap malam atau selepas mandi, selalunya orang perempuan
akan sapu losyen pada tubuh badan.
Tapi Cik Shima tak sapu sebab salah satunya adalah rasa
melekit.
Dah cuba bermacam-macam tetapi tidak sama.
Sehinggalah Cik Shima bertemu dengan Reborn Cream ni.
Cream ni memang tidak
melekit dan yang bestnya tidak perlu sapu pada keseluruhan badan. Hanya sapu
pada 8 tempat sahaja. Impaknya akan pergi kepada satu badan.
Salah satu bahan reborn cream ialah keladi liar dimana
keladi liar ini memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah untuk :-
▶️Kulit Kendur dan berkedut :-
-saponin yang wujud di dalam keladi liar membantu
mengurangkan kerosakan kolagen yang terdapat pada kulit.
.
•▶️Pigmentasi :-
-menjadi ejen melawan pigmentasi dengan mengurankan
pembentukan tompok-tompok hitam pada muka.
.
▶️Kulit yang bersinar
-Ciri-ciri antioksidan ,anti radang dan antimicrobial
membantu melindungi kulit dan memastikan kulit sentiasa bersinar.
Paling best boleh awet muda.
Reborn Cream Lagenda Keremajaan Anda.
#cikshimavken
Tempahan dan pertanya : 0192668244 (Cik Shima)
Cik Shima dah lama juga usha Stylus Pen untuk kegunaan smart
phone ni.
Mudah. Sebab Cik Shima ni bila guna phone lama-lama, tak
selesa hujung jari tu. Jadi kalau ada yang ni, selesa lah sikit.
Sebelum ni, duk beli yang biasa ja, yang ada bulat warna
hitam tu. Tapi lama kelamaan dia tak berapa nak melekat.
Tambah pulak kalau jumpa kat si Jiha, dia suka gigit. Bila dah digigitnya maka kena buang dalam
tong sampah la jawabnya.
"Adik kenapa suka gigit? "
Dia gelak sahaja bila Cik Shima tanya.
Sekali beli banyak, tapi banyaklah yang hilang dan rosak.
Berantu pulak jadinya, dah jadi macam brooch.
Jadi Cik Shima surveylah pulak yang lain.
Petang ni nampaklah pula sahabat Cik Shima Cikgu Masrizal
Mohd Zin unboxing dan siap buat review tentang pen ni lagi. Harganya tak semahal yang Cik Shima duk
jumpa. Terus Cik Shima minta link shoppee dan okay juga review di situ.
Ada yang berminat nak beli, Cik Shima
bagi link siap-siap. Cik shima pun nak grab juga satu.
Ni Cik Shima share sekali youtube sahabat Cik Shima, kut-kut la tengok stylus pen tu macam mana dan fungsi dia.
#AnswerSocrates
Tidak tahu nak menulis apa?Kebuntuan idea?
Saya tak ada kemahiran apa untuk dikongsi?
Itulah yang Cik Shima fikirkan sebelum ni. Niat di hati
memang nak ubah sedikit wajah facebook
sendiri, upgradelah sedikit content berbanding
sekarang.
Persoalan Cik Shima terjawab, apabila SD@Tuan Khairul
Abdullah membuat satu kelas cara-cara Bina Karier di facebook melalui platform
group facebook. Kelas ini lebih menekankan kepada cara-cara penulisan dan
content di fb. Dari sehari ke sehari
semakin banyak tips bukan sahaja dari penulisan bahkan tips mengambil gambar ,
peluang menjana pendapatan dan bermacam lagi yang dikongsi oleh sahabat-sahabat
di dalam tersebut.
Salah satu yang di
kongsi oleh Puan Suhaila ialah laman web ini.
https://answersocrates.com
Boleh dijadikan carian untuk idea –idea penulisan. Hanya
satu perkataan dipecahkan kepada tajuk kecil.
Ada pilihan negara mana dan bahasa apa yang kita nak.
Contoh dua hari lepas, keputusan SPM keluar, jadi Cik Shima
cuba cari berkaitan SPM. Hanya pilih
negara Malaysia dan Bahasa Malay
(Melayu). Kemudian klik search.
Antara topik yang keluar adalah :
Adakah SPM 2021 ditangguhkan?
Adakah SPM 2021 dibatalkan?
Adakah SPM susah?
Bagaimana sijil SPM hilang?
Bagaimana nak ambil SPM Persendirian?
Bagaimana jika sijil SPM hilang?
Bagaimana jika slip spm hilang?
Cik Shima juga mencari berkaitan Geran Khas Prihatin
Carian yang keluar :
Apa itu Geran Khas Prihatin 3
Apa itu bantuan Geran Khas Prihatin
Bila geran khas prihatin akan dibayar
Siapa boleh memohon geran khas prihatin
Geran khas prihatin login
Adakah geran khas prihatin adalah pinjaman
Dan banyak lagi
Jadi boleh jadikan topik kecil sebagai content di facebook
kita. Betul kata SD, 1000 content dah boleh buat dari satu perkataan ini.
Bagi guru dan pelajar boleh gunakan ini sebagai carian topik kecil dan seterusnya
dikembangkan dalam penulisan karangan.
Menarik kan.
Ia tidak terikat kepada satu bahasa sahaja, pelbagai negara
dan bahasa ada termasuklah bahasa
Inggeris.
Comel tak?
Ini antara sebahagian free gift yang Cik Shima akan beri pada pelanggan.
Cik Shima suka benda yang simple dan cute-cute macam ni.
Ini sebenarnya adalah pengapit kuku. Kalau tak mau guna,
boleh buat hadiah atau pun gantung sebagai perhiasan
Sekali beli, Cik
Shima akan beli secara borong.
Berbaloilah dengan kos penghantaran.
Harga pun memang sangat berpatutan.
Sekarang tengah cari idea barang lain pulak. Takkan nak amik
ambil yang sama kan. Kena pelbagai juga.
Cik Shima dah cari kat DIY ngan Kedai Saka tu tak jumpa
jenis ni, yang ada yang biasa-biasa ja.
Jadi, sapa suka hadiah yang comel-comel ni, boleh order ja
kat shoppee.
Nah Cik Shima bagi link sekali , senang buat korang semua.
https://shp.ee/7sn4mf9
Nyum..nyum sedapnya...😋
Ni buah konen orang Kedah panggil, negeri lain Cik Shima tak
pasti panggil apa, Ni adik beradik buah macang la. Kalau bagi dua buah ni duk
sebelah menyebelah, Cik Shima rasa susah gak nak beza.
Sejak hari Rabu Cik
Shima pulun makan, kawan bagi. Sebiji bawa balik umah. Mem buh dalam sambal tumbuk. Selera sungguh Cik Shima dan mem makan nasi.
Ulam ngan sambal ni jadi la,yang lain
tak pandang dah. Sejak hari Rabu sampai la tenghari tadi, memang makan sungguh.
Cik Shima terlupa sesuatu....
Bila dah sedap tak ingat dah kan. Sedap ja pulun.
PANTANGnya Cik Shima boleh makan tapi ada hadnya. Hari
ni dah terlebih had, maka mendapatlah.
Semput la jawab dia.
Dah jadi baru lah tersedar.
Tambah pula petang
tadi hujan, cuaca sejuk.
Maka semenjak sebelum Maghrib tadi bersalutlah vken, dari
stokin, vmultiple, wristlet dan cap sehinggala sekarang. Malam ni pun dingin.
Alhamdulillah, sekarang dah mula beransur reda, badan pun
dah mula selesa, nafas pun dah okay.
Gambar dari google ja tapi
resepi dan buah yang betul macam ni lah rupanya
Sedapkan..😋
Menaikkan semula semangat penulisan dalam diri yang telah lama hilang.
Alhamdulillah, dapat join kelas Super Daddy Khairul Abdullah
di Group Bina Karier di Facebook.
Percuma lagi.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Antara tips dan pesanan beliau :
✒Tulislah perkara-perkara yang
dapat memberi manfaat pada orang.
✒Tulislah secara konsisten dan
sentiasalah berlatih-latih dari hari sehari dan sehari. Ilmu penulisan perlu di asah dan dipraktik.
Tidak berjaya cuba lagi. Tiada jalan mudah.
✒Jadikan facebook kita ibarat
Channel TV. Setiap TV kenapa ada yang suka saluran TV1, TV3, Astro dan setiap
saluran pula ada slot tertentu, ada news, sejarah, tazkirah, sukan. Jadi
kitalah tentukan saluran apa yang kita nak di facebook kita.
Selamat menulis.
#nikmatsihatitumahal
Dalam buku berjudul "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit", satu quote yang Cik Shima suka (penulis juga merupakan seorang doktor)..
Andai kata kamu melihat orang yang berada di hujung nyawanya
ataupun yang mempunyai penyakit terminal, pertama sekali yang perlu kamu
ucapkan dalam hati adalah
" Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberikan
aku kesihatan yang luar biasa nilainya"
Manusia hanya menyedari betapa berharganya kesihatan apabila
sudah jatuh sakit. Makan tidak berselera, kesejukan minuman terus hilang, tidur
tidak nyenyak dan perasaan juga tidak tenteram.
Jadi hargailah nikmat sihat. Peliharalah sebaik mungkin
kerana nikmat itu sangat mahal.
"Dua kenikmatan yang sering dilalaikan oleh manusia
adalah nikmat sihat dan masa yang lapang"
- Hadis Riwayat Bukhari-
Lama sudah tinggalkan penulisan di blog.
Azam hanya tinggal azam.
Tapi kali ni Cik Shima kembali dengan perkongsian satu tempat yang menarik. Opps sekarang kita masih mood PKP, maybe luar Kedah belum lagi boleh datang. Kita doakan semoga covid ni cepat berlalu.
Jangan lupa untuk daftar vaksin. Cik Shima dah selesai dos kedua.
Alhamdulillah, tiada kesan sampingan yang berat. Hanya sakit bahu sahaja.
Ni tempat percutian dalam Kedah yang Cik Shima baru ja pergi.
Di mana dan apa yang menarik, nanti Cik Shima review ya.
Stay Tune tau.