Rumah Teres Dua Tingkat
3 Bilik
1 Bilik Kecil
3 Bilik Air
Aircond (master bedroom)
Grill
Lokasi :
Impian Murni
Saujana Impian Kajang
15-20 minit ke Putrajaya
Berhampiran Giant, Tesco, 7 Eleven
Tol putrajaya/kl/selatan
Kemasukan : Mei 2017
Sewa : RM1200 (nego)
BERMINAT : 0192668244 (CIK SHIMA)
Keutamaan: Muslimah/keluarga
Cik Shima dah lama dah nak pakai shampoo santan. Nak cari yang bebas SLS. Dah baper ari order, petang tadi baru dapat.
Sampai umah, apalagi bershampoolah kita. Huhuhuhu, tak dak buih langsung tapi bau dia memang sedap . Bau oren gitu. Lepas tuh dah bersih, wah memang lembut (sebelum ni dah lembut dah penangan vegeoil), ni lagi bertambah lah
Lepas tuh, sambung pulak letak serum #vegeoil. Waktu taip ni, asyik dok belai ja rambut. Ciwi jap.
Terbaiklah kombinasi ni #shampoosantan dan #serumvegeoil. Cik shima suka sangat
Sapa nak order, boleh whatsapp cik shima .
Cik Shima
Celebritylass | Pakar Bau Badan Anda
Nurulgold Vegeoil | Shampoo Santan|Rawatan Rambut
0192668244
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik
Sini.
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass
peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk
maklumat lanjut
Ar Rahnu (Pajak Gadai ISLAM) asalnya dari perkataan *"Rahn"* - Gadai
Pemberi pinjam di panggil *'Murtahin'* dan penggadai di panggil *'raahin'*.
Menyimpan emas dalam jangka masa panjang adalah menguntungkan.Kecuali satu jer risikonya iaitu HILANG ATAU CURI.
Jadi salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar Rahnu. Konsep Ar Rahnu sebenarnya sama dgn personal loan di bank.Cuma bezanya bila kita menggadaikan sesuatu kita akan lebih berjimat cermat menggunakan duit pinjaman tersebut.
Sistem pajak gadai ISLAM membantu umat dalam menyelesaikan maslahah (keperluan) umat di mana sebahagian daripadanya memerlukan barang keperluan sedang tidak memiliki cash money, cuma yang mereka ada adalah aset dalam bentuk barang (emas, perak & dll.). Jadi sistem ini membenarkan mereka berhutang untuk mendapatkan cash money dengan menggadaikan sebahagian aset yang mereka ada.
Air Terjun Sedim terletak di Kulim Kedah. Selain air terjun, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini, samada berasaskan air ataupun tidak. Antara yang famous ialah The Tree Top Walk. Ala yang berjalan atas titi yang melalui dahan-dahan pokok. Nak naik ni tak susah, samada nak naik sendiri ataupun melalui pakej yang dikendalikan oleh pelbagai syarikat tourism. Pilih yang mana berkenan. Harga masuk adalah seperti di bawah :-
Disebabkan kali ni pergi untuk aktiviti The Tree Top Walk dan juga Program Team Building anjuran kelab, maka kami ambil pakej dengan Syarikat Perusahaan Azam Travel Sdn. Bhd (604-4901588). Pakej yang disediakan pelbagai dan boleh di customize. Pakej yang kami ambil untuk aktiviti ini termasuk The Tree Top Walk, Tarantula dan Smart Ball. Pakej juga termasuk dengan makanan tengahari.
The Tree Top Walk, SEDIM
Laluan kanopi ini adalah 925m dan mempunyai ketinggian lebih kurang 36km. Laluan ini bukanlah laluan sepeti titi gantung tetapi dibina menggunakan besi. Jika hujan dan diiringi dengan ribut petir, pelancong tidak dibenarkan untuk naik. Jadi sebelum datang tuh, kena semak dulu keadaan cuaca. Sepanjang perjalanan, bolehlah menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitarnya. Masa yang diambil termasuk bergambar lebih kurang 2 jam.
TARANTULA
Aktiviti ni boleh tahan juga. Ingatkan senang. Ambil masa jugak rupanya. Perlu sabar dan kerjasama yang amat tinggi.
Semua peserta disatukan menjadi satu kumpulan. Setiap peserta dikehendaki memegang setiap tali yang disediakan. Dengan tali tersebut, peserta dikehendaki menggerakkan sebuah tong yang diisi dengan beberapa biji bola ke satu kawasan yang lain(digelar sebagai pusat pembuangan sampah).
Dengan hanya memegang tali, bola yang terdapat di dalam tong tersebut hendaklah dituang ke dalam bekas lain yang disediakan. Antara syarat dalam permainan ini ialah, tali yang dipegang oleh peserta hendaklah sentiasa tegang, tong yang dibawa tidak boleh menyentuh tanah dan kaki peserta tidak boleh masuk ke dalam kawasan yang ditanda. Jika salah seorang dari peserta melanggar syarat, permainan ini hendaklah bermula semula. Masa yang diberi hanyalah selama 1 jam.
SMARTBALL
Aktiviti ini lebih senang. Peserta dibahagikan kepada kumpulan, Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu papan yang mempunyai beberapa lubang dam empat biji bola.
Matlamatnya adalah memasukkan bole kuning ke dalam bakul yang disediakan. Bola tersebut akan melalui beberapa lubang sebelum ke lubang yang terakhir. Setiap kumpulan perlu memastikan bola kuning dan bola putih tidak terjatuh ke dalam lubang sebelum tiba ke lubang yang terakhir. Sekiranya, bola tersebut jatuh, perlawanan hendaklah dimulakan semula. Kumpulan yang berjaya akan dikira sebagai pemenang.
Kesemua aktiviti tamat pada pukul 1.00 petang. Memang kami amik ambil pakej untuk setengah hari sahaja. Jika ada yang ingin menganjurkan kursus ala-ala teambuilding, saya syorkan syarikat ini. Memang puas hati, Makanan pun sedap. (Tak sempat ambil gambar makanan, masing-masing sudah kebulur).
Mesti ada yang tanya kan, mana aktiviti air atau mandi manda? Atas faktor keselamatan, kami tidak dibenarkan untuk membuang sebarang aktiviti yang terlibat dengan air. Tengok jerlah air tuh, geram memang geram...hehehehe
Kemudahan surau, tandas dan dewan makan juga disediakan. Jika perlukan bilik untuk menyimpan barang, boleh ja deal dengan syarikat tersebut. Di sini juga ada beberapa resort bagi yang ingin bermalam. Menurut tuan Resort ni, tempat khas untuk mandi manda ada disediakan. Kiranya tidak bercamour dengan public.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik
Sini.
Untuk keselesaan
perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda
sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
Cuci rambut menggunakan syampu yang berkualiti. Ramai yang beranggapan bahawa mencuci rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut menjadi kering, hilang minyak semulajadi yang terkandung pada rambut dan merosakkan rambut. Syampu rambut anda selang sehari. Sesetengah orang hanya mencuci rambut 2 kali seminggu.
Gunakan syampu yang tidak mengandungi SULFATES atau PARABENS. Sulfates adalah bahan kimia yang menjadikan syampu banyak buih. Parabens adalah pengawet yang boleh menyebabkan iritasi kepada mata sekiranya terlalu kerap digunakan. Kedua-dua bahan kimia ini adalah merbahaya kepada alam semulajadi, oleh itu gunakan syampu yang mengandungi bahan semulajadi.
Pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Jangan sembarangan membeli syampu.
Rambut kerinting atau kasar – pilih syampu yang boleh mengurangkan rambut mengerbang dan melembutkan.
Rambut lurus atau berminyak – pilih syampu lembut yang sesuai digunakan untuk cucian setiap hari.
Rambut yang diwarnakan – pilih syampu yang diperkaya dengan ekstrak asid amino.
Rambut kering – pilih syampu yang mengandungi glycerin dan kolagen untuk memulihkan semula dan melembapkan rambut.
Tips #2 Minyak Rambut
Gunakan minyak rambut sebagai pengganti perapi rambut kerana, minyak lebih effective untuk membaiki masalah rambut, dan juga mengekalkan kelembapan yang lebih effective. Pakai minyak rambut selepas mandi ialah WAJIB
Tips #3 Sikat Rambut
Jangan menyikat rambut terlalu kerap. Bersikat membuatkan rambut tertarik daripada folikel, menyebabkan rambut bercabang. Menyikat rambut sebanyak 100 kali sehari boleh menggalakkan pertumbuhan rambut adalah DONGENG! Kalau tak kemana-mana, duduk kat rumah jer, lepas mandi atau cuci rambut tu kirai-kirai rambut tu dengan jari jer cukup. Tapi jangan la biar rambut mengerbang macam kak Limah pulak yer.. hehee
Tips #4 Kering Secara Semulajadi
Biarkan rambut kering secara semulajadi. Selepas mencuci rambut, lap rambut secara lembut menggunakan tuala. JANGAN gosok rambut, sebab ini boleh melemahkan folikel rambut dan menyebabkan rambut kasar dan kusam. Urai / sikat secara lembut untuk meleraikan rambut kusut dan biarkan rambut sehingga kering. Elakkan guna pengering rambut.
Tips #5 Trim rambut
Trim / potong hujung rambut lebih kerap; 6 – 8 minggu sekali. Ini boleh mengurangkan masalah rambut bercabang dan ia boleh dilakukan sendiri (kalau rambut anda panjang)..
Tips #6 Rawatan Rambut
Lakukan rawatan rambut – jika perlu. Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut kerana ini boleh menyebabkan rambut rosak.
Tips #7 Gaya Rambut
Gayakan rambut anda secara semulajadi untuk mengurangkan kerosakan rambut akibat penggayaan.
Elakkan mengerinting, meluruskan, ‘bleaching’ atau kerap mewarnakan rambut.Jangan gunakan getah pengikat rambut kerana boleh menyebabkan rambut putus atau tertarik daripada folikel.
Cuba elakkan penggayaan rambut yang diikat / dipin terlalu ketat kerana ini akan memberi tekanan kepada akar rambut.Biarkan saja rambut dilepaskan atau cukup sekadar memakai headband
Tips #8 Pemakanan Sihat
Amalkan pemakanan sihat dan bekalkan nutrisi yang cukup untuk rambut. Rambut terbina daripada protein, oleh itu pastikan anda mengambil makanan seimbang yang mengandungi protein tinggi, bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.
Pastikan anda mendapat vitamin C yang cukup (untuk menguatkan rambut), zat besi (membantu pengaliran oksigen didalam darah), zink (membina dan memperbaiki tisu) dan asid lemak omega-3 (menggalakkan pertumbuhan rambut sihat).
Tips #9 Elakkan Stress
Elakkan stress / tekanan. Tekanan fizikal dan mental boleh mengganggu kesihatan rambut dan menyebabkan rambut gugur.
Ok, bolehlah cuba apply tips-tips ni untuk jaga kesihatan rambut. Guna produk yang selamat, amalkan pemakanan sihat dan elakkan stress InsyaAllah badan kita akan sihat, rambut pun akan ikut sihat jugak.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Untuk keselesaan
perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda
sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
Jika anda ada masalah : 1) Perniagaan sales stuck/slow 2) Masalah hutang 3) Masalah Rumah Tangga dan Keluarga 4) Masalah rezeki dan kewangan Dapatkan solusi disini.
BOLEH KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN BUKU FORMULA TARIK REZEKI