Tips Kewangan :Simpanan Untuk Dilupakan



Ihsan Gambar : Google
Kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” (forgotten saving). SIMPAN dan LUPA.

Kekangan tidak berjaya untuk hasilkan Simpanan Untuk Dilupakan  

Tidak tahu berapa jumlah simpanan semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita semak pada dua, tiga  tahun akan datang!.  Ah… yang ini lah saya payah sikit ni.

Kekadang, terfikir nak ‘buang’ jer buku akaun tu. Ataupun nak poskan jer buku akaun bank tu balik kampung supaya kita tidak tahu berapa jumlah semasa, dan menyulitkan untuk buat pengeluaran.




  Bagaiman nak buat? Salah satu cara adalah Melupakan Simpanan Dengan Emas
# Dengan cara beli emas, sikit sebanyak dapat jadikan sebagai simpanan yang dilupakan.
# Kita akan tak tahu berapa jumlah simpanan yang ada. Yang kita tahu, berapa keping gold bar dan dinar emas yang kita ada.
# Dan mungkin satu hari nanti bila asyik je simpan dan  tambah emas, kita pun tidak tahu berapa banyak emas yang kita dah beli.
# Ada jer duit lebih, kita beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box.
# Bila cukup “haul zakat” nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang kita ada untuk keluarkan zakat simpanan emas.
#Sejak mulakan tabiat menyimpan emas, kita akan rasa kita tidak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tidak ada’ duit dalam buku akaun bank.
#Kita cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan.
Jom join saya buat tabungan emas.
Target : 1 bulan 1 gram emas.




*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************


You Might Also Like

0 comments