RIMBUN HIJAU, YAN KEDAH

Tarikh : 30 April 2016 -01 Mei 2016









Lambat sikit  update pasai family gathering sebelah adik ipar ni. Lokasi pilihan kali ni adalah di Chalet Rimba Hijau yang terletak di Yan, Kedah. Chalet ni tidak jauh dari Chalet Puteri Ayu dan juga Alang Kenari.

Chalet ini mempunyai lebih kurang tujuh (7) atau lapan (8)  unit bilik, tetapi untuk tempahan perlulah menempah 5 unit bilik dengan harga lebih kurang RM750/malam (menurut adik kemungkinan harga akan naik selepas ini).

Terdapat tiga buah kolam disediakan iaitu dua kolam dewasa dan sebuah untuk kanak-kanak. Kolam dewasa yang berkembar dengan kolam kanak-kanak memang dalam. Dengan aku sendiri , air hingga paras leher (ketinggian penulis :143cm). Jadi kena monitor pergerakan kanak-kanak , takut-takut terjatuh dalam kolam. 



Kolam 1- Kanak -Kanak  perlu menggunakan pelampung. Perlu diawasi oleh
 orang dewasa

 
Lawan Renang - Aksi Gaya Bebas


Kolam Kedua


Kolam Kanak-Kanak


Mana-mana chalet akan menyediakan ruang dapur. Paling best di sini, segala kelengkapan disediakan dengan secukupnya  untuk sekurang-kurangnya lima keluarga. Jadi, tak perlulah nak bawa apa-apa dari rumah kecuali kalau anda malas nak membasuh, kenalah bawa pingan mangkuk pakai buang. 
Peralatan TV tidak disediakan dalam bilik, sebaliknya di letakkan di ruang tamu yang bersebelahan dengan ruang dapur.

Dapur (Kiri), Ruang  Makan (Tengah) dan Ruang Tamu (Kanan)


Ruang BBQ


Selain itu , padang yang luas juga disediakan untuk mebuat sebarang aktiviti keluarga. Sempatlah kami atur beberapa aturcara seperti lawan tuju tin, muzik chair, isi air dalam botol dan juga tuju kasut. Memang meriah sungguh.

Muzik Chair


Tuju Tin

Isi Air Dalam Botol

Isi Air Dalam Botol

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Hadiah



Memang berbaloi. In shaa Allah, ada rezeki datang lagi.

You Might Also Like

8 comments

  1. seronok juga ada private chalet camni

    BalasPadam
  2. Chalet yang ada kolam renang dapat merehatkan ibu bapa kawal anak-anak, just pantau je diorang main.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tuh....kanak-kanak enjoy, kita pun enjoy

      Padam
  3. terima kasih utk info ni.. lain kali boleh pegi

    BalasPadam
  4. Dia sediakan PA System ? Kena tambah duit ?

    BalasPadam