ANTARA PANDUAN MENGESAN EMAS PALSU



Lagi Tips Untuk Mengesan Emas Palsu (916)

Pakai barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Kalau kita dapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu.

Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yg ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

 Letakkan barang kemas hampir kepada magnet, emas tulen tidak mempunyai sebarangsifat tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas BESAR dan TEBAL seperti jongkong emas . Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet berkenaan, ia adalah palsu.

Kalau barang kita berupa rantai atau gelang boleh diputar, DENGAN LEMBUT dan PERLAHAN cuba pulas barang kemas itu. Ia seakan-akanboleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah)

Cuba tengok pada CANGKUK atau PENYAMBUNG EMAS, kualiti emas ditanda seperti 999, 916 dan sbagainya. Ada juga bentuk seperti gambarajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas.Kebiasaanya emas ini di jual oleh peniaga Cina.

Jika ditandai seperti GP (Gold Plated-Saduran Emas) atau ZGP (Zhulian), ia bermaksud emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan adalah PALSU.

Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh ia pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 logam yang menghasilkan torehan kuning iaitu emas & tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.

 Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas & dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan), emas tidak punyai bau.

Jika ia JONGKONG yg ditulis berat padanya, sila timbang beratnya skali lg, MESTI TEPAT bacaan. Biasanya, jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen namun, menggunakan logam lain. Emas adalah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz sama.

Pernah tengok filem koboi..? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras tidak seperti anda gigit batang paip. Yang penting, PASTIKAN GIGI ANDA ADA DAN CUKUP KUAT ya





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
**********************************************************

You Might Also Like

2 comments