THE TREE TOP WALK, SEDIM

Tarikh : 26 Januari 2017

Air Terjun Sedim terletak di Kulim Kedah. Selain air terjun, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini, samada berasaskan air ataupun tidak. Antara yang famous ialah The Tree Top Walk. Ala yang berjalan atas titi yang melalui dahan-dahan pokok. Nak naik ni tak susah, samada nak naik sendiri ataupun melalui pakej yang dikendalikan oleh pelbagai syarikat tourism. Pilih yang mana berkenan. Harga masuk adalah seperti di bawah :-


Sedim



Disebabkan  kali ni pergi untuk aktiviti The Tree Top Walk dan juga Program Team Building anjuran kelab, maka kami ambil pakej dengan Syarikat Perusahaan Azam Travel Sdn. Bhd (604-4901588). Pakej yang disediakan pelbagai dan boleh di customize. Pakej yang kami ambil untuk aktiviti ini termasuk The Tree Top Walk, Tarantula dan Smart Ball. Pakej juga termasuk dengan makanan tengahari.


The Tree Top Walk, SEDIM

Laluan kanopi ini adalah 925m dan mempunyai ketinggian lebih kurang 36km. Laluan ini bukanlah laluan sepeti titi gantung tetapi dibina menggunakan besi. Jika hujan dan diiringi dengan ribut petir, pelancong tidak dibenarkan untuk naik. Jadi sebelum datang tuh, kena semak dulu keadaan cuaca. Sepanjang perjalanan, bolehlah menikmati pemandangan flora dan fauna di sekitarnya. Masa yang diambil termasuk bergambar lebih kurang 2 jam.



Sedim








TARANTULA

Aktiviti ni boleh tahan juga. Ingatkan senang. Ambil masa jugak rupanya. Perlu sabar dan kerjasama yang amat tinggi.




Semua peserta disatukan menjadi satu kumpulan. Setiap peserta dikehendaki memegang setiap tali yang disediakan. Dengan tali tersebut, peserta dikehendaki menggerakkan sebuah tong yang diisi dengan beberapa biji bola ke satu kawasan yang lain(digelar sebagai pusat pembuangan sampah).
Dengan hanya memegang tali, bola yang terdapat di dalam tong tersebut hendaklah dituang ke dalam bekas lain yang disediakan. Antara syarat dalam permainan ini ialah, tali yang dipegang oleh peserta hendaklah sentiasa tegang, tong yang dibawa tidak boleh menyentuh tanah dan kaki peserta tidak boleh masuk ke dalam kawasan yang ditanda. Jika salah seorang dari peserta melanggar syarat, permainan ini hendaklah bermula semula. Masa yang diberi hanyalah selama 1 jam. 




 




SMARTBALL

Aktiviti ini lebih senang. Peserta dibahagikan kepada kumpulan, Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu papan yang mempunyai beberapa lubang dam empat biji bola.

Matlamatnya adalah memasukkan bole kuning ke dalam bakul yang disediakan. Bola tersebut akan melalui beberapa lubang sebelum ke lubang yang terakhir. Setiap kumpulan perlu memastikan bola kuning dan bola putih tidak terjatuh ke dalam lubang sebelum tiba ke lubang yang terakhir. Sekiranya, bola tersebut jatuh, perlawanan hendaklah dimulakan semula. Kumpulan yang berjaya akan dikira sebagai pemenang.







Kesemua aktiviti tamat pada pukul 1.00 petang. Memang kami amik ambil pakej untuk setengah hari sahaja. Jika ada yang ingin menganjurkan kursus ala-ala teambuilding, saya syorkan syarikat ini. Memang puas hati, Makanan pun sedap. (Tak sempat ambil gambar makanan, masing-masing sudah kebulur).

Mesti ada yang tanya kan, mana aktiviti air atau mandi manda? Atas faktor keselamatan, kami tidak dibenarkan untuk membuang sebarang aktiviti yang terlibat dengan air. Tengok jerlah air tuh, geram memang geram...hehehehe


Kemudahan surau, tandas dan dewan makan juga disediakan. Jika perlukan bilik untuk menyimpan barang, boleh ja deal dengan syarikat tersebut. Di sini juga ada beberapa resort bagi yang ingin bermalam. Menurut tuan Resort ni, tempat khas untuk mandi manda ada disediakan. Kiranya tidak bercamour dengan public.


RainForest Resort





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
**********************************************************


You Might Also Like

0 comments