KOREA MAY 2017 : PERSEDIAAN AWAL KE KOREA (ITENARY)
Sebenarnya, kali ni Cik Shima ke Korea bersama tiga orang rakan perempuan, Atul, Zue dan juga Aishah. Dua dari Kedah dan dua dari Putrajaya. Tiket flight memang kami tempah awal , lebih kurang. Masa tak fikir apa dah, nampak ja tiket murah terus book.
Tarikh kami amik ialah pada 14 May 2017 (jam 1.15 pagi) dan balik pada 22 May 2017 (jam 10.15 pagi), waktu local time. Lepas book, dekat nak pi baru perasan lamanya, 8 hari kut. Then yang best lagi, turun di Busan, balik pun dari Busan. Sepatutnya nak cantik, biarlah turun dari Busan, dan balik dari Seoul. So, tak yah kami nak patah balik...huhuhu, memang tak terfikir langsung. So, kalau ada sapa2 yang nak buat cam kami ni, Cik Shima suggest turun busan, balik Seoul atau turun Seoul, balik dari Busan (kalau nak cover Busan dan Seoul la). Tapi kalau nak cantik lagi, buat trip Busan-Jeju-Busan. Tapi, kalau nak cover satu tempat sahaja, tak ada masalah lah kan. Actually Busan dengan Jeju, ibarat Johor dan Singapura dan Busan dengan Seoul ibarat Johor dengan Penang. So, korang fikirlah sendiri ya.
Lagi satu, tak fikir pasal musim. Ini agak rugi sikit. Masa kami pi, musim spring dah habih. Dok nampak pokok hijaulah kan. Ni, semua sedar dekat nak pi..hihihi. masa ni yang check waktu puasa ja. Kena redha jerlah.
Harga tiket masa ni kami dapat untuk setiap orang ialah RM 501.08 (pergi balik). Penerbangan Air Asia.
Kali ni plan, tak mau amik mana- mana agent, nak backpacker. Cik Shima tanya diaorang, so masing-masing okay. Itenary buat based on blog-blog, dan Cik Shima berbincang dengan Zue. Baper kali tukar Itenary dan akhirnya yang final dapat seperti di bawah.
BUSAN->SOKCHO->SEOUL->BUSAN
Masa ni kami kira Currency 1000w= RM4. Buat lebih tak pa, jangan kurang
Nak tahu, berjaya atau tidak kami follow Itenary na, tunggu next Entry ya.
0 comments