KOREA MAY 2017 : DAY 3 - ABAI VILLAGE & SEOUL

Salah satu perkampungan yang glamour di Sokcho ialah Abai Village. Abai Village ini dijadikan tempat shooting untuk beberapa drama popular Korea , antaranya ialah Autumn in My Heart.Jadi, ia adalah salah satu tempat tarikan yang wajib pergi di Sokcho.

Masa di tourist Centre, kami ada tanya macam mana nak pergi ke Abai Village, dia suggest amik cab, sebab kalau jalan jauh. Okay.

Semasa di Sokcho Beach, kami ternampak signboard 1.4km ke Abai Village dari pantai. Dari nak patah balik ke tempat teksi, lebih baik kami terus jer jalan, sebab rasa jarak pun sama ja. Okay ..so, kami ikut anak panah yang terdapat di pantai. Sepanjang perjalanan, kami melalui satu penempatan nak kata taman pun tak, kampung tak, tapi bentuk rumah kat sini pelbagai. Jalan dan terus jalan, dan sampai satu masa, kami dah penat. Hahaha..rupanya bukan 1.4km, memang lebih. Dalam hati, rasa menyesal pulak tak naik teksi.


Berjalan Melalui Penempatan Korea Menuju ke Abai Village

Mural Yang Dilukis Di Dinding Rumah





Dan akhirnya kami sampai di hujung, tu dia, bot tarik yang dicari tak nampak. Yang kami nampak adalah lift dan jambatan merah. Di seberang sungai, ternampak satu kampung dan orang pun ramai.

Agak-agak jauh dak kami berjalan


Dari gambar jambatan di atas,  Abai Village di seberang sungai. so, mau tak mau kami kena naik lift dan cross melalui jambatan merah. Mak Aii, jalan lagi. Masing-masing dah keletihan, dan akhirnya sampai juga, kat bawah jambatan tu, baru nampak bot tarik. Dan diseberang jalan, adalah  Abai Village atau Abai Maeul (ikut yang nampak pada signboard). Memandangkan masa sudah petang dan masing-masing dah keletihan, kami amik keputusan untuk terus balik ke Guest House, amik bag dan terus bertolak ke Seoul.Nak mengelakkan masa tiba di Seoul lewat malam. Memang sayang kan, bila dah sampai tapi tak berkesempatan.


Adalah sikit kenangan poster kat atas tu



Moral of story, untuk ke Abai Village dari Sokcho Beach, jangan sesekali ikut anak panah di pantai, lebih baik amik cab (kecuali jika anda memang ada banyak stamina dan masa di sana).

Nak balik ke guest house, kami kena naik bot tarik. Masa kami naik, ada jugalah 2 orag ahjuma naik. Rupa-rupanya, naik bot ni memang kena tarik. Disebabkan penat dan x leh fokus, kami terlupa nak tarik lagipun alat untuk tarik tu ada 3 ja, memang tak cukup. Sedang dok asyik tengok  keliling, tetiba terdengar orang bagi salam,pelik gak,rupanya di seberang sana ada ahjusi melambai kami.

"Assalamualaikum". Mula-mula kami blur dan pelik. Nampaklah ahjusi ni, nak jawab salam, confuse muslim ker idak.

Lagi sekali ahjusi ni jerit.
  "Assalamualaikum.I'm Muslim".  Ha, baru kali ni kami respon, lambai -lambai kat ahjusi ni.
Seronok dia tengok kami, siap ambil gambar kami dari jauh lagi. 
Ataih bot tarik



Ahjuma turut menarik bot

Sampai di Guest House, kami solat dulu di ruangan lobi, ambil bag dan terus ke Sokcho Express Terminal. Kebetulan, bila kami sampai , bas dah ada dan siap sedia untuk bertolak.

Sayonara Sokcho. Next time kami datang lagi.





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.

Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Pendaftaran Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************




You Might Also Like

0 comments