MASALAH RAMBUT GUGUR BAGI KAUM LELAKI

Masalah Lelaki Botak


Rambut gugur oh rambut gugur. Tanyalah semua lelaki, boleh dikatakan majoriti lelaki akan takut dengan masalah keguguran rambut ini.

Kewujudan pulau di kepala pasti mendatangkan rasa tidak senang dalam diri dan juga boleh menyebabkan hilang keyakinan diri.

Lelaki, sama sahaja seperti wanita. Jika wanita mengatakan rambut mereka adalah mahkota, begitu juga lelaki.

Memiliki rambut yang lebat, hitam dan bersinar sememangnya idaman seorang lelaki. Tanpanya, ibarat tidak lengkap diri bergelar lelaki.

Oleh itu, kami di Cik Shima ingin berkongsi dengan  kaum Adam tentang punca-punca berlakunya masalah keguguran rambut ini.

Mungkin pada waktu rambut anda banyak dan sihat anda tak pernah ambil kisah pun tentang hal ini. Tetapi, apabila ianya terjadi, ia ibarat satu malapetaka yang besar.

Jom kita baca punca-puncanya:

1. Genetik

Masalah keguguran rambut boleh dikaitkan dengan genetik yang dimiliki oleh anda. Tidak kira sama ada ia adalah genetik daripada ibu atau bapa anda.

Jika salah seorang atau kedua-duanya dalam keluarga mereka ada masalah keguguran rambut, maka kemungkinan besar anda juga akan hadapi masalah ini.


2. Umur

Apabila umur anda semakin bertambah, sama ada anda suka ataupun tidak ,potensi untuk anda hadapi masalah keguguran rambut adalah tinggi. Ini terjadi kerana badan semakin kekurangan nutrisi untuk membantu penghasilan rambut yang baru dan kuat.

3. Anak

Jika anda adalah seorang bapa, faktor anak yang semakin ramai akan menjadi punca kenapa rambut anda gugur.

Rambut gugur terjadi gara-gara berlakunya tekanan untuk menguruskan perihal anak-anak. Itu belum campur lagi urusan kerja kan? Mesti lagi stres.

4. Diet

Gaya pemakanan juga boleh menjadi punca mengapa anda mengalami masalah keguguran rambut. Contohnya, jika anda sangat kerap minum minuman berasaskan kafein, ini akan menyebabkan berlakunya masalah keguguran rambut. Jadi, sila jaga pemakanan anda jika mahu elakkan masalah ini daripada berlaku.

5. Merokok

Turut menjadi punca mengapa berlakunya keguguran rambut. Kenapa merokok boleh buat rambut gugur?

Ini kerana ia boleh mengganggu kelancaran darah serta mengurangkan nutrisi yang membantu menghasilkan rambut yang kuat dan sihat.

6. Penyakit kulit

Penyakit kulit juga boleh menjadi punca berlakunya masalah keguguran rambut. Kewujudan penyakit kulit di kulit kepala akan menyebabkan ia menyerang akar rambut dan mengakibatkan rambut menjadi rosak lalu gugur.

Andainya tidak diubati segera, rambut akan gugur dengan banyak.

7. Stres

Tidak kira sama ada stres di tempat kerja atau di rumah, stres dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja, andainya anda tidak mengawalnya dengan baik, bersiap sedialah untuk kehilangan rambut anda.

8. Hormon

Bagi lelaki, memiliki hormon testosteron pada tahap yang baik adalah sangat penting. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan anda menghadapi masalah keguguran rambut.

Jadi, pastikan anda mengambil makanan-makanan yang boleh membantu mengekalkan hormon testosteron pada tahap yang baik.



*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB : Shampoo Santan ->>Klik Sini  atau
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Shampoo Santan & Tonik Rambut Bayam dibuka.
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
**********************************************************

You Might Also Like

0 comments