TERENGGANU : MALAM TERAKHIR DI BUMI TERENGGANU : DAGING KAMBING GUANGZHOU


Dah rehat, kami decide untuk keluar selepas maghrib. Plan, nak cari satu tempat ni, Cik Shima pun lupa, yang ni request by bos, Puan Su. Dia kata ada masuk dalam TV. Cik Shima cuba waze, lokasi kurang pasti. Cik Shima pun dah lupa dah cari apa nak habaq kat hampa. Buku catatan tak tau, hilang p mana. Ikutkan pencarian, petang tadi macam kena lalu satu kubu ni. 

Tak palah, kami waze ja...dan akhirnya lalu jambatan yang sudah tiada tol ni. Ikutkan dulu glamour la jambatan ni kan.


Ada plaza ja, tol tak ada dah

Waze punya waze, dia bawa kami ke satu tempat ni, macam ala-ala kampung. Udah memang cari kampung kan. makin lama, jalan makin kecik, sampai satu tempat, jalan kecik sangat. Pas tu semak, keliling dah macam belukar ka hutan tak tau. Sekali kat depan, ada kubur.

Dada Cik Shima dah sesak. Sebab nampak gekap sangat. Pastu terbayang la pulak, gambar kubu yang Cik shima cari petang tadi. Kaki dan tangan tetiba rasa mengigil. Dalam hati cakap jangan teruskan. Teringat pesan abang Cik Shima , kalau sampai satu tempat , tetiba hati kita rasa tak sedap, jangan gagah untuk teruskan. 

Cik Shima bgtau Puan Su, suruh patah balik. Tangan memang rasa macam menggeletar. Tapi Cik Shima tak bagitau dia.Bila dah patah balik dan jauh dari situ, hati Cik Shima dah rasa rileks dan bertenang.


Kami berjanji ngan Mr. Zamri untuk jumpa di Mayang Palace. Malam tu, kami cuba Kambing Bakar Guangzhou. Memang sedap.
Patutlah cuba, kalau sapa mai stay area sini.


Kambing Bakar 
Mr. Zamri tak boleh lama . Dia ada hal pejabat yang perlu diuruskan. mau tak mau kami kena habiskan stay jugalah. Dia ada order satay kat kami malam tu.

Dah lepas makan, hujan pun nampak okay sikit, kami terus ke Jambatan Angkat untuk mengambil gambar. Tiap-tiap hari lalu, tapi tak pernah singgah. Masa sampai, hujan dah tak ada. Rezeki kami lah jugak. Tapi sebaik ja, berdiri nak klik, hujan turun dengan selebat-lebatnya. 

Memang tak ada rezeki kami sungguh aihh dengan Jambatan ni. Kami tunggu jugak lah dalam kereta. Doa bagi dia reda sedikit.

Last-last, hujan reda. Cepat2 keluar dalam kereta. Ambil jugalah sekeping dua memandangkan dah tak ada perasan teruja. Hilang habih.



Konon nak pegang jambatan, tapi tak dapat pun...hahahhaha..belasah jerlah

Lepas tu dah tau nak kemana, buka list, kami nak try ke Uptown Kontena. Nak tengok apa yang menarik kat situ. Rupanya, kontena-kontena ni dijadikan tempat makan. Ada gerai di bawah dan di atas. 

Bolehlah cuba kalau perut anda masih belum full lagi.

Kami cuma jalan-jalan ja, sebab dah terlalu kenyang makan. 


Kat atas tu ada tempat makan tau

Ada beberapa tempat yang dilukis untuk bergambar


Tak ada apa nak dibuat, kami balik terus ke Sumai Apartment untuk berehat. Esok dah nak balik Kedah.


You Might Also Like

0 comments