UMRAH MUSIM SEJUK : PERSIAPAN AWAL -PART 1


LAMBAIAN BUMI HARAMAIAN





Syukur alhamdulillah, akhirnya Cik Shima, ayahanda dan bonda dapat juga ke Bumi Haramaian untuk menunaikan umrah buat kali pertama.

Dah lama rancang, dari tahun ke tahun dan akhirnya pada tanggal 29 December 2019 hingga 08 Januari 2020.

Tentang perjalanan kami Cik Shima tak akan sentuh kerana semua sedia maklum, jemaah umrah yang akan ke sana akan berkursus sebelum berangkat.

Semua urusan umrah diuruskan oleh sepupu Cik Shima, Zaini. Kata sepakat untuk pergi bersama travel agent Andalusia.

Perjalanan dan kisah di sana, Cik Shima biarlah menjadi satu memori , cuma di dalam blog ini apa yang ingin Cik Shima share atau kongsikan adalah tentang beberapa persiapan umrah terutamanya pada waktu musim sejuk.



PERSIAPAN ROHANI/FIZIKAL

Buat kali pertama, tak perlulah fikir , resah dan susah hati, yang penting setiap hari berdoalah semoga Allah permudahkan. Pada peringkat awal, memang Cik Shima resah dan berdebar. Rasa macam tak cukup ilmu, tak konfident. Setiap minggu  menjalani kursus di pejabat Andalusia Alor Setar, buku kecil dan juga buku besar Andalusia juga ada, tetapi terasa masih gemnetar. Akhirnya Cik Shima luahkan rasa ni pada seorang sahabat merangkap kakak jugalah, lalu dia sarankan Cik Shima tengok Youtube, Video Ustaz Samsuri - Panduan Ibadah Ringkas dan Mudah.

Bila Cik Shima tengok video, alhamdulillah, hati Cik Shima lapang. Dah faham, baru kita tambah perkara-perkara lain. Yang penting faham tentang rukun dan syarat umrah. Betul-betul Cik Shima rasa lapang. Cubalah cari.

Persiapan Fizikal

Ini juga antara yang dititikberatkan, ada yang pesan pada Cik Shima suruh exercise la, suruhlah training, macam-macam. Jadi kita buat jalah apa yang kita rasa boleh buat. Yang penting, kita tahu diri kita. Dan jangan lupa, selebihnya adalah berdoa.

Kebetulan ofis Cik Shima suka naik tangga untuk ke ofis. Satu tingkat ja pun. Tapi tak mengapa, praktis jugalah , naik dan turun tangga waktu nak masuk dan balik serta waktu nak beli makan tenghari. Kurangkan lift. Dan pada waktu ni juga, Cik Shima sengaja parking sedikit jauh bagi bertujuan untuk melatih berjalan. Nampak macam tak cukupkan. Tapi tak pa, sekurang-kurangnya ada latihan stamina.


PERSIAPAN BAJU / UBAT-UBATAN DAN LAIN-LAIN

Cik Shima ke sana pada musim sejuk, Sempat jugalah cari tips-tips musim sejuk. Untuk baju, tidaklah perlu banyak, ni follow ja tips -tips blogger yang lain. Sebab baju kita boleh basuh dan gantung. Untuk baju eloklah bawa

1. Hanger - untuk gantung cucian baju, jika ikut hotel, takut tak cukup.
2. Sabun basuh baju (tak mau bawa tak pa, boleh beli ja, tapi mahal la sikit)
3. Kain solat - tak perlu bawa kain , sebab Cik Shima prepare juga sebenarnya tapi sampai ke sudah tak pakai pun.
4. Stokin tebal - elok bawa lebih sikit sebab stokin akan banyak guna untuk jalan dan juga solat.
5. Kain Ihram lelaki - Cukuplah bawa 2 atau 3 helai sahaja. tak perlu pun 4. Cik Shima beli kat ayah empat helai , kesudahannya masa balik, bag tak muat, jadi tinggal ja lah di hotel.
6. Kasut Selipar -
7. Sarung untuk menyimpan kasut
8. Baju sejuk - memadai sweater biasa, tak perlula nak berbulu2 bagai...tapi masa Cik shima p dah hujung Disember, jadi Cik shima expect musim sejuk sana bacaan akan hampir ke normal. Jadi, sebelum pergi, cuba survey dulu ya.


UBAT- UBATAN

Ubat-ubatan seeloknya sediakan lah secukupnya. Ubat sakit kepala, demam, minya angin (kut2 nak mengurut), selsema, bam.

Dan jangan lupa juga tambahkan cool fever. Cool fever ni masa pi sana, Cik shima lupa nak bawa. dan sememangnya Cik Shima terpaksa beli di sini kerana masa mak di Mekah, mak demam, jadi harganya boleh tahan. 1 pek tu (tak ingat ada berapa) - RM45.00 

Ubat-ubat rutin hospital kena lah bawa . Jangan ditinggalkan.


DUIT

Bawalah ikut bajet dan keperluan masing-masing. Macam Cik Shima standbykan RM2500 sahaja untuk 3 orang. Selebihnya letak ja dalam bank. Jangan risau, kat sana ada money changer. Cuma mungkin rate sahaja kut akan beza.


Tahun 2020 ni , tiada umrah kerana covid -19, kita doakan moga ia cepat-cepat berlalu. Dan kita doakan semoga Allah jemput kita sebagai tetamunya.

Nanti Cik Shima update sikit ya tentang Madinah dan Mekkah serta tips-tips yang Cik Shima rasa jarang dikongsi.







You Might Also Like

0 comments