REVIEW : Orang-Orang Village , Perlis

Orang-orang Village ikutkan alamat terletak di Kangar, Perlis.

Nak jadi cerita, Cik shima tak plan pun. Masa ni nak balik dari Perlis ke Kedah. Ingat nak stay kat mana-mana alang-alang dah bercuti kan. Cik Shima whatsapp member kat Perlis, minta suggest homestay yang menarik. Jadi dia cadangkan Orang-orang Village.

Cik shima terus cari kat page Orang-orang Village -> https://www.facebook.com/Orang-Orang-Village-104295464998209/?ref=page_internal. Dapatkan kontak, terus whatsapp.

Alhamdulillah, rezeki kami, masih ada kosong.

Lokasi dan Bilik

Tak susah nak cari lokasi, waze sahaja. Dah Sampai.

Sampai ja, okay berkonsepkan cabin. Waktu kami sampai, masih ada yang belum check in, jadi adalah pilihan untuk memilih kabin. Di sini, hanya ada 3 cabin sahaja. 

Tak dinafikan, view persekitaran OOV ni memang sesuailah untuk sapa-sapa yang kaki bergambar.

Kami sampai masa ni cuaca panas dan mood keletihan, jadi just rehat sahaja. Konon-konon petang, selepas asar nak bergambar, tapi akhirnya ke laut dalam. Lena sebab keletihan. Tak sempatlah nak shooting sangat.

Makanan

Bab makan jangan risau, kat OOV ni ada cafe tapi simple cafe ja, tapi kalau nak makan di luar, memang banyak. Buka ja google maps / waze cari ja kedai makan. Memang banyak sekitarnya. Cuma kena hati-hati sedikit  (perhati betul, sebab area sini ada ja kedai yang Siam betui-betui, Cik Shima nyaris terkena, mujuq perasan ada geng ada tatoo, hihihihihi).


View

Walaupun kawasan OOV ni tak luas mana, tapi ownernya pandai memanfaatkan kawasan lokasi. View dan dekorasi sekitar OOV memang cantik untuk bergambar. Cik Shima tak sempat nak bergambar atas sebab faktor masa dan juga faktor rehat yang tidak mencukup, jadi tak banyak lah yang diambil.
Mungkin akan repeat lagi sekali. Kali ni pastikan rehat yang cukup.








Kolam

Kolam di sini agak kecil. Sesuai untuk kanak-kanak dalam 1 tahun - 5 tahun,
Jika percutian anda bertemakan untuk mandi kolam, tidak sesuai untuk menginap di sini.






You Might Also Like

0 comments