REVIEW : Rosz Homestay (06 - 07 Disember 2024)

Syukur, setelah sekian lama , akhirnya tahun 2024 , berjaya juga tradisi Family Day dilaksanakan  setelah sekian lama terhenti akibat covid 19.

Kali ni kehadiran lebih ramai bercampur antara dua family yang bersilang, tapi tak kisahlah kan...lagi ramai lagi meriah.

Pilihan lokasi kali ni adalah Rosz Homestay Kuala Nerang. 






Homestay ini sebenarnya terletak di Kuala Nerang. dalam kawasan taman.
Tapi jangan risau, sebaik sahaja masuk pintu pagar homestay, terus berada di dalam dunia yang berbeza.

Homestay ini mempunyai 3 unit Rumah  dan 3 unit bilik.


Rumah


Setiap sebuah rumah mempunyai 2 bilik dan 1 bilik di bahagian loteng . 
Best sapa duk di atas ni, memang luas sangat.

Bilik di dalam rumah


Ruang di atas loteng



Sebelah kiri adalah unit rumah dan sebelah kanan unit untuk bilik





Di tengah ruangan inilah boleh dibuat aktiviti yang family day.




Homestay ini juga dilengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa.



Dimana ruang BBQ atau dapur? Untuk homestay ini, jika hendak menggunakan ruang makan, kena bayar tambahan. Boleh adjust dengan owner homestay untuk harga yang menarik.

Jika tak mau amik, jangan risau, kerana di dalam rumah juga disediakan dapur untuk memasak. Jadi jika, datang dengan keluarga yang kecil, boleh ja tak mau sewa.


Dapur masak dalam unit rumah



Kecuali jika datang dengan family yang ramai dan ingin berkumpul, Cik shima suggestkan untuk sewa.

Masa check in adalah pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tenghari.

Kali ni family day, Cik Shima tak banyak sangat ambil gambar. Fon Cik Shima tak taula pasal apa, semua setting kelabu asap😀😀😀




Done untuk review kali ni. 
Antara homestay yang boleh datang untuk berehat.

Boleh klink di bawah ya untuk no telefon dan sebarang pertanyaan. jangan duk call Cik Shima pulak ya, sebab Cik Shima bukan owner homestay.

Boleh klik link di bawah untuk details.

Homestay Rosz Kuala Nerang--> https://www.facebook.com/share/p/1Ero6d6rRd/

Selamat datang ke Kuala Nerang.

You Might Also Like

0 comments