PETUA : TIPS HALAU CICAK
Cicak..
Setelah Cik Shima berpindah ke Hutan Kampung, masalah utama Cik Shima adalah dengan si cicak yang terlalu banyak. Maklumlah Cik shima beli rumah yang di tinggal hampir dua tahun.
Persekitaran pulak masih lagi semak samun. Setahun juga ambil masa untuk kemaskini kawasan rumah yang dipenuhi dengan semak samun.
Dalam rumah tiada masalah, cuma masalah dengan tahi cicak. Sapa yang pernah alami tahulah bagaimana geli dengan tahi cicak ini.
Ini antara petua yan Cik Shima telah gunakan setelah membuat beberapa petua.
1) Letak lada hitam di laluan cicak
2) Bersihkan dengan campuran air, cuka dan pelembut.
Kedua-dua tips ni Cik Shima cuba, ada kesan tetapi masih tidak mencukupi.
Dengan tidak sengaja Encik Suami seekor burung cedera datang. Jadi kami merawat burung tersebut dan letak di dalam sangkar kecil di depan rumah. Cicak di depan rumah terus tiada.
Cik Shima masih tidak perasan lagi waktu ni. Cicak masih banyak di belakang, Cik Shima masih tidak putus asa, terus mencari petua dan terjumpa rupanya satu petua adalah membela burung atau meletekan apa-apa item yang berkaitan dengan burung. Cicak takut butung rupanya.
Umur burung tersebut tidak panjang. Burung mati. Selepas itu, mereka bermaharajalela semula
Jadi, sapa-sapa rajin, bolehlah bela burung.
Tidak lama selepas itu, Cik Shima bela ayam pulak. Ya, cicak juga takutkan ayam, cuma ayam ni tak bolehlah letak sekitar rumah. Tapi Cicak di bahagian belakang berkurang setelah Cik Shima bina reban ayam di belakang .
Bagi menghapus saki baki yang ada, Cik Shima beli lah Penghalau Cicak ni di shopee.
Mr. POWER
Memang berkesan .
Sekarang ni, cicak di rumah Cik Shima sudah kurang sangat-sangat. Saki baki yang tinggal mungkin dalam 2-3% gitu.
Alhamdulillah.
Bolehlah sapa-sapa nak cuba kaedah ni, silakan ya.
Nak beli penghalau cicak tu , boleh klik Sini ya -> MR POWER
Selamat mencuba..:)
0 comments