Belajar Menjahit

Teks : Sharimah Binti Yahya


Lepas raya ni, rancang nak pergi kelas menjahit. Rasa rugi pulak bila tidak ada ilmu dalam jahitan ni. Sebenarnya bila boleh menjahit, macam-macam boleh dibuat untuk menjana pendapatan. 

Kos tempahan baju semakin hari semakin meningkat. Paling-paling kurang kat kedah RM30.00 mungkin ada yang lebih rendah sedikit) sepasang untuk baju kurung. Kalau ada anak perempuan lima orang sudah jadi RM150.00. Itu tidak termasuk harga kain lagi. Memang benar orang cakap, lebih baik beli baju yang sudah siap tetapi bagaimana dengan orang tidak mempunyai saiz seperti terlalu kecil atau besar. Mahu tak mahu kena tempah. Kalau nak beli, nak kena hantar ke kedai pulak untuk ubahsuai. Masih tetap ada kos. Sekurang-kurangnya jika boleh jahit , dah boleh jahit sendiri  dan jimat kos.

Jadi adik-adik di luar sana, jika tidak berjaya melangkah ke menara gading, belajarlah menjahit. Sertailah mana-mana kelas jahitan. Kalau bukan untuk berniaga, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri dan keluarga.







You Might Also Like

0 comments