Menghilangkan Lunturan Warna Pada Kain

Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : Carian Internet


Hari ini baru tahu bahawa rupa-rupanya ada sejenis remover iaitu Dylon untuk mehilangkan lunturan warna pada kain. Selalunya kes ini berlaku apabila baju yang turun warna dicampur dengan baju lain. Selalunya bila jadi macam ni, akan dibuang sahaja.

Terdapat dua jenis Dylon iaitu Dylon Colour dan Dylon White.  

Dylon: Cucian Tangan
* Penuhkan besin/baldi dengan air panas mengikut suhu tertinggi yang tercatat pada label  pakaian yang    akan direndam.
* Masukkan 1 peket dylon dan kacau sehingga sebati.
* Masukkan kesemua pakaian yang turun warna (boleh dicampurkan sekali). Pastikan semua pakaian       terendam penuh.
* Rendam selama 1 jam. Kacau pakaian itu sekali sekala dalam tempoh 1 jam.
(note: walaupun    instruction tulis rendam 1 jam, jika perlu anda boleh rendam lebih lama jika material pakaian   tidak begitu senstive) 
* Selepas 1 jam, perah seperti biasa, jemur atau keringkan pakaian anda.

(Rujuk pada label kotak untuk cara penggunaan yang lebih lanjut)

Dylon boleh diperolehi di hypermarket seperti Giant atau Tesco
 
Nota : Ini hanyalah tips dan panduan sahaja. Sekurangnya kita berusaha terlebih dahulu untuk menyelamatkan pakaian kita dari dibuang.

You Might Also Like

0 comments