PETUA BERSIHKAN BARANG KEMAS

Boleh cuba mana-mana cara berikut.

AIR SUAM
Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi & ubat gigi. Bilas bersih & rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.

AIR SUAM & ASAM GELUGOR
Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih & sejatkan di atas kain kering.

AIR ASAM JAWA & JUS LIMAU NIPIS

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih & lihatlah hasilnya.

TEH CINA

Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas & rendam semalaman. Bilas dengan air bersih & lihatlah hasilnya.
Selamat Mencuba.



*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244  untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************

You Might Also Like

0 comments