TIPS BELI BARANG KEMAS 916
1. Tanya harga berapa RM/GRAM.
Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi saya elok kira dalam kiraan gram sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.
2. Tanya berapa UPAH.
Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 utk upah sahaja.
3. Ada GST atau tak.
Kalau dekat kedai, memang ada GST la. Online kebanyakannya takde GST.
4. TAHU CARA KIRA BARANG KEMAS.
Biasanya, : (Berapa gram x harga segram + upah + GST 6% )
Kadang-kadang kedai emas terus tekan-terkan kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram & upah. Mesti tahu.
Tips yg lebih penting:
KIRA HARGA BERSIH SEGRAM
Maksudnya, total harga yg kita bayar ÷ berapa gram brg kemas tu.
Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata-mata harga segram.
Jangan juga tertipu dgn harga segram yang nampak murah tapi upah pula yang mahal.
Sebab apa kita kira harga bersih segram?
Itulah harga emas kita segram yg sebenar. Kalau kita pajak dekat ArRahnu pun, dia dah tak tanya berapa upah brg kemas kita tu. Dia hanya akan uji ketulenan emas & timbang berapa berat. Nilai marhun adalah berdasarkan nilai semasa dan berat emas kita. Kita bayar upah mahal-mahal dulu kira "burn".
Kalau nak jual balik emas kita pun sama, dia tgk berapa gram. Tu jer. Harga buyback ikut gram.
1 comments
facebook,com
BalasPadam