KOREA MAY 2017 : DAY 3 : MOUNT SORAK
So, sambung balik cerita korea walaupun dan 3 bulan berlalu. Huhuhu , nak menulis pun kena ada mood jugak. Bukan Cik Shima nak menunjuk ka, sekurang-kurangnya, kat blog ni bolehlah dijadikan diari pelancongan Cik Shima. Tak pa lah, lambat pun lambat. Asalkan masih ada moment yang ingin Cik Shima titipkan,
17 MEI 2017 (RABU)
Hari ini hari ketiga, so target utama nak ke Mount Sorak. Disebabkan terlambat siap, so kami tak breakfast apa yang owner mr.egg sediakan. Tetiba rasa bersalah la pulak, Proses check out kami buat siap-siap. Memang budget takkan sempat sampai. Beg boleh tinggal kat guest house. So, nak kena naik bas bernombor 7-1, Kiranya stesen bas ni, sebelah ja terminal bus semalam. Senangkan. Pukul 9.00 kami berada di stesen bas. Tiket bas dah boleh guna T-money sebab Cik Shima google kat blog, tak boleh pakai TMoney. So, dah boleh pakai. Tambang 1,100 W
Kalau terlepas, kena tunggu 20 minit. Perjalanan dari Mount Sorak ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bolehlah usha apa yang patut sepanjang perjalanan. So, masa ni Cik Shima nampak lah sign board Sokcho Beach dan Abai Mouel . Dalam hati, on the way balik, dah boleh singgah ni. Memang dah ada dalam itenary.
Bus memang turun kat Mount Sorak. sampai-sampai dah nampak ramai dan juga dah ada yang turun pun. Niat di hati nak sampai awal pagi, tapi tulah kan. Kita hanya merancang.
Bayaran Masuk : 3, 500 w dan Cable car : 9000 w.
Actually, tak mau naik cable car , nak hiking pun boleh tetapi memandangkan banyak tenaga nak pakai, so, kami putuskan untuk menaiki cable car. Tapi boleh tahan jugalah, cable car ni, lagi jauh dari Langkawi punya. Macam biasa, bila naik cable car, memang Cik Shima tak akan pandang bawah, pandang aras mata ja. Ya Allah, cantik pemandangan sekeliling, ni mai musim nak summer, kalau autumn mesti lagi cantik .
Pemandangan dari cable Car. Kalau Winter, cantik lagi ni |
Sampai stesen Mount Sorak, bermaksud tak sampai lagi ke puncaknya. Hahahaha, kena naik anak tangga untuk ke puncak. Kena memanjat jugaklah citernya. Memang out of stamina, kalau yang tak besa. Tapi yang Cik Shima salute, ahjuma ngan ahjusi kat korea ni, walaupun sudah dimamah usia, tapi masih lagi panjat, fit pulak, siap bertongkat lagi..hihihihi...rileks ja, jauh beno dengan orang kita kat Malaysia ni.
Sepanjang jalan, ramah ja yang menegur .."Are u Indonesia? " "Are U Malaysia?" , sebab bertudung gamaknya. Tak payah nak introduce dah. Nampak na, ramai tourist dari dua negara ni. Demam KPOP kut.
Banyak pemandangan seperti ni sepanjang jalan |
Mula start memanjat. Tangga |
Langkah demi langkah akhirnya, kami sampai juga ke puncak Mount Sorak. Apa yang menariknya di sini, tak tahu nak cakap. Yang pasti , pemandangan dan puncaknya yang berbatu memang menarik.
Agak susah nak amik gambar masa ni sebab ramai sangat orang. Tak pa yang penting snap ja, at least ada kenangan.
Dah puas, so kami pun decide untuk turun, sebab next target nak singgah Sokcho Beach dengan Abai Village. So, masa turun, baru sempat ambil gambar sekitarnya. Tak dinafikan , kalau datang masa musim bunga atau autum, memang lagi cantik.
Tak sah kalau tak ambil gambar dengan beruang ni |
Isi perut dulu sebelum meneruskan perjalanan |
Kafe di sekitar Mount Sorak |
Selamat tinggal Mount Sorak |
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?
Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan
Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Pendaftaran
Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************
0 comments