KOREA MAY 2017 : HARI TERAKHIR DI BUSAN


22 Mei 2017

Hari ni bangun awal.  Janji dengan teksi pukul 6.00 pagi. Lebih baik sampai awal di airport sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku kan. Sementara tunggu teksi, kami sempatlah bergambar depan guesthouse ni dan sembang2 dengan  pekerja Kimchi Guesthouse. 






Teksi datang lambat sikit. But still okay. Sedihlah pulak nak tinggal Korea ni. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak gi kan. Dalam perjalanan ke airport, Cik Shima perasan ada notifikasi apps dari Air Asia. Sekali buka, terbeliak mata Cik Shima. Terperasan notifikasi masuk awal..tapi ntah tak tahu kenapa tak buka sejak di hotel. FLIGHT KE KL , DELAY dari 10.35 ke  2.15 petang.Cik Shima pun bagitau yang lain.ha apalagilah kan, masing-masing terkedu gaklah.Dalam kepala Cik Shima ternampak flight dari KL ke  Alor Setar, malam ni juga, 7.30 malam...sah-sah memang tak sempat....tak pa, tak pa..Apa2  hal sampai airport dulu.


Dah sampai Airport, Zue chek emel, rupa-rupanya dari semalam lagi ada terima tentang kelewatan flight tu. Tapi dah semalam tak buka, so tak leh nak kata. Tengok kat board pun, flight Delayed.
Dan sekarang apa yang dirisaukan ialah flight dari KL ke Alor Setar. Macam mana tu.Ini lah possiblity yang akan berlaku apabila terdapat connection flight.

Kami berurusan dengan kaunter Customer Air Asia di Busan . Macam biasa, Atul jadi jurucakaplah kan. Dia minta kami berurusan di kaunter domestik KLIA. Huhuhu, kami minta diaorang call KL tapi malang tidak dibenarkan. Kami cakap, masalahnya flight kami dari KL ke AS 7.30 malam. Macam mana nak berurusan kat sana, sah2 terlepas flight. But she gave the same answer. Fuhh..panas gak lah. Dia cuma boleh bagi priority Seat dan Bag ja untuk memudahkan  masa kami keluar di sana. Ni bukan melibatkan kami juga, ada juga yang lain. Ada satu family, flight dia dari KL ke Penang jam 8.00 malam, tapi diaorg  naik MAS pula. Dia pun tak tahulah macam mana nanti. Finally, kami terima juga offer tu, sebab tak dak pilihan.

So, kami pun check in luggage siap2. Sekali beg dah masuk, Cik Shima pun nak blah,tetiba kena panggil. Ha, kastam panggil, apa pula ni. Dah kena masuk dalam. Dia suruh buka bag. Berderau darah sebab tak tau apa barang yang tak lepas. rasanya macam dah clean. Sekali rupanya lighter. Aduss macam mana lighter ada dalam tu.  Lighter tu sebenarnya Cik Shima beli untuk hadiah. Lighter made in Korea. Dan satu lagi, bateri kamera. Aduss macam-macam. Nasib baik yang lain tak ada apa2.
Sementara menunggu kul 2.15 petang , Atul berkomunikasi dengan service center di Kuala Lumpur melalui live (fb or something), minta lakukan sesuatu. At least , tukar flight atau delayedkan sekejap ka apa kan. Diaorang  minta butiran flight. Wah, ada harapan. Tapi sekali dapat, dia bagitau kena deal dengan Kaunter Domestik di KLIA2,..ha ni yang kami bengang, sah2 bila touch down KLIA, flight dah fly ke Alor Setar. Baik tak payah minta butiran flight bagai. Harapan palsu betul. Aku cuba bersikap tenang, tapi tak tenang juga. Tak mau cakap apa. Diam jerlah. Tak leh nak buat apa dah kalau macam tu. Cik Shima whatsapp member, kebetulan sepupu dia staff air Asia. Katanya nanti Air Asia akan ganti flight, dan jika tiada flight malam tuh, akan diberi tempat penginapan sekali. Dan akan diberi ganti flight keesokannya.  It's okay, cuma masalahnya, kalau boleh kami nak balik Kedah the same day. Tak mahu postpone ke ari esoknya. Emm


Mood nak bergambar pun dah ke laut. Lepak jerlah sampai kul 2.15 petang.Yang lain, masing-masing habiskan baki dalam T-money, tapi Cik Shima biarkan , sebab T-money tu boleh pakai lagi anytime. Plan nak repeat Korea. Diaorang semua tak mau datang dah. Akhirnya berangkatlah kami meninggalkan Busan , jam 2.15 petang. In shaa Allah, ada rezeki , bumi Korea Cik Shima akan jejaki lagi. Tak serik tau.

Dalam flight , lagi sekali kami cuba dapatkan pandangan dari krew Asia. Dia minta berurusan dengan kaunter air Asia sebelum keluar dari imigresen. Boleh rujuk pada diaorang. Emm...
Jadi, apa yang berlaku pada kami sebaik sahaja tiba di KLIA2. Okay , tunggu next entri. Tak habis lagi tau.






*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************








You Might Also Like

0 comments