KOREA MAY : DAY 7 - BUSAN
21 Mei 2017
Bertolak dari Seoul ke Busan dengan menaiki keretapi Munghuwa. Malam tadi juga merupakan final piala FA antara Pahang dan Kedah. Hajat di hati nak tengok live dalam train, tapi rupanya dalam train ni tak ada wifi. Em, terus jem lah .
Bertolak dari Seoul ke Busan dengan menaiki keretapi Munghuwa. Malam tadi juga merupakan final piala FA antara Pahang dan Kedah. Hajat di hati nak tengok live dalam train, tapi rupanya dalam train ni tak ada wifi. Em, terus jem lah .
Jangka masa tiba ni, kami ingat dalam pukul 5 atau 6 pagi, sekali rupanya sampai dalam pukul 3 pagi. Lebih sikit. Ha sudah. Dalam train pun, tak berapa nak boleh lena sangat. So, mau tak mau terpaksalah lepak kat Busan stesen ni sementara menanti waktu Subuh. Nasib baiklah ada wifi, terus tengok keputusan bola. Alhamdulillah, Kedah juara piala FA. 3-2.
Sebaik saja Subuh masuk, kami bergilir lah untuk solat. Kat stesen ni memang tak ada surau, jadi pandai-pandailah cari tempat yang sesuai untuk solat seperti bawah tangga atau tempat yang terlindung sikit. Dah solat, tunggu sekejap bagi cerah, baru kami keluar. Masing-masing muka blur dan mengantuk.
Ikutkan itenary, nak pergi ke Gamcheon Cultural Village. Tapi memandangkan dengan keadaan pagi yang kurang bermaya sikit, macam tak daya nak gi situ. Dalam carian, memang nak kena berjalan dan memanjat. Berbukit situ. Rasa macam tak mampu nak ke sana.
Pagi Di Busan |
Dari Jauh dah nampak Gamcheon Cultural Village |
Setelah berbincang, kami tinggalkan beg di setesen. Lokar ada disediakan. Lepas tu, kami bergerak ke Dalmaji Hill. Turun di stesen Handaeu. Terfikir juga, berbaloi ke nak ke sana. Untuk ke sana, kami kena naik bas. Tapi setelah sampai, pening juga sebenarnya. Tanya sana sini, tapi tak jumpa apa yang menarik pun. Last sekali decide untuk ke Masjid Al Fatah.
Actually, setelah balik Malaysia, nak ke sana, kena waktu time sakura muncul. Memang cantik. Tu pun setelah Cik Shima membuat carian bagaimana nak ke situ. Boleh google, waktu sakura.Kiranya kami memang dah sampai lah ceritanya. Tapi memandangkan musim panas, tak nampak apalah kan. Lagi satu kalau time sakura, yang best kat Busan ialah Festival Sakura di Jinhae, boleh google . Tak palah, yang penting adalah pengalaman. Next time kalau datang, dah tahu dah.
Tapi bergambarlah juga sekeping dua di sekitar bandar ni, alang-alang dah sampai kan.
Muka Letih. |
Dari sini kami terus bergerak ke masjid al Fatah. Disana, nak rehat dan bersihkan diri.Kalau naik subway, nak ke masjid al Fatah turun di stesen Dusil. Sebaik je sampai di Dusil keluar ikut
Exit 8, keluar je dari Exit 8 jalan terus dan terus kira-kira 200m
sampai jumpa kedai tayar Hankook di sebelah kanan. Kedai tayar tu
terletak di simpang jalan. Di seberang
jalan korang akan nampak Stesen Minyak sekaligus signboard "Islam Centre". Dari kedai tayar tu, jalan ke Kanan dan ikut Signboard. Korang akan jumpa kedai makan halal yang mula-mula sekali, Restoran Cappadocia. Kedudukan Masjid ni agak tersorok sikit. Kena pusing sehingga jumpa pintu masuk masjid.
Dalam Masjid |
Dalam masjid, lepas basuh muka ngan gosok gigi,kami berehat sat, nak tunggu sampai zohor. Em..kesudahannya, keempat-empat kami 'bertafakur' sungguh. Tengah bertafakur, tetiba dengar bunyi tapak kasut, yang lain kelam kelibut amik tudung. Rupanya penjaga masijd (lelaki) naik ke ruang muslimah,tak sure dia nak buat apa. Cik Shima tak sempat dah nak amik tudung, kesudahannya cover kepala dengan jaket. Lepas dia turun, kami sambung 'tafakur', sampailah azan zohor. Mata memang berat sangat nak buka. Tapi memandangkan misi perlu diteruskan, gagah jugalah bangun. Pergi bilik air, buat apa yang patut, ambil air sembahyang, terus solat jamak zohor dengan asar. Baru rasa fresh sikit.
Papan tanda dalam bahasa Melayu |
Dah settle semua, kami singgah makan sekejap di Cappadocia Turkish Restaurant. Bersebelahan dengan masjid ja. Masa ni, Cik Shima dah hilang mood untuk bergambar. Gambar dalam restoren pun tak ambil. Nak tahu tentang restoren ni , boleh ja cari dalam google. Taip ja Makanan Halal di Busan.
Selesai makan, kami bergerak terus ke Jagalchi Market. Sini, sebenarnya ramai yang makan makanan laut Korea. Lalu ja sekitar market, terus diaorang jerit "Halal", "Halal". Tapi kami hanya lalu dan senyum. Tak dinafikan memang fresh makanan laut dioarng. Tapi bila lihat kedai-kedai sekitar dia, macam cuak la pulak. Kebetulan info kat Jagalchi market, tak banyak sangat kami buat research, tak tahu kedai yang mana satu betul-betul halal dan okay, jadi nak makan tu rasa was was pulak. Ya, betul semua seafood, tapi macam mana cara masak, peralatan yang digunakan..huhhuhu. So, kami just pusing tengok-tengok ja. Nak tengok sotong kurita besar berjalan pun boleh.
Stotong Kurita keluar dari tempat persembunyian |
Mercu Tanda Jagalchi Market |
Kedai-kedai sekitar Jagalchi |
Lama tak lama, macam lama lah juga kan. Kami patah balik ke Busan stesen. Ambil beg dan terus check in kat Kimci House Guest. Kami minta guest house uruskan teksi untuk hantar kami ke airport keesokan pagi. Janji pukul 6.00 pagi depan hotel.
Malam tu, kami hanya stay di hotel dan kemas barang sahaja. Beg kesayangan Cik Shima pula, putus, so kena ikat. Beg atul , pemegang dia patah. Macam-macam tragedi.
Nak tahu kisah selanjutnya apa yang berlaku pada kami berempat? Tunggu next entri. Esok adalah hari terakhir.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?
Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan
Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo
Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran
Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************
0 comments