RAMBUT BERBUAH JANGAN GUNTING RAMBUT DULU
Rambut Berbuah. Rambut berbuah sering dikaitkan dengan wanita yang bertudung. Apakah yang dimaksudkan dengan rambut berbuah?
Rambut berbuah adalah suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan.Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut.
Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya.
Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan.
Faktor Masalah Rambut Berbuah
* Kurang tidur.
* Tidak mengeringkan rambut dengan betul.
* Pengambilan makanan yang kurang nutrisi.
* Penggunaan produk rambut yang berlebihan.
* Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut.
* Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
* Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung.
* Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari.
* Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas.
* Anda boleh memakai perapi rambut pada hujung rambut dan bukan pada kulit kepala anda.
Ciri-Ciri Produk Rambut Yang Sesuai Bagi Rambut Berbuah
* Revitalizing
– Syampu yang dapat melicinkan kutikel rambut serta melebatkan rambut.
– Di samping itu, ia memiliki sistem pembersih yang lembut.
– Mempunyai ejen yang menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembabkan atau kering.
Rambut berbuah boleh atasi dengan tonikbayam dengan fomula campuran apple hijau serta anti fungus tersendiri.
Info lanjut :http://sharimahyahya.blogspot.my/2016/10/serum-rambut-nurul-gold-vegeoil.html
Info lanjut :http://sharimahyahya.blogspot.my/2016/10/serum-rambut-nurul-gold-vegeoil.html
Kemaskini :
Produk ni telah dijenamakan semula sebagai MONA LEAF HAIR TONIC dengan packaging yang lebih menarik dan menawan.
2 comments
Woww terima kasih selama ni saya x tahu pon tntg rambut berbuah👍👍👍
BalasPadamsama-sama
Padam