PULAU PINANG : LAKSA TEMPURUNG BALIK PULAU



12 Ogos 2017

Ha, kena throwback balik. Actually, 12 Ogos 2017 ni, Cik Shima n member Cik Shima, sapa lagi kalau tak bukan Atul kan, ada kenduri di Balik Pulau. Kenduri rumah adik Mimie. 
Kami pernah pergi ke rumah Mimie ni dan siap bermalam lagi, tapi cam biasalah tak ingat jalan, so, kena gunalah waze kan.

Masa kami sampai, hujan dah mula turun. Sampai bawah khemah memang lebat gilalah. Kiranya hari tu, berhujan jugalah kami. Tapi dalam dok hujan-hujan pun, sempatlah lagi nak amik gambar. Kebetulan masa ni, baru 3 bulan balik Korea, so, mood nak bergambar tu memang tetap adalah kan.

Pulau Pinang



Masa sebelum datang Penang, Cik Shima dah pelan nak ajak Atul makan Laksa Tempurung  Ombak Damai. Sebelum pergi Korea lagi sebenarnya. Tu pun gara-gara selepas viral kat vocket. So, shima waze wah memang tak payah mana pun, memang on the way balik, akan jumpa. Letaknya di Gertak Sanggul. Cari dalam waze pun memang dah jumpa.

Masa kami balik kenduri, hujan makin lebat dan sampai kat sana memang dah hujan. Bukan tu ja, ada angin sikit. Tapi disebabkan nak makan jugak, kami gagah juga redah hujan. Masa tu bimbang juga, sebab kereta parking bawah pokok. Masa kami sampai, dah ada orang sedang makan dan juga tunggu order. Angin makin kuat.






Dalam Perjalanan ke Ombak Damai


Nak order susah sikit kali ni, sebab antara tempat duduk ke gerai makan, tak ada bumbung, so kena berlari sedikit. Cik Shima suruh Atul tunggu ja kat tempat duduk, dan Cik Shima redah ja hujan lebat tu. Uish, memang gigih sungguh hanya semata-mata Laksa Tempurung.  Cik Shima tunggu, pas tu terpikir macam mana nak bawa laksa dan juga ais kacang. Penutup tak ada, talam pun. Mungkin dalam suasana hujan dan berangin, jadi mungkin owner gerai tak jangkalah kut. So, Cik Shima minta Atul tolong ambil. Atul pun sampai. Sekali, tang dan payung di tempat duduk kami, tertumbang. Nasib baik Atul dah bangun. Memang angin kuat sangat. Kami pun dah kuyup jugaklah. Jadi, kami buat keputusan untuk beredar. Minta diaorang bungkuskan .  Then lepas tu , kami beredar. Ralat tak sempat menikmati makanan di tempat yang cantik tuh.

Tak nafikan kawasan ni memang best. Selain laksa , ada juga makanan lain, tapi tak sempat dah nak tinjau gerai2 di sekitarnya sebab hujan sangat lebat. So, Cik Shima plan akan repeat lagi nanti. Lagipun Kedah dan Penang kan jauh mana kan.



Gerai Laksa Tempurung



Payung beratapkan nipah nilah yang tumbang


Harga Makanan

Dalam keta, tak leh nak  makan, sudu dan bekas tak ada, so kami bahagi-bahagilah. Atul bawa balik ais kacang dan Cik Shima bawa balik Laksa. 

Hujan masih lebat dalam perjalanan pulang



Suka gambar ni





*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************

You Might Also Like

0 comments