THAILAND - DAY 1 : DANOK



Bercuti di Thailand
Sawadikap Thailand

Negara Thailand memang dah jadi kebiasaan rakyat Malaysia bercuti bila cuti kembar umum atau cuti perayaan ataupun  musim cuti sekolah. Tak tahu kenapa, mungkin faktor hotel yang murah.

Cik Shima masuk ke Thailand untuk 3 hari 2 malam. Bajrt keseluruhan lebih kurang RM350.00  semua sekali. Percaya tak?

Kos penginapan dan pengangkutan lebih kurang RM100.00 (tak sampai sebenarnya). Murah tak?

27 September 2018 (Khamis) - Day 1

Kami bertolak dengan sebuah kereta, Cik Shima , Yati , Shah, Kak Tun dan Latip selepas jam 5.00 petang . Kiranya lepas ofis hour lah. Cik Shima macam biasa, memang amik cuti ari ni. Urus apa yang patut.

Sampai changloon, berhenti untuk urusan kereta. Nak beli prepaid Thailand kat sini pun boleh. Memang murah gila. Shah sorang ja beli, yang lain buat hostspot ja. Dah selesai, terus masuk ke Thailand. Alhamdulillah, tak sesak. Kiranya kami sampai di Danok tu, hari dah gelap la. Guna waze cari hotel.

Amik Insurans di Changloon


Wah, hotel kat sini memang best. Rasanya tak padan dengan harga kut. Malam ni, kami stay kat Satit Grand View Hotel. Besar gila. Masa cari tu, salah hotel, nama hampir sama, yang tu mula sampai, terkejut jugak ..dah macam hotel 4 atau 5 bintang kat Malaysia. Tanya guard hotel, dia kata satu lagi, ka depan. Bila sampai Satit cuak jugak, tak kurang hebat. Memang recommended lah hotel ni. 

 

Satit Grand View Hotel


Sampai-sampai, kami rehat jap, then lepas tu keluar gi makan. Area situ juga. Kat Danok ni memang tak susah untuk dapatkan makanan halal. Shah dan yang lain , diaorag dah biasa dengan Thai. Cik Shima ja yang first time, jadi terujalah sikit kan. Malam tu, Cik shima cubalah makan nasi Nasi Pad Ka- Prao..sedap.

Lepas makan , kami terus ke iCity di Danok. Malas dah nak turun kereta, pusing-pusing ja tengok cahaya. Tau dah, kalau turun pun amik gambar, mungkin gambar gelap, dah malam kan.  hihihi. At last , kami turun juga di satu kawasan macam perkampungan ala-ala Cina tu...Sempatlah berposing, berkeping-keping...:)


icity danok


icity danok




Balik dari sini, kami singgah jap 7-eleven. Ha, memang murah harga barang kat sini, Cik Shima sempat amik banana milk thai ngan lepan banana, habuan untuk bfast pagi esok. Dua-dua memang favourite Cik Shima. Lepas ni, member masuk Thai, leh kirim,

 
Banana Thai Milk



Lepan Banana

Okay, malam ni, kita bermalam di Danok ya. Esok pagi baru bertolak ke Hatyai.


Tips Penting Bagi Yang Membawa Kenderaan Sendiri ke Thailand


1. Geran kenderaan - sama ada yang asal atau salinan
2. Jika Kenderaan Bukan Atas  Anda - sila bawa surat kebenaran dari Owner
3. Insurans Kenderaan Untuk Luar Negara (boleh ambil kat changlun atau sempadan Malaysia)
4. Sediakan duit RM2 untuk diserahkan kepada pegawai imigresen Thailand yang bertugas (melebihi waktu ofis ) * ni yang diberitahu oleh kawan-kawan.
5. Bila berurusan dengan imigresen Thailand, hati kena kental, jangan expect kita akan terima senyuman mesra  ataupun  nak layanan 'friendly' dari mereka.





*********************************************************
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo Santan dan Serum Tonik Bayam adalah terbaik.
Page FB :Tonik Rambut Bayam Nurul Gold Utara
Pendaftaran Agent/ Dropship Tonik Rambut Bayam dibuka.
Info Kesihatan
Page  FB : Stokin Vken Utara
Jom Sihat Bersama Vken
Hubungi 0192668244.
**********************************************************


You Might Also Like

1 comments