MAC 2019 : KERIANG HILL RESORT, KEDAH

Alhamdulillah, tanggal Mac 2019,  Cik Shima dan sekali lagi dengan klik Korea 2017 , Atul, Zue dan Aishah bercuti bersama.  Kali ni di Keriang Hill. Ini semua gara-gara drama Lelaki Kiriman Tuhan.


Actually, Keriang Hill ni juga salah satu wishlist Cik Shima. Sebenarnya Cik Shima dah booking terlebih dahulu untuk adik dan Cik Shima. Tarikh yang dipilih ialah 30 April 2019 dan 01 Mei 2019.
Sebaik sahaja Cik Shima booking, Zue dan Aishah hubungi Cik Shima dan Atul bgtau mereka nak bercuti di Keriang Hill. Jadi rezeki Cik Shima untuk menginap dua kali di Keriang Hill pada 2019.
Zue dan Aishah bertolak dari KL dengan menaiki KL Sentral dan Cik Shima menaiki komuter dan kami berjumpa di stesen Alor Setar. Dan atul pick up kami, di sana dan terus menuju ke Keriang Hill. Kami check in lebih kurang kul 4.00 petang. Waktu check in sebenarnya ialah jam 3.00 petang.
Kami terima kunci dan pihak kaunter l memaklumkan bahawa untuk maintenance hanyalah sampai kul 6.00 pm. Memandangkan tempahan dibuat melalui website (Cik Shima lupa nama website ni, tapi bukan dari official website Keriang Hill la),  kami tidak diberikan sarapan pagi. Kami diberi rumah Kurung Hitam iaitu rumah untuk family. Rumah ini mempunyai 4 buah katil.




 


Macam biasa, dah check in, siaplah ambil gambar. Memang cantik ruangnya. Rumah kampung katakan. Petang kami terus keluar, meronda-ronda di sekitarnya. Tak nafikan view memang cantik. Cuma sekiranya pihak pengurusan menitik beratkan penyelengaraan pokok dan kebersihan, ianya akan lebih menarik. Mungkin cuaca yang panas, jadi ada banyak pokok-pokok yang kering dan hampir mati.

Rumah Gunung


Keriang Hill Resort


Rumah Anak Bukit

Papan Tanda Utama
Papan tanda utama ni sayang sangat, nampak sedikit suram 

Jalan nak masuk ke Kerian Hill Resort

Swimming Pool yang sesuai untuk kanak-kanak


Latar belakang Gua

Rumah Kurung Hitam

Beranda 

Gagah nak amik gambar berlatarbelakangkan pokok kelapa


Kemudian, kami keluar untuk makan malam. Kami makan dekat nasi Royale Kandar.  Selain nasi kandar, kat sini juga ada menu-menu lain. Memang puas hati. Boleh waze nasi Royale Kndar pantai Johor





Lepas makan kami terus ke TESCO Mergong. Zue dan Aishah nak cari paper bag. Nak buh barang yang dibeli di Padang Besar. Bila masa diaorang pergi ke sana pula ni. Actually, awal pagi tadi  diaorang sampai Alor Setar , jadi diaorang terus shoot ke Padang Besar dengan menaiki komuter. gigih dak depa.
Sempatlah diaorang shopping bagai.

Kat Tesco Mergong tu ada DIY. Cik shima tak pernah masuk DIY di sini.Allah, terus jatuh cinta. Dengan luas dan besar, serta susunan yang teratur membuatkan Cik shima amat selesa. Lagi satu, kat sini tak ada bau yang Cik shima suka. Selalunya di SP, DIY memsti Cik Shima bau macam plastik yang terbakar, bau nilah menyebabkan Cik Shima tak leh lama-lama kat D.I.Y. tapi di kat Tesco ni, tak ada bau tu. I am happy.  Lepas jumpa beg, sempat juga kami beli kek sempena reunion Korea 2 tahun yang lalu. Lepas tu, kami terus balik ke Keriang Hill Resort.

Malam-malam , di kawasan restoren ada kugiran. Bolehlah kalau sapa-sapa nak lepak. Tapi kami ambil keputusan terus ke bilik. Bila malam, suasana agak gelap sikit. Macam kita jalan kat kampong dulu-dulu. Hanya ditemani lampu rumah . Sampai rumah, kami makan kek, mandi dan terus tidur.


Keesokan harinya..

Memang nyenyak tidur dan tak sedar langsung. Cahaya tingkap dari luar menunjukkan matahari dah tinggi. Maklumlah masing-masing Allah bagi ABC kan. Pagi-pagi ni kami makan ja apa yang ada. Kek semalam pun banyak lagi.  Memang santai-santai sementara nak tunggu waktu check out. Checkout di sini jam 12.30 tengah hari. 
Lepas check out, kami terus  bergambar. Suasana di sini, walaupun tenghari tetap tidak panas, Ya lah, pokok banyak kan.















Bagi yang ingin merasai suasana kampong yang nyaman dan tenteram, boleh lah bercuti di sini. Tak dinafikan , memang cantik untuk dijadikan lokasi pengambaran.

Bulan 5, Cik Shima datang lagi . kali ni dengan keluarga pula, tunggu next entry ya.










You Might Also Like

9 comments

  1. Balasan
    1. Boleh cek kat keriang hill website.

      Tapi kadang2 agoda lagi murah.

      Saya pun tak ingat dah berapa. Nanti saya tgk bil (jika masih ada)

      Padam
  2. wah hebatnya dah sampai kat sana...tq atas info yer

    BalasPadam
  3. wah...bila lah dapat pergi kesana...terima kasih atas info yang lengkap.

    BalasPadam
  4. Chalet family ada berapa bilik ye. 4katil queen ke

    BalasPadam