ARIANA HOMESTAY YAN : PERCUTIAN SIMPLE DAN SELESA -
Dah lama tak update entri.
Kena tunggu mood mai, baru boleh update.
PENAFIAN : CIK SHIMA ADALAH PENGUNJUNG ARIANA HOMESTAY, BUKAN OWNER
Kali ni, Cik Shima dan adik Cik Shima, sapa lagi tak bukan tak lain, Ina lah kan bercuti di Ariana Homestay, Yan, Kedah. Sejujurnya, waktu Cik Shima tulih entri, homestay kat Yan tu dah tumbuh bagaikan cendawan, jadi bolehlah usha2 kat google atau facebook na.
Sebelum Cik Shima review homestay ni, Cik Shima habaq siap2 na, Cik Shima ni cuma pengunjung ja bukan pemilik homestay tau. Jangan pakat-pakat nak call pulak no.
Kami booking homestay ni awai, adalah 5 atau 6 bulan. Memang kena awai, sebab asyik penuh ja, terutamanya musim hujung minggu dan cuti sekolah.
06 September 2019.
Percutian kali ni, family Cik Shima (Idah, mak dan ayah), Ina & Family, Pian & Family (adik ipar ina), Abang Fauzie & Family, Auntie Salmie dan kawannya.
Ariana ni ada 8 bilik semuanya, tak perlu sewa sekali, kalau amik semua sekali sebenarnya lagi jimat. Tapi dah cukup korum, jadi kami 5 bilik sahaja.
Ariana ni ada 2 tingkat, 4 bilik di atas dan 4 bilik di bawah. Kadar sewa bilik atas dan bawah berbeza. Bagi bilik di atas, hanya ada 1 katil double sahaja. Bilik di bawah ada 1 double katil dan 1 single.
Ina & family amik bilik atas, kata dia dah pernah duduk kat bawah, jadi nak try bilik atas pulak.
Bestnya bilik bawah ni ada pintu sliding, terus menghadap kolam renang. Buka-buka ja, nampak kolam.
Apalagi, lepas saja check in kul 3.00 pm, budak-budak ni terus terjun la. Semua makanan dan masak dari rumah, jadi sampai-sampai tu, terus letak makan kat pondok yang disediakan. Memang sedap la makan, kena pula angin bendang sebelah. Agak-agak best dak?
Kali ni memang konsep cuti dan rehat, jadi Cik Shima pun memang rehatlah. Budak-budak mandi makan, mandi dan makan..itulah kerja depa.
Pantai Murni Yan
Ariana Homestay ni sebenarnya nak ke sana, kena lalu Pantai Murni, memang tak jauh pun tapi jalam kaki penatlah jugak. Kalau naik basikal, okay lagi.
LepasAsar, Cik Shima, Idah, ayah dan mak ke Pantai Murni. Yang lain-lain pulak ke Casa Bayu Chalet sebab ada yang nak survey homestay tu.
Lepak-lepak ja, sambil makan aiskrim .
Dekat Maghrib, balik semula ke homestay.
Next entri : Besday kakak dan adik di Ariana Homestay
0 comments