TERENGGANU : HOTEL PRIMULA , PASAR PAYANG , ICT, AIR BUAH PAK SAN, TEATER - DAY 2
Hari Kedua di Bumi Kuala Terengganu.
ANJUNG BISTRO GARDEN, HOTEL PRIMULA
Kena awal la kan, sebab nak gi mesyuarat. Kami cadang jalan kaki ke ke HSNZ, dah tau dah keadaan parking kat hospital ni.
Jadi, sebelum pergi tu, sempatlah sarapan pagi di Anjung Bistro Garden , Hotel Primula . Dah dapat sekali ngan makan pagi, makan ja lah kan. So far , not bad lah kan...Cik shima tak amik la pulak gambar makanan tu, hihihihi
Menu utama ialah nasi dagang dan juga nasi lemak. Jadi dah ada di bumi Terengganu, kita layan jerlah nasi dagang tu.
Salad |
Mesyuarat la |
Mesyuarat sampai tengahari ja...wow..heaven nya...apalagi lepas ni , kita cutilah kan... Pihak hospital telah sediakan makan tenghari untuk kami. Alhamdulillah, rezeki. Nasi dagang lagi sekali...
Masa ni, Mr. Zamri, pegawai IT tanya kami, nak pi mana lagi kan. Jadi Cik Shima tunjuklah tentafif yang Cik Shima buat, terkejut dia semua tentatif makan..hihihihi...Apapun tentatif yang Cik Shima buat, 90% boleh pergi.
Kami bagitau dia, kami nak stay di Terengganu, amik cuti, dengan berbesar hati dia nak bawa kami ke tempat2 yang menarik. Janji malam ni, nak bawa kami pi nak satu bukit untuk lihat pemandangan keseluruhan Kuala Terengganu. Sebenanrnya, kami boleh ja survive 2 orang, tapi orang dah berbudi, kita kenalah berbahasakan.
Tq, Mr. Zamri, entertain kami masa kami kat sana. Lepas maghrib jumpa.
Balik ke hotel, kami melalui Pantai Batu Buruk...tu dia aih, panaih -panaih pun gigih juga. Janji posing. Tak leh lama oiii...silau biji mata.
HOTEL PRIMULA - MASALAH BILIK
Sampai hotel, kami pun ke kaunter untuk urusan bilik, rupa-rupanya kena tukar bilik ...tu dia...pelik juga kami, semalam cakap macam lain, ni cakap macam lain..Katanya yang kami booking tu, bukan jenis bilik yang sama...ha, sudah. Tak leh nak buat apa la, rasa macam nak marah jugak la. Disebabkan bilik yang kami nak duduk tak ready, dia suruh tunggu , nanti depa call.
Jem jugaklah sebab tak tau kul berapa.
Lepas zohor, dalam kul 2 lebih cam tu, hotel call bagitau bilik dah ready. Uish sekali mak aii...dapat bilik , emm...ikutkan memang tak puas hati. Tapi itulah, mungkin Allah nak tunjuk sesuatu. Tidak selama-lamanya kita perlu pandang ke atas, ada ketikanya kita perlu pandang ke bawah.
Jauh beza bilik di bawah ni dengan bilik asal. Bilik air kecik, biasa ja. tak ada tube. Katil kecil sikit. TV jenis lama, bukan LCD TV. Siaran pun tak berapa jelas. Yang bestnya lagi, siap dibekalkan ubat nyamuk...huhuhuhu...
Mujurlah malam tu, lena tak ada nyamuk. Jadi, kata putus dibuat, malam ni ja stay kat sana, esok checkout cari hotel lain.
JOM PASAR PAYANG
Tak sahkan kalau mai ke Terengganu, tak pi ke Pasar Payang. Masa ni Pasar Payang sudah berada di lokasi baru , tak pastilah lokasi sementara ke apa. Bangunan pasar Payang lama telah dikosongkan. tak pastilah nak renovate ka apa.
Actually Cik Shima ngan Myboss ni bukan kaki shopping sangat pun, jadi tak adalah membeli sangat. Cuma beli barang standard jerlah. Keropok-keropok kering Terengganu. Ada satu keropok tu memang sedap, Cik Shima lupalah jenama dia....waaa....waa...harap2 nanti ternampak, akan ingatlah kut. Memang sedap. Rugi beli sikit ja.
Gigih tengah2 panas selfie bagai |
Pasar Payang |
IKAN CELUP TEPUNG POK LONG
Masa Zohor tadi dah jama' taqdim siap2, jadi dah tak perlu risau dah tentang solat Asar. Belek-belek jam, boleh pergi ke ICT POK LONG pulak. Sebab dari Pasar Payang ke ICT tu dah tak jauh dah. Macam biasa ikutlah waze. Sampailah ke destinasinya.
Cik Shima tak perati dah kedai, nampak ja kedai terus masuk. Tapi masa masuk tu cam peliklah jugak, pasaipa tak sama macam yang mai ari tu. Tapi okay jelah, kami pun order. Tapi okaylah jugak ICT nya tu. Peliklah signboard yang besar dah tak ada.
Rupa-rupanya bila balik Kedah, baru tersedar, dah salah kedai....hahahhaha, Kedai Pok Long tu sebeanrnya, sebelah ja kedai ni. Bagitau Puan Su, Puan Su kata kena repeat lagi lah...aduhai, kesian kami kan. Nasib baik ICT tu pun okay, bolehlah makan. Dalam salah kedai pun, amik banyak jugak.
Ni yang sebetulnya --->ICT POK LONG
Ikan, Udang, Sotong, Cendawan |
Pulun Jangan Tak Pulun |
ICT Haji Pok Long kena ada sign board ni. Cam yang ni tau. |
Alamat :
ICT Haji Pok Long
Seberang Takir,tepi Pagar Airport; Kuala Terengganu
AIR BUAH PAK SAN
Memandangkan kami sudah berada di kawasan airport, Air Buah Pak San pun macam tak jauh ja. Buka waze, memang betul. Masa makan ICT ni, kami tak order air apa apa pun, just air kosong ja, sebab nak pergi ke kedai Air Buah Pak San.
Kedai dia tepi jalan ja. Sampai-sampai nampak pulak makanan. Antara yang duk duk teringin nak makan Laksam Terengganu, Puan Su nak makan laksa Terengganu.
Perut sudah kenyang, tapi hati mau makan.
Okaylah alang-alang dah sampai, kita order saja. Nak mai lain kali tu tak lagi bila.
Laksam dan Laksa tu, kuah sama ja. Beza dengan kedah adalah sambal dia, nampak ja sikit, tapi pedas tapi memang sedap.
Air yang kami order tu konsider gelas kecil tau. Boleh bayang tak, selepas makan ICT, minum air buah paksan + plus extra menu. Penuh perut. Kalau tak, mau order menu lain.
Ini antara kedai yang memang boleh cuba.
Laksam Terengganu |
Ni Sign Board Kedai |
Tak leh lama-lama, sebab malam karang dah janji dengan Mr. Zamri. jadi kami bertolak pulang ke hotel. Kali ni tak gelap. jadi sempatlah Cik shima amik gambar jambatan popular Terengganu dari dalam kereta. Berhenti, nanti ralit pulak kan, Tapi masih ada lagi masa satu hari.
JOM TONTON TEATER
Kebetulan ada Festival Teater Terengganu di Pusat Teater. Menurut En. Zamri, tiap-tiap malam ada, dan kadang-kadang tajuk berbeza.
Alhamdulillah, sampai juga hajat nak tengok teater sejak sekian lama, berbelas belas tahun, masa Cik Shima kerja di KL lagi. Masa tu tak ada geng kaki teater, tapi geng kaki wayang ada.
Bagusnya teater kat sini, percuma sahaja. Cik Shima tak ingat tajuk teater malam tu, lupa dah. Tapi agak tinggi juga lah, sebab ada masa flash back, ada masa waktu sekarang, orang yang faham seni, cepat tangkap. Cik Shima pun mula-mula blur gak, tapi bila diterangkan oleh myboss barulah faham...
Selepas menonton teater, kami plan nak ke menara atas bukit, tapi hujan pula. jadi Mr. Zamri bawa kami lepak kat satu tempat ni. Lupa nak tanya apa nama, Dri sini, bolehlah nampak Jambatan Terengganu yang lawa tu.
Tapi kamera phone Cik shima pulak tak tau pasal pa buat hal, suasana malam tak berapa cantik nak amik gambar. Mr. zamri tanya nak makan apa...ha, makan lagi...perutku sudah penuh. Tapi fikir-fikir balik, karang lapar pulak tak makan, jadi Cik Shima order ja sup sayur dengan teh ais.
Gambar tak cantik |
Makan Lagi |
Sempatlah bercerita kes kami pasal bilik di Hotel Primula tu, jadi Mr. Zamri cadang pada kami untuk cari hotel area Pusat Teater tadi. Salah satunya adalah Regency Hotel. Settle dah dapat idea. Mujur bukan musim cuti sekolah, jadi untuk walk in, memang tak ada masalah la.
Sambil -sambil makan tu, sempatlah tanya pasai jambatan angkat tu kat Mr. Zamri, bila masa diangkat....bila masa kapal lalu..huhuhuhu, rupa-rupanya masa perasmian ja. Lepas tu dah tak angkat-angkat dah. Kapal pun dah tak lalu dah...okay, dah tau satu input.
Lepas makan, Mr. Zamri hantar kami balik ke hotel. Katanya, esok malam jumpa lagi, siang tu dia kerja, jadi jumpa ja malam. Kami on ja.
Sampai hotel, kami tak terus masuk bilik, kami kuar pulak, ronda arae Pantai Burok tu. Salah satu tempat yang kami pi adalah The Mayang Palace. tau pun, sebab Mr. Zamri tunjuk tadi. Katanya kat sini yang sedap ialah Daging Bakar Guangzhou. Kami tak makan pun, tapi tanam azam untuk cuba esok. Situ pun ada juga jual-jual, saja cuci mata. Tak lama, kami terus balik hotel.
Rehat. Esok nak jalan pi Tamadun Islam pulak.
3 comments
ICT tu tempat sama dengan saya makan..tepi airport syok!
BalasPadamkan...sedap kan...:)
PadamAssalamualaikum Sis Sharimah , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
BalasPadamHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.