Nikmat Sihat Itu Mahal

#nikmatsihatitumahal

 



Dalam buku berjudul "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit", satu quote yang Cik Shima suka (penulis juga merupakan seorang doktor)..

Andai kata kamu melihat orang yang berada di hujung nyawanya ataupun yang mempunyai penyakit terminal, pertama sekali yang perlu kamu ucapkan dalam hati adalah

" Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberikan aku kesihatan yang luar biasa nilainya"

Manusia hanya menyedari betapa berharganya kesihatan apabila sudah jatuh sakit. Makan tidak berselera, kesejukan minuman terus hilang, tidur tidak nyenyak dan perasaan juga tidak tenteram.

Jadi hargailah nikmat sihat. Peliharalah sebaik mungkin kerana nikmat itu sangat mahal.

"Dua kenikmatan yang sering dilalaikan oleh manusia adalah nikmat sihat dan masa yang lapang"

- Hadis Riwayat Bukhari-


You Might Also Like

1 comments