Dah lama Cik Shima tak review mana-mana homestay atau hotel .
Maklumlah selepas PKP, tak banyak jalan.
Baru-baru ni Cik Shima ada urusan di Ampang Kuala Lumpur. Nak mudah, Cik Shima nak cari yang berdekatan dengan ofis peguam di Ampang. Beliau cadangkan Grand Barakah Hotel. Ofis dia area situ sahaja jalan kaki ja.
Jadi Cik Shima macam biasa, masuk dalam trivago untuk dapatkan harga yang terbaik beberapa beberapa hari sebelum berangkat pada 09 Mei 2023 (Selasa). Harga okay, bawah RM150 cuma Cik Shima tak dapat finalkan, jadi Cik Shima tak buat tempahan.
Pada hari Ahad sebelum hari Selasa, Cik Shima semak balik, harga sudah tinggi. Terpaksalah cari option lain, dan akhirnya Cik Shima memilih Puteri Ampang Hotel.
Setelah baca beberapa review di Agoda, Cik Shima berserah sahaja lah.
Cik Shima sampai agak lambat pada 09 Mei 2023 tu. Dalam pukul 8.30 malam. Sampai malam, Cik Shima perhatikan , kawasan ni mudah untuk makan. Seberangnya adalah Ampang Point, jadi bolehlah sapa-sapa berhajat untuk shopping.
![]() |
Kemudahan kedai . Gambar ihsan : Google |
Reception di Aras 2, dan bilik Cik Shima di Aras 3.
Cuma masalah hotel ini, tiada kemudahan lif, jadi tidak sesuai untuk warga emas yang mengalami masalah sakit lutut, atau masalah lemah tenaga. Dan juga bagi pengunjung yang nak bawa barang yang banyak.
![]() |
Reception di Aras 2 : Gambar : Ihsan Google |
Masa Cik Shima Check in, dia bagitau bilik Cik Shima adalah single . Terkejut juga, sebab rasanya Cik Shima booking untuk katil queen. Rupanya Cik Shima salah booking. Nak tukar, bilik queen dah penuh. Memahami situasi, reception beritahu, boleh ja kembarkan katil.
Buka sahaja pintu bilik, memang terbaiklah. Tersangat luas. Kebersihan pun okey. Semasa Cik Shima review baca review hotel ini, rata-rata mengatakan channel untuk TV hanya satu sahaja. Cik Shima redha sahajalah. Rupa-rupanya pihak pengurusan hotel ambil maklum. Channel TV sudah pelbagai pilihan.
Harga hotel ini untuk satu malam?
Masa Cik Shima booking - Cik Shima di beri 2 pilihan , terus buat payment atau bayar masa check in.
Terus Payment - harga RM61.00 (boleh cancel tanpa bayaran)
Bayar Masa Check In - RM81.00 (boleh cancel tanpa bayaran)
Memandangkan Cik Shima tidak mahu tanggung risiko, jadi Cik Shima pilih bayar masa check in.
Jadi bagi pengunjug yang hendak ke Ampang boleh la menginap hotel ni jika semata-mata untuk rehat sebelum melakukan urusan.
Cik Shima terlupa nak amik gambar. Boleh ja cari di carian enjin.
Selamat beristirehat.
Pesan pada Hati :
Mengingatkan orang untuk buat baik dapat pahala tau.
. . Tu baru ingatkan je pun ada pahala. Kalau buat? Lagi banyak pahala lah. . . Habis duk tulis-tulis kat fesbuk ni duk mengingatkan itu ini ingatkan bajet bagus ke apa? Tak... . Nak kutip pahala. Ingat mengingati itu kan pahala. . . Sebab tu tulislah yang baik-baik walau satu ayat. Setiapnya sebesar zarah kita buat akan dipersoal kat sana. . Tulis sesuatu di fesbuk niatlah tujuan bagi berpesan-pesan pada kebenaran dan untuk dapatkan pahala. . Okay? :) . . Nora Yusof. #Pengasas_FTRKlik sini untuk Wakaf FTR -->Wakaf FTR
Tempahan Buku FTR --> Tempah Buku FTR


Kredit : jentikhati

Klik sini untuk Wakaf FTR -->Wakaf FTR
Tempahan Buku FTR --> Tempah Buku FTR
Hidup kita ni masa gembira lebih panjang ke masa sedih lagi panjang?
. . Cer kira berapa banyak kita gembira sejak kita lahir sampailah kita besar dewasa sekarang? . Kalau gembira lebih banyak nyatalah kita manusia yang tak reti bersyukur. :3 . Kalau sedih lebih banyak nyatalah kita tak pernah belajar apa-apa apatah lagi nak bersyukur. . Sebenarnya dari sedih tu Allah turunkan ILMU. Daripada situ kita belajar apa yang nak ditegur dan turn point untuk kita kuat dan tabah melangkah melakar kejayaan. . Emosi sedih jangan dilayan sangat. Banyakkan senyum. Kata hidup nak cari redha Allah. Dah penat sikit tak mau. . Dunia kan tempat untuk bekerja (ibadah) Akhirat tempat berehat. Dalam kubur nanti tidurlah puas-puas. Masa tu apa pun tak buat dah. . Nabi Muhammad SAW beribadat sampai bengkak kaki-kaki. Tak tidur banyak. Fokus ibadat. Sedangkan baginda dah confirm dijamin syurga. Buat apa nak ibadat banyak-banyak tanya sahabat. . Jawab baginda. Tanda aku bersyukur lah aku beribadat. . Kita? Syurga pun tak jamin langsung. Nak beribadat pulak malas sebagai rasa syukur. Rasa terpaksa je sebab wajib. Kalau tak wajib? Nak buat yang wajib pun kena paksa-paksa. Apatah yang sunat. Buat yang sunat pun sebab nak kaya. Bukan kerana Allah pun. Rasa-rasa? . . Nora Yusof #Pengasas_FTR
Siapa-siapa sini yang berhajat nak dapatkan FTR, gunakan duit simpanan dan sebagainya.
. . jangan risau jangan takut . Sebab setiap sen yang anda keluarkan niatkan untuk dapatkan ILMU. . Dapatkan ILMU ni pahala. Bacanya dapat pahala, ulang bacanya dapat pahala. Apatah lagi beramal dengannya. Semuanya pahala. Dapatkan Ilmu untuk menjadi lebih berjaya, lebih baik, lebih soleh. Itu paling penting. . Sebab ada orang, nak beli buku, nak pergi seminar, nak belajar apa-apa, dia nak baca, ikut orang, terpengaruh semata. Nak niat atau tujuan apa dia tak tahu. Kita dalam hidup ni mesti ada tujuan, mesti ada target. Dan mesti faham setiap apa yang kita buat mesti dengan niat/tujuan yang jelas. . Bukan niat nak kaya, bukan niat dapat duit ribu riban tanpa jelas. Untuk apa? Betulkan niat in Shaa ALLAH duit yang dikeluarkan untuk melabur dalam ILMU beroleh barokah. . Kadang niat tak betul tu yang buat tak jumpa apa yang dicari-cari.
Klik sini untuk Wakaf FTR -->Wakaf FTR
Tempahan Buku FTR --> Tempah Buku FTR
.
Nora Yusof
#Penulis_FTR"FTR satu naskah yang sangat istimewa...
Lepas baca FTR, Semangat yang agak lemah kembali bangkit. Jika dulu kurang membaca Alquran, sekarang diri berusaha membaca setiap hari. Jika dulu lidah ini gitu2 aja zikirnya, sekarang berusaha agar tidak putus2 mengingatinya. Jika dulu salawat keatas junjungan Nabi kita , jarang2, kini terasa ingin sentiasa menyebutnya. Jika dahulu sedekahnya kadang2, kini didikan itu sebati. Terima kasih Cikgu Nora. Saya juga ingin memberi FTR kepada orang yang saya sayang, mudahan mereka dapat bersama2 saya merasai indahnya ilmu ini "... Nukilan seorang Pembaca FTR Puan Azie Rajie
Klik sini untuk Wakaf FTR -->Wakaf FTR
Tempahan Buku FTR --> Tempah Buku FTR
Dimulakan langkah dengan Bismillah dan senyuman yang paling manis


Klik sini untuk Wakaf FTR -->Wakaf FTR
Tempahan Buku FTR --> Tempah Buku FTR