MOTIVASI : HIDUP KITA GEMBIRA ATAU SEDIH?

 





Hidup kita ni masa gembira lebih panjang ke masa sedih lagi panjang?

. . Cer kira berapa banyak kita gembira sejak kita lahir sampailah kita besar dewasa sekarang? . Kalau gembira lebih banyak nyatalah kita manusia yang tak reti bersyukur. :3 . Kalau sedih lebih banyak nyatalah kita tak pernah belajar apa-apa apatah lagi nak bersyukur. . Sebenarnya dari sedih tu Allah turunkan ILMU. Daripada situ kita belajar apa yang nak ditegur dan turn point untuk kita kuat dan tabah melangkah melakar kejayaan. . Emosi sedih jangan dilayan sangat. Banyakkan senyum. Kata hidup nak cari redha Allah. Dah penat sikit tak mau. . Dunia kan tempat untuk bekerja (ibadah) Akhirat tempat berehat. Dalam kubur nanti tidurlah puas-puas. Masa tu apa pun tak buat dah. . Nabi Muhammad SAW beribadat sampai bengkak kaki-kaki. Tak tidur banyak. Fokus ibadat. Sedangkan baginda dah confirm dijamin syurga. Buat apa nak ibadat banyak-banyak tanya sahabat. . Jawab baginda. Tanda aku bersyukur lah aku beribadat. . Kita? Syurga pun tak jamin langsung. Nak beribadat pulak malas sebagai rasa syukur. Rasa terpaksa je sebab wajib. Kalau tak wajib? Nak buat yang wajib pun kena paksa-paksa. Apatah yang sunat. Buat yang sunat pun sebab nak kaya. Bukan kerana Allah pun. Rasa-rasa? . . Nora Yusof #Pengasas_FTR

You Might Also Like

0 comments