PUTERI AMPANG HOTEL, AMPANG SELANGOR

Dah lama Cik Shima tak review mana-mana homestay atau hotel .

Maklumlah selepas PKP, tak banyak jalan.

Baru-baru ni Cik Shima ada urusan di Ampang Kuala Lumpur.  Nak mudah, Cik Shima nak cari yang berdekatan dengan ofis peguam di Ampang. Beliau cadangkan Grand Barakah Hotel. Ofis dia area situ sahaja jalan kaki ja.

Jadi Cik Shima macam biasa, masuk dalam trivago untuk dapatkan harga yang terbaik beberapa beberapa hari sebelum berangkat pada 09 Mei 2023 (Selasa). Harga okay, bawah RM150 cuma Cik Shima tak dapat finalkan, jadi Cik Shima tak buat tempahan.

Pada hari Ahad sebelum hari Selasa, Cik Shima semak balik, harga sudah tinggi. Terpaksalah cari option lain, dan akhirnya Cik Shima memilih Puteri Ampang Hotel.
Setelah baca beberapa review di Agoda, Cik Shima berserah sahaja lah.

Cik Shima sampai agak lambat pada 09 Mei 2023 tu. Dalam pukul 8.30  malam. Sampai malam, Cik Shima perhatikan , kawasan ni mudah untuk makan. Seberangnya adalah Ampang Point, jadi bolehlah sapa-sapa berhajat untuk shopping.





Kemudahan kedai . Gambar ihsan : Google



Reception di Aras 2, dan bilik Cik Shima di Aras 3. 

Cuma masalah hotel ini, tiada kemudahan lif, jadi tidak sesuai untuk warga emas yang mengalami masalah sakit lutut, atau masalah lemah tenaga. Dan juga bagi pengunjung yang nak bawa barang yang banyak.

Puteri Ampang Hotel
Reception di Aras 2 : Gambar : Ihsan Google



Masa Cik Shima Check in, dia bagitau bilik Cik Shima adalah single . Terkejut juga, sebab rasanya Cik Shima booking untuk katil queen. Rupanya Cik Shima salah booking. Nak tukar, bilik queen dah penuh. Memahami situasi, reception beritahu, boleh ja kembarkan katil.


Buka sahaja pintu bilik, memang terbaiklah. Tersangat luas. Kebersihan pun okey. Semasa Cik Shima review baca review hotel ini, rata-rata mengatakan  channel untuk TV hanya satu sahaja. Cik Shima redha sahajalah. Rupa-rupanya pihak pengurusan hotel ambil maklum. Channel TV sudah pelbagai pilihan.

Harga hotel ini untuk satu malam?

Masa Cik Shima booking - Cik Shima di beri 2 pilihan , terus buat payment atau bayar masa check in.
Terus Payment - harga RM61.00 (boleh cancel tanpa bayaran)
Bayar Masa Check In - RM81.00 (boleh cancel tanpa bayaran)

Memandangkan Cik Shima tidak mahu tanggung risiko, jadi Cik Shima pilih bayar masa check in.

Jadi bagi pengunjug yang hendak ke Ampang boleh la menginap hotel ni jika semata-mata untuk rehat sebelum melakukan urusan.

Cik Shima terlupa nak amik gambar. Boleh ja cari di carian enjin.

Selamat beristirehat.



You Might Also Like

0 comments