Tip Beli Tiket Penerbangan Murah

Dalam entri ini kali, saya akan beri tip untuk membeli penerbangan murah. Setakat ini kos penerbangan yang saya perolehi untuk percutian ke luar negara masih lagi di bawah RM700.00 untuk dua hala.

Berikut adalah tip untuk mendapatkan tiket penerbangan murah.

1. Beli sewaktu promosi.
Selalunya syarikat penerbangan akan melakukan promosi harga pada waktu-waktu tertentu. Jadilah rajin- rajinlah melayari laman web syarikat. Untuk lebih mudah anda boleh daftar sebagai ahli dan subscribe  news atau sewaktu dengannya melalui emel.

2. Beli awal
Apabila sudah dapatkan harga terendah, terus tempah. Tidak perlu risau tentang pakej dan sebagainya. Anda boleh survey pakej-pakej selepas itu, yang penting dapatkan tiket dulu.

3. Selalu membuat perbandingan
Sentiasa membuat perbandingan harga antara syarikat penerbangan.

4. Beli tiket pergi dan balik
Pastikan membeli tiket pergi dan balik kerana lebih menjimatkan.

5. Pilih destinasi yang sering dikunjungi.
Syarikat penerbangan lebih kerap membuat promosi dengan menawarkan harga tiket yang murah ke destinasi-destinasi yang sering dikunjungi.


You Might Also Like

0 comments