THAILAND DAY 3 : HARI TERAKHIR


Okay, Last entri . Punyalah berjanggut.

Cik Shima habiskan juga sebab bila ada opening kenalah ada closing kan.

Last day, hari ni tak plan mana sangat. Just shopping di Morning Market Hat Yai. Cik Shima tak beli apa sangat kat sini. Kaki shopping untuk biskut, ait tin ala2 red bull boleh beli di sini. Memang murah sangat-sangat.

Cik Shima beli biji gajus . Murah sikit berbanding di Malaysia atau padang besar. hampir ke tenghari juga kami di sini.


Selepas tu, kami bertolak balik ke Danok untuk makan tenghari dan solat. Selepas makan, kami terus menjelajah 7 eleven dari satu ke satu sebab nak cari Burger dan Susu Pisang. Memang laku keras. Dikatakan sold out di 7 eleven. Cik Shima dapatlah juga 2 bungkus burger. Pisang susu, sold out. Memang frust giler.


Pulut ayam Cik Shima beli di Danok, sebelah 7 eleven. Pulut ayam ni ingat nak makan kat floating market tapi Latif bagitau baik beli di Danok, lagi sedap. Memang sedap pun. Lupa nak amik gambar. 
Di Danok juga Cik Shima beli beras pulut. Sampai pening nak pilih, banyak jenis ....nasib baik ada Kak Ton. Dia tolong pilih.

Perhatian : Beras wangi dan pulut nak beli, ada limit ya. Cik shima tak ingat berapa, boleh cek. 

Dah selesai, kami pun masuk Malaysia, sekejap ja masa berlalu. 

Shopping Complex ni tak tahu kat mana





You Might Also Like

0 comments