Tarikan Terengganu
Gambar : Koleksi Peribadi dan carian Internet.
Bertolak dari Alor Setar ke Kuala Terengganu dengan menaiki penerbangan Air Asia bersama dua orang sahabat pada jam 8.35 pagi. Tiada penerbangan terus ke Kuala Terengganu, sebaliknya perlu transit di Kuala Lumpur. Kami tiba di Kuala Terengganu dalam pukul 12.15 tengahari. Dari sini kami menaiki teksi ke Hotel Primula. Harga bagi bilik standard di hotel ini ialah RM230.00 semalam( termasuk sarapan pagi ). Tidak mengecewakan. Terdapat swimming pool, berdekatan dengan pantai dan sarapan paginya terdiri daripada masakan tradisi Terengganu.
Hotel Primula |
Contoh Bilik |
Pemandangan dari atas Sumber : Internet |
Dalam perjalanan ke hotel, kami singgah beli keropok terengganu di BTB 2209. Sebuah kedai keropok yang terkenal. Difahamkan untuk makan disini, terpaksa mengambil nombor. Kebetulan waktu kami pergi sudah melepasi waktu rehat, jadi suasana agak lenggang. Kami cuma bungkus sahaja, makan di hotel. Memang tidak rugi merasa keropok lekor BTB, memang sedap.
Keropok Lekor BTB 2209 |
Petangnya, dalam sekitar pukul 3.00 kami bertolak dari hotel ke Pasar Payang untuk aktiviti shopping. Hotel ini menyediakan perkhidmatan 'shuttle' dari hotel ke bandar. Jadi tidak perlu susah payah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Antara produk yang menarik di Pasar Payang ialah batik Terengganu. Memang rambang mata, cantik-cantik belaka. Bagi peminat batik, perlulah kumpul duit sebelum ke sana.
Hampir dua jam berada di sini, terasa pulak nak makan ikan celup tepung (ICT) di belakang airport. Dari pasar payang, kami menaiki teksi ke ICT Haji Pok Long.
Menu yang kami ambil, dua pinggan udang, dua pinggang sotong, seekor ikan dan tiga gelas air teh ais. Semuanya RM32.00 . Memang puas hati. Cuma yang tak bestnyer disini, tiada kemudahan pengangkutan awam. Kos teksi yang dibayar ialah RM80.00
(dari pasar payang - ICT Pok Long (RM30.00), kos menunggu (RM20.00) dan dari ICT ke hotel (RM30.00))
0 comments