Homestay : D' Yan Chalet Pantai Merdeka.
Selalunya kalau pergi ke Pantai Merdeka memang tak pernah tidur sana. Pergi hari balik hari ja. Tetiba minggu lepas, adik ipar ajak join family day keluarganya. Stay kat sana, everything sponsor...uish bestnya. Semua adik dan adik ipar yang urus.
Rupa-rupanya banyak homestay kat area Pantai Merdeka terutamanya untuk yang kaki memancing. Tetapi disebabkan nak bawa ramai kanak-kanak, jadi kena carilah homestay yang sesuai untuk mereka kan. Pilihan adik ipar adalah Homestay D' Yan Chalet , Pantai Merdeka.
Lokasi memang tak jauh dari Pantai Merdeka, boleh jalan kaki ja, lebih kurang dalam 100 meter ja ataupun tak sampai. Homestay ini mempunyai empat buah rumah. Dapur juga disediakan untuk memasak . Tempat BBQ juga turut disediakan.
Kami ambil dua buah rumah, satu rumah mempunyai dua bilik dan sebuah lagi tiada bilik tetapi mempunyai dua buah katil queen. Terdapat sebuah kolam mandi yang sesuai untuk kanak-kanak.
Terdapat juga kerusi dan meja di sekitar chalet untuk lepak-lepak . Tapi tak sempat pun, sebab petangnya terus ke Pantai Merdeka.
Bawah ni , gambar anak buah, Najiha. Dah tak sabar dah nak makan. Yang lain dok sibuk menghidang, dia dah siap amik pinggan.
Antara pemandangan di sekitar chalet. Semua gambar di ambil pemandangan di ambil pada waktu pagi.
Joran Homestay, antara chalet yang berada berdekatan dengan D' Yan Chalet.
*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan
CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi
019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
0 comments