10 Rahsia Menjadi Usahawan Berjaya





10 Rahsia Menjadi Usahawan Yang Berjaya.

1. Niat yang betul.


Dalam menjalankan urusan perniagaan, anda mestilah mempunyai niat yang betul iaitu untuk mencari keredaan Allah. Dengan niat yang betul, pekerjaan yang anda lakukan itu akan menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar Ibn Al-Khattab R.a. beliau berkata,
Aku mendengar Rasulullah bersabda,“Bahawa sesuatu amalan itu adalah bergantung kepada niat. Bagi setiap orang itu adalah apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa berhijrah kerana mahu mencari habuan dunia dan perempuan yang mahu dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang ditujuinya\"


2. Mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.

Adat dalam berniaga mesti ada untung dan rugi. Jika perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan keuntungan seperti yang diharapkan, anda mestilah bersabar dan tidak cepat melatah. Usaha mesti digandakan dan semangat mesti ditingkatkan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah : Ayat 153,“ Wahai orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar”


3. Berani Mengambil Risiko

Setiap usahawan mestilah berani memulakan sesuatu yang beliau sendiri tidak pasti dan sanggup mengambil sebarang risiko di samping mencari kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengurangkan risiko yang timbul dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi yang cara yang berhemah dan bijaksana.


4. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, anda mesti sentiasa menuntut ilmu dalam bidang yang berkaitan untuk memudahkan anda berurusan dengan pihak luar. Tanpa ilmu, anda akan mudah ditipu oleh pesaing-pesaing anda. Kuasai pelbagai cabang ilmu untuk memudahkan anda mencipta kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan.

5. Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

Tidak dapat dinafikan bahawa didalam apa jua bentuk perniagaan mahupun pekerjaan, komunikasi adalah alat yang sangat penting untuk anda memindahkan maklumat kepada orang lain. Anda perlu berkomunikasi dengan pelanggan, tetamu dan juga rakan. Oleh itu, hubungan komunikasi yang baik perlu dijalinkan untuk memudahkan urusan perniagaan bagi kedua-dua pihak. Dengan adanya komunikasi yang baik, anda dapat membuka jaringan perniagaan yang lebih luas.

6. Mempunyai kemahiran dalam membuat keputusan.

Membuat keputusan yang melulu dan tanpa berfikir panjang perlu dielakkan dalam perniagaan. Anda harus memikirkan baik dan buruk sebelum sesuatu keputusan itu dilaksanakan. Justeru itu, Islam sangat menekankan sistem musyawarah dilakukan sebelum sebelum sebarang keputusan diambil.

Daripada riwayat Ahmad, Rasulullah telah bersabda kepada Abu Bakar dan Umar :“Apabila kalian berdua sepakat dalam musyawarah, aku tidak akan menyalahkan kalian berdua”.

7. Mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan.

Setiap usahawan yang bercita-cita mahu berjaya dalam bidang keusahawan mestilah mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan.  Dengan adanya perancangan yang baik, ia akan memudahkan anda menjadi usahawan yang berjaya kerana usahawan yang sejati adalah seorang yang strategik dan mempunyai daya saing yang tinggi.

8. Sentiasa berfikiran positif.

Anda mesti bijak mengurus tekanan atau stress dalam perniagaan. Amalkan berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif ia memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan anda. Lihatlah masalah itu sebagai satu cabaran yang mesti anda selesaikan dengan cara yang terbaik.

9. Sentiasa ada sifat rendah diri dan sentiasa ingin belajar.

Walau sehebat manapun kejayaan anda dalam bidang perniagaan yang diceburi, anda mestilah sentiasa bersifat dengan sifat rendah diri. Jangan jadi usahawan yang bongkak dan sombong. Jauhkan sifat riak dan takbur. Jadilah seperti resmi padi, yakni makin tunduk makin berisi.



10.Sentiasa bersyukur.

Anda mesti sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sama ada rezeki itu sedikit atau banyak. Sentiasa berkongsi rezeki yang ada dengan orang lain agar Allah membukakan lebih banyak pintu rezeki untuk anda.Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, Surah Ibrahim: ayat 7,“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti  Kami akan menambahkan nikmatKu kepadamu, dan jika engkau mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabku amat pedih.”





*******************************************************************************

Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244  untuk maklumat lanjut


*******************************************************************************

You Might Also Like

4 comments