Hari Pertama : Melbourne, Australia
Bertolak ke Melbourne
Kami berlepas ke Melbourne dari Air Port , Bayan Lepas, Pulau Pinang pada pukul 6.20 petang dan tiba di KLIA 2 jam 7.20 malam. Masa ni time jerebu. Dok berdoa banyak-banyak, moga-moga flight tak delay. Flight ke Melbourne jam 10.20 malam. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
First time turun KLIA2 untuk tukar flight dari domestik ke antarabangsa, jauhnya nak jalan. So, advise kepada pelancong, jangan lah buat ralit no,sebab ada kes yang pernah terlepas flight ke Melbourne. Untuk ke balai berlepas antarabangsa, akan ada 3 check point untuk pemeriksaan kastam. Jadi lebih baik masuk awal sikit, nanti tak pasai-pasai kena pecut gear 5.
Flight ke Melbourne berlepas seperti yang dijadualkan. Kami tiba di airport Melbourne awal sedikit dari waktu sepatutnya iaitu jam 8.20 pagi (waktu tempatan). Masa dalam flight, penumpang akan diberi declaration form, jadi kenalah isi. Mana-mana barang yang dibawa yang tidak pasti samada perlu declare atau tidak, tanda ja pada declare. Kalau form rosak atau hilang, jangan risau, ada lagi kat airport. :)
KESESAKAN DI AIRPORT MELBOURNE
Waktu kami sampai airport, mak aii ramainya orang beratur, kaunter buka dua ja.Dalam hati terdetik, wah nampaknya Malaysia lagi bagus. Rasa bangga gaklah. Memang lama nak lepas kastam, sempatlah berposing dengan kak Engku@Raja Azura. Terserempak ngan dia masa beratur. Memang sempoilah Kak Engku, peramah dan tak sombong, siap cakap loghat Kedah lagi.
Hampir 3 jam untuk lepas pintu masuk, memang lama gila. Tapi ada hikmahnya, barang-barang langsung tak di 'check'. Semua lepas macam tuh ja, may be sebab dah terlampau ramai sangat.
Mama ngan Kak Engku |
Sampai-sampai , kami terus di bawa ke Royal Botanic Garden & National Gallery of Victoria. Mula-mula sampai, terus jatuh cinta. Taman dia memang cantik- cantik sangat.
Excellent Coach Bus |
Abaikan masa pada gambar, salah setting. |
*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
Lihat Juga :
Hotel Batman & Restoren Blok M
Melbourne:Sheerbrooke National Park & Pesta Tulips
0 comments