Kelantan : Crystal Lodge Hotel dan Sun Two Restaurant
Dah lama tak turun ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Baru-baru ni berkesempatanlah jugak ke sana walaupun sekejap (dua hari satu malam) . Itupun atas kerja rasmi.
Alang-alang dah sampai kota bharu, memang rugilah tak pergi Pasar Siti Khadijah. Plan asal, sampai ja hotel, nak terus gi shopping tapi tak sempat . Sampai KB pun dah pukul 6.00 petang . Huhuhu, terbantut hajat.
Kami check in kat hotel Crystal Lodge. Bukan pasai apa pun, senang nak berjalan ke pasar. Dari sini tak payah amik bas atau teksi, jalan dalam 7-10 minit pun dah sampai. Memang dekat sangat. Bayaran satu malam RM169.00 (Standard - single bed). Not bad lah hotel ni. Strategik, dekat dengan bank dan jugak kedai makan. Boleh mai lagi next time.
Istimewanya hotel ni, tempat makan atas bumbung dan ada open space. Cuma masa kami pi, keadaan jerebu jadi tak bolehlah nak duduk kat luar.
![]() |
Gambar diambil jam 6.45 pagi |
Untuk dinner, kami tak makan kat hotel. Nak cuba makanan kat restoren luar. Jadi mahu tak mahu terpaksalah tanya adik receptionist hotel. Banyak pulak restoren yang di cadangkan. Memandangkan, Chinese Food Restaurant susah nak jumpa kat Kedah, jadi kami pun decide nak dinner di Restoren Sun Two. Memang famous rupanya restoren ni di Kelantan. Dah lama pun beroperasi sejak 1948. Restoren ni turun temurunlah ceritanya.
![]() |
Sejak 1948 |
* Harga hotel - RM169.00 (two single bed)
Contact :+60 9-747 0888
*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
0 comments