Jom ke Langkawi #1 : Restoren Kampung & AB Motel

Tak plan pun nak bercuti, tapi tercuti..hehehhe. Faizatul dah balik Malaysia, so, sempena kepulangan dia , kami pun amik keputusan nak bercuti dengan dialah. Nak berjalan-jalan sebelum dia mula stat kerja.

Trip kali ni, aku, shah & mama, Gee, Atul dan Mizul. Bilanya ? Perjalanan kami bermula dari 29 -30-Januari 2016 ja. Sekejap kan. Tapi aku N Mizul , sambung lagi satu hari kat sana, Pi sana , tak pakai travel agent, ala cuti dalam Malaysia ja kan. Kereta amik kat my sepupu. Penginapan, sampai sana baru cari.....memang gamble. Lagipun bukan musim cuti , tuh yang tak bimbang sangat. Sampai Langkawi baru decide...

Bertolak dari Kuala Kedah , jam 9.30 pagi (tiket atul dah amik awai-awai). So, dah boleh manage masa. Perjalanan lebih kurang 1 jam 45 minit. Cuaca pun elok dan laut tak bergelora sangat. Dalam bot, ditayang pulak citer Dilwale yang tengah top...tapi aku tak layan pun, layan mata ja.

Lebih kurang kul 11.45@ 12.00 tengahari , kami sampai di Langkawi, Dapat ja kereta sewa, terus kami pi cari kedai makan. On the way ke Cenang(ikut jalan Bukit malut), ternampak satu kedai ni. Kedai ni tepi jalan ja, ramai orang makan, lauk campur. Memang sedap, kebetulan perut pun lapar.  Dalam hati, sebelum balik , kena singgah lagi sekali lagi. Harga pun tak lah mahal sangat.  Restoren Selera Kampung , namanya (tak ingat nama, bila google, jumpalah gambar restoren ni).


Gambar : Hasil Carian Google


Dah habis makan, terus ke Cenang, cari hotel. Tanpa fikir panjang, terus kami check in kat AB Motel. Motel ini betul-betul dekat dengan pantai. Ada macam-macam bilik, kami amik 1 bilik untuk 4 orang  (RM180.00/night) dan 1 bilik untuk dua orang (RM120.00/night). Sepanjang pantai cenang, memang banyak hote dan motel dan kalau rasa nak gi Island Hoping atau Mangrove Island , jangan risau, banyak travel agency ada. Jadi boleh survey dan pilih.

Kat motel ni, ada juga pakej untuk ke Island Hoping, tapi rasa macam x baper nak recommend la amik kat sini, nak tahu kenapa, tunggu entri berikutnya.


Bilik di motel ni okay (jika anda jenis yang tak kisah), tapi x okay(jika anda yang jenis demand), tepuk dada, tanya selera. For us, boleh tidur dan rehat, dah okay. Motel ni tak ada disediakan bfast, nama pun dah motel kan. Jadi, kalau nak bfast, pandai-pandailah cari kedai yang berhampiran. Cuma masalah area ni adalah kawasan parking. Huhuhu, amat seksa. kalau boleh , dah masuk parking, x mau kuar dah. Sanggup jalan kaki lagi.


Sampai bilik, rehat sekejap, mandi dan solat, kami terus ke Oriental Village. Sasaran utama adalah Muzium 3D  Langkawi.



*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut

*******************************************************************************


You Might Also Like

0 comments