Jom ke Langkawi #3 : Pakej Island Hoping & Shopping
Hari Kedua
Selama datang ke Langkawi memang tak pernah join Island Hoping. Apa yang menarik sangat tentang Island Hoping ni. Island Hoping ni, kita akan naik bot dan akan ke Pulau Singa Besar, Beras Basah dan juga Tasik Dayang Bunting. Dan juga akan singgah di satu tempat untuk melihat burung helang makan (Eagle Feeding).
Macam mana nak dapat pakej ni. Kami stay di AB motel dan kebetulan di hadapannya ada travel agen iaitu AB Travel Station. Pakej yang diberi untuk island hoping agak murah iaitu RM25 / person.
Cuma, yang tak bestnya adalah tak tepat masa. Tak tahulah mungkin nasib kami kut pada hari tuh transport nak ke jeti masalah. Katanya van rosak..huhuhu. Dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 10.30 pagi menunggu. Sejam ooo..dah rugi masa kami. Bagi aku, sekiramya ada masalah, management perlu bertindak dengan pantas. Kebetulan pulak hari ni, mama, Shah, Gee dan Atul nak balik dah. Jadi masa itu penting untuk kami.
Akhirnya, dah tak naik van dah, terus pihak agensi minta kami ke pantai. Terus naik bot menuju ke Pulau Singa Besar. Apa yang menarik di sini. Aku pun tak sure, just ada laut dan pantai. Nampak macam tak sama dalam album arwah kakak . Agak boring di sini, tak ada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan. Nak amik gambar pun panas. Ada yang mandi kat sini, tapi kami decide nak mandi kat Tasik Dayang Bunting.
Selepas hampir 1 jam, kami bertolak pula ke Pulau Beras Basah. Macam tadi, kami just duduk, lepak-lepak. Nak mandi memang panas. Kalau ikut plan asal, memang dah cantik tapi apa nak buat kan.
Destinasi seterusnya ialah Eagle Feeding. Ini yang ditunggu oleh saya selama ini. Nak tengok dan bagi burung helang makan. Tapi sayang, masa kami sampai, dah tak banyak burung dan tak ada pun yang beri makan. Menurut kata pemandu bot, masa kami sampai tuh, diaorang dah makan. Jadi tak banyak yang keluar.
Tak lama di sini, kami terus menuju ke Tasik Dayang Bunting. Nak masuk tasik ni, kena bayar. RM 5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tasik ini unik kerana kedudukannya yang terletak di antara pulau-pulau. Dalam erti kata lain, tasik ini adalah air tawar. Nak menuju ke tasik kena menaiki tangga, jadi pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal terlebih dahulu.
Asal-asal memang tak nak terjun..takut ooo, memang comfirm dalam. Khabarnya setinggi 3 tingkat bangunan. Skill berenang pun tak ada (dah belajar renang, tapi x kuasai sepenuhnya). Tapi atas dorongan Shah dan Gee, akhirnya aku terjun jugak, of courselah , pakai jaket keselamatan. Mula-mula memang cuak..biasa kolam renang yang tak dalam, kita boleh pijak lantai, yang ni sah-sah memang tak ada. Jaket keselamatan boleh di sewa (sorry tak ingat harga, antara RM5 atau RM10). Bila dah ada confident ngan water, baru rasa nikmatnya. Siap boleh buat kuak lentang lagi.
** Kalau anda tak confident, dan tiada kawan, better jangan terjun**
Hampir 45 minit di sini, kami pun bersiap sedia pulang ke motel. Jika ikutkan waktu motel, memang kami dah checkout. Tapi disebabkan aku dan Mizul, sambung satu malam di motel yang sama, jadi semua barang-barang telah ditempatkan dalam bilik aku dan Mizul. Kami balik naik bot dah terus ke motel. Sempatlah yang lain tukar baju dan solat. Dah selesai semua, kami terus keluar untuk aktiviti shopping. Mai Langkawi tak shopping memang tak sah lah kan. Sebelum shopping, kami sekali lagi singgah di Restoren Kampung untuk makan tengah hari. Lepas tu terus ke Haji Ismail Group dan Pekan Kuah untuk aktiviti membeli belah.
*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk
kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut
*******************************************************************************
0 comments