Jom Ke Langkawi #4 : Pantai Cenang
Sepanjang pantai Cenang, sebenarnya banyak motel dan juga hotel. Jadi bolehlah pilih yang mana satu berkenan. AB motel adalah antara salah satu daripadanya. Banyak aktiviti yang disediakan pada waktu pagi dan petang. Antara nya naik payung terjun (huhuhu..tak ingat apa nama aktiviti ni), banana boat dan jet ski.
Dalam banyak-banyak aktiviti, kami hanya pilih banana boat ja. Hahahaha masing-masing fobia. Memang best banana boat kat sini sebab dia bawa ke laut lama berbanding dengan Pulau pangkor.
Kalau nak diikutkan , kami akan dihumban ke dalam laut sebanyak dua kali tapi atas request, kami hanya minta sekali sahaja.
Sekali pun, bila dah kena humban, langsung aku tak ingat apa-apa dah...panik punya pasal, aku capai tali bot dan swim perlahan-lahan ke pantai...tinggal semua member kat belakang...sorry my friend , Atul. Mesti kenangan ni tak leh dilupakan.

Ha tengok gambar macam nak malam kan, ni belum lagi maghrib, teknik pengambilan gambar. Hehehe
Waktu malam, kat pantai Cenang memang happening. banyak jualan dan gerai sepanjang jalan. Jika nasib baik, akan ada pasar malam. Rasa macam dok di oversea pulak. Malam pertama dinner kami adalah KFC. Lepas makan, sempatlah masuk supermarket kat situ. Nak cari tuala, nak pakai masa ke Tasik Dayang Bunting.
Malam Kedua, hanya aku dan Mizul sahaja tinggal. Kami jalan , nak cari kedai melayu. Nak makan nasi. Disebabkan masa awal salah arah, jadi kami terpaksa berjalan agak lama. sakit kaki, tambah-tambah selepas naik tangga di Tasik Dayang Bunting.
Masa jalan, salah satu niat kami nak cari pakej ke Mangroove Island. Katanya lagi best dari Island Hoping. Banyak pakej yang ditawarkan dan bergantung kepada baper banyak pulau yang akan di bawa. Paling murah AB Travel, RM45-RM50. Tapi disebabkan dah serik kejadian yang berlaku pasai Island Hoping, kami tak amik. Akhirnya kami ambil pakej yang berharga RM99.00 dari De Baron Agency . Kenapa mahal sikit, sebab pulau yang dibawa melebihi dari yang lain-lain. Jadi alang-alang dah nak pi, apa salahnya kan. Dan ianya agak berbaloi.

*******************************************************************************
Untuk keselesaan perjalanan anda, jadikan CelebrityLass peneman anda untuk
kesegaran anda sepanjang masa. Hubungi 019668244 untuk maklumat lanjut

0 comments