KOREA MAY 2017 : DAY 6 - SEOUL TOWER
20 Mei 2017 ( Sabtu )
Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Seoul. Memang tak sempat nak recover semua itenari yang dah dirancang. Hari ni, kami keluar lewat sikit. Masing-masing sibuk nak packing. Kebetulan cousin Atul yang berada di Korea akan menjadi pemandu pelancong kami.
Setelah menghabiskan saki baki bekalan yang dibawa dari Malaysia (simpan sikit saja untuk Busan), kami pun bersiap. Dah check out dari bilik, kami tinggalkan beg di lobi hotel. Ada tempat disediakan untuk simpan beg. Sebab nak gi jalan dulu, lepas tu baru balik ambil barang dan terus ke Stesen Seoul.
Hari ni plan utama adalah ke Namsan Tower (Seoul Tower). Kalau mai Seoul, tak sampai sini, macam tak sampai pulak ya.
Dari Itaewon ke Seoul Tower, boleh ja naik bus. Ada bus yang ke Seoul Tower. Boleh tanya reception hotel. Cik Shima lupa nak ambil no bos, maklumlah masa ni dah ada pemandu pelancong khas. Rupanya bus ini akan lalu Myeondong dan juga Namdaemun Market. Kami plan, kalau sempat nak singgah semula Namdaemun Market . Sementara tunggu bus, sempat juga cousin Atul tuh bawa kami ke Kedai EEL Skin. Kedai ni dekat ja ngan bus stop tu. Sini ada beg, dompet yang diperbuat dari kulit belut. Original tau. Biasalah perempuan, bila dah masuk sini akan jadi ralit. Tapi dijanjikan balik dari Namsan , nak singgah balik so kami fokus semula ke Seoul Tower. Sampai Seoul Tower, macam biasalah kena menapak sikit.
Hari ni hari last kami di Seoul, jadi kami decide nak sewa Hanbook. Harga dia, 18000 won. Tapi dia ada untuk beberapa jam. Kami ambil paling singkat sebab nak kejar masa. So, ceritanya kami berjalan sekitar menara dengan memakai hanbook. Nasib baik lah cuaca kat sana tak panas.
Cik Shima suka gambar ni |
Masa nak keluar galeri, kami naik lift. Masa dalam lift adalah seorang tourist tegur Cik Shima. Katanya " Beautiful". Wah, rasa best. tetiba rasa nak buat outdoor wedding kat sini...boleh dak gitu.
Jom layan sikit gambar di luar galeri ni.
Hanbook yang disewa ni untuk 3 jam, tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan, jadi tak sampai 3 jam kami dah pulangkan. Tapi memang puas hati lah. Masa gi Beijing ari tuh, tak sempat nak pakai pakaian tradisi di tembok besar, gara-gara diserang semput. Di Korea, dapat jugaklah rasa.
Ni nombor bus dia, cuma Cik Shima tak pasti route dia macam mana |
Sambil tunggu bas mai, sempat lagi berposing. |
Kali ni baru bergambar di depan masjid Seoul |
Alhamdulillah, berpeluang solat di masjid ni sebanyak 2 kali. Satu-satunya masjid di Seoul. Lepas makan, kami terus ke kedai EEL Skin,. Macam biasalah kan, kat sini paling lama. Kedai ni tak lah besar sangat, tapi pening gaklah nak pilih pun. Sempatlah Cik Shima ambil satu wallet ngan satu dompet untuk ayah Cik Shima. Dan baik sungguh pemilik kedai tersebut, siap bagi free gift lagi kat kami.
Kesudahannya wallet yang Cik Shima beli tu, sampai sekarang tak guna lagi. Cik Shima jenis tak suka tukar-tukar. Pakai selagi boleh. Beg tangan pun sama,rasa rumit ja kalau nak tukar beg tu. Lepas shopping , terus ke hotel , ambil barang dan terus bertolak ke Stesen Seoul. Malam ni nak bertolak ke Busan dengan menaiki keretapi Munghwa pulak. Dijangka tiba di Busan, awal pagi.
Suasana petang di Seoul. Masa ni rindu pula Malaysia. |
Platform menunngu ketibaan train |
Selamat Tinggal Seoul . In shaa allah, jumpa lagi.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?
Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan
Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Shampoo
Santan ->>Klik Sini
Pendaftaran
Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************
0 comments