KOREA MAY 2017 : DAY 5 - NAMI ISLAND
HARI KELIMA : 19 MEI 2017 (JUMAAT)
Kalau kali pertama datang ke Korea, tak pergi ke Pulau Nami, memang tak sah la ya. Cik Shima adalah google juga, ada yang cakap, kalau datang ke Nami tak kena musim, Pulau Nami tak lah menarik , ala2 taman botani macam kat Penang tu. Better pergi ke perkampungan Korea, Bunchok Village. Tapi member Cik Shima, kata alang-alang sampai, nak tengok jugalah Pulau Nami.Okay.
Sebenarnya, untuk ke Pulau Nami, ada banyak cara. Boleh rujuk Itenary Cik Shima. Samada naik MRT, bas atau ITX dari Seoul. Plan asal adalah nak naik MRT ja. Sebab ITX dan bus kena book tiket dulu. Tapi Cik Shima pun tak tahu kenapa plan nak di ubah. Setelah banyak sangat carian di Internet, sometimes akan menjadi lain dan confuse. Masing-masing amik kata putus nak naik ITX. So, kena pergi ke Stesen Seoul untuk dapatkan tiket ITX. Tapi malangnya tiket yang ada lambat, kul 12.00 lebih baru ada, so kalau nak juga kena ke stesen satu lagi iaitu Yanson. Dan akhirnya statik plan asal, naik MRT. Turun di Gapyeong Station.
Masa kat Seoul Station, kami beli siap siap tiket nak balik ke Busan. Naik keretapi Munghwa. Nak bermalam atas train. so, dah jimat untuk bayaran hotel untuk 1 malam. Nak beratur balik dah ramai, jadi kami pi kat mesin untuk beli tiket. Sekali tiket keluar, semua bahasa korea. Yang boleh faham, yang ada nombor ja. Yang penting, tarikh dan masa. Yang lain analisis kemudian. Gambar tiket ada snap, tapi cari balik tak jumpa..hihihi
Masa kat Seoul Station, kami beli siap siap tiket nak balik ke Busan. Naik keretapi Munghwa. Nak bermalam atas train. so, dah jimat untuk bayaran hotel untuk 1 malam. Nak beratur balik dah ramai, jadi kami pi kat mesin untuk beli tiket. Sekali tiket keluar, semua bahasa korea. Yang boleh faham, yang ada nombor ja. Yang penting, tarikh dan masa. Yang lain analisis kemudian. Gambar tiket ada snap, tapi cari balik tak jumpa..hihihi
Sambil tunggu Aisha beli tiket, kami posing dulu |
Sampai di Gapyeong Station untuk ke Jeti Pulau Nami ada 2 cara samada naik bas atau naik teksi. Kalau naik teksi 4 orang, memang jimat sangat . Lebih kurang 1000w/sorang. Cik Shima nak nasihat, jika korang hanya nak ke Pulau Nami sahaja, lebih baik naik teksi. Cik Shima dan kawan2 ada voucher bus yang dapat dari KTO. Voucher tuh 3500w/seorang untuk cover Pulau Nami, Petite France dan Garden of Morning Calm. So, naiklah bus shuttle. Kebetulan shuttle bus ni memang dah ada dan nak gerak.
Beratur nak beli tiket |
Sampai di Jeti , taklah sesak sangat.
Tiket untuk ke Pulau Nami 8000w. Masa menunggu untuk ke Pulau Nami
taklah lama. Dan seat dalam bot tuh bukan seperti dalam Langkawi,
kosong dan tak banyak tempat duduk. Lagipun kejap sahaja, lebih kurang
antara 10-15 minit. Kalau sapa yang berani, boleh nak flying fox. Masa
Cik Shima atas bot, nampaklah pasangan Mat Salleh, naik flying fox.
Nampak ramai, tapi boleh muat |
Sampai Pulau Nami, target nak cari Cafe Restaurant, nak makan nasi Goncang dan Mini Library. Mini Library nak cari surau. Tapi lastly, Kafe Reasturant x jumpa, kami makan di Asian Cuisine. Di Asian ni, bolehlah makanan dia, Cik Shima tak ingat dah amik menu apa, tapi ada sotong .Pedas sikit. Zue pun order menu yang sama, tapi kesian dia, masa ni bibirnya dah pecah. So, nak makan pun kena perlahan-lahan. Dari dalam Restaurant ni ada jalan nak ke Surau dalam Mini Library. Surau dia memang selesa.
Surau boleh ikut dalam laluan Asian Cusine |
Ni menu Cik Shima pilih. Pedas sikit. |
Dalam Mini Library. cantikkan |
Actually, Kafe Restaurant (menurut sepupu atul) ada..depan lagi dari bangunan mini Library tu.Emm..okay, next timelah, gamaknya. Lepas makan dan solat, kami pun bersiar-siar di Pulau Nami. Memang luas dan besar. Orang pun ramai. Untungnya bila mai sendiri ni, duduklah selama mana kita mahu.
Apa Khabar |
Panas. |
Disusun hanya menggunakan buku. Cantik |
Mai Nami, tak sah cari pokok ni |
Ramai orang, susah nak dapat port cantik |
Tak sah kalau tak amik gambar ngan patung Kang Jung Sang |
Nak Balik Dah |
Mana gambar Kang Jung Sang yang besar tu. Hahaha, tak amik, ramai sangat yang tunggu. Tak palah, simpan sahaja dalam hati. Lama juga kami di Pulau Nami, sampai tak sedar masa berlalu. So, bila tengok jam, memang tak sempat nak Petite France ngan Garden tu. So, kami ambil keputusan untuk balik ke Itaewon. Dalam perjalanan, kami nak singgah di Insadong Market, memandangkan ada lagi barang yang ingin dibeli.
Sampai di jeti, bas dah bergerak. Nak cepat kami amik ja teksi untuk ke stesen Ganpyeong. Masa ni baru tahu, kalau setakat nak ke Nami Island, baik naik teksi sahaja. Murah lagi dari naik bas.
2 comments
Oh teksi lagi murah dari bas ye kat sana?
BalasPadamTambang teksi dari stesen gapyeong ke Jeti Nami Island 4000w. Kalau 4 orang, sorang 1000w.
PadamBus kalau nak pergi sekali ke Petite France dan Garden of Morning Calm, jimat amik bus. Kami dapat voucer dari KTO 3500w/person.