KOREA MAY 2017 : DAY4 - SEOUL (ITAEWON, NAMDAEMUN MARKET, MYEONG DONG MARKET)
Sampai Seoul dah malam. Sampai ja dari Sokcho, kami terus ke Itaewon Stesen.. Sepanjang berada di Seoul, kami akan stay di Itaewon In. Sebab nak dekat dengan makanan halal. Sampai di Itaewon, terpinga juga nak cari hotel. Terpaksa tanya orang. Area sini memang happening, dah nampak macam Bukit Bintang pun ada. Rupanya sini, adalah kawasan elit juga.
Dah sampai Itaewon Inn, kena naik 1 tingkat untuk ke Lobi. Masa kami sampai, penyambut tetamu perempuan dan orang Malaysia. Bilik kami di aras 4. Tanpa lift. Okay. Senyum jerlah dalam hati. No wonder orang kat sini kurus.Kena panjat lagi. So, naik bilik, kemas, rehat dan makan jerlah apa yang patut .Lepas tu tidur. Sini tak leh dobi sendiri, kena hantar ke perkhidmatan dobi tapi harga okay.
Ni Pintu Masuk Itaewon Inn |
Dek penat dan tak tahu kenapa. dari mula check in sampai keluar, tak ambil langsung gambar hotel Itaewon Inn. Yang kat atas tuh, ihsan Mr. Google. Nanti Cik Shima bagi ulasan di penutup cerita Korea.
Hari Keempat :18 Mei (Khamis)
Ikut Itenary, hari ni kami akan ke dua Istana yang terkenal di Seoul. Pagi ni, lewat sikit bergerak sebab nak amik baju yang nak di dobi dan kami plan nak makan tenghari dulu. Aishah ada google makanan korea halal sekitar ni. Dan antara yang terkenal ialah Makan Restaurent.
Cik Shima order Bulgogi.
Kami sempat tanya pembantu restoren di sini, orang Indonesia, arah ke Masjid Itaewon. Rupa-rupanya masjid tu depan jalan Restoren Makan ni saja. Masa makan kami bincang perubahan Itenary, nampak gaya macam tak sempat bak ke Palace hari ni, so kami tukar pelan terus ke Namdaemun Market, nak cari brooch dan souvenir. Lepas makan, kami akan terus ke Masjid Itaewon.
Macam biasa, sampai masjid, still kena panjat juga tangga. Kami solat siap-siap di sana. Waktu di Korea memang awal dari Malaysia. Pukul 12.00 tenghari macam tu, dah masuk waktu Zohor.
Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Namdaemun Market, tapi dalam perjalanan ke stesen, kami ternampak satu kedai parfume, Muslim. Pemiliknya orang Arab. Kedai ni masih di Itaewon street, Pemiliknya memang ramah sangat. Selain parfume, produk skin care juga ada. Yang pasti, kedai ni comfirm halal.
Agak lama di sini, sehingga terlupa Namdaemun tutup pukul 5.00 pm. Bila berjalan di negara orang, paling cepat kita rasa adalah masa. Tengok-tengok jam dah dekat pukul 4.00 . Bergegas kami ke Namdaemun Market. Sampai di Namdaemun dalam 4.30 petang, huhuhu...macam lipas kudung, cari tempat brooch.
Sampai market ni, mak aii, memang besar dan luas. Pening juga nak cari kedai brooch, puas tanya orang tapi tak jumpa. Hampir dekat pukul 5.00 pm, finally, jumpa juga tapi diaorang semua dah tutup. Tapi rezeki kami juga kut, ada satu dua yang masih buka..tu pun , dah get ready nak tutup. Tapi penjual kedai tu, tetap sabar melayan. Brooch korea kat sini, memang murah. Berbaloi kalau beli. So, next time, sapa kaki shopping nak mai sini, kena mai awal..kalau tak, tak puas nak shopping.
Langsir kedai yang berwarna hijau tu, ada kedai tapi dah tutup. Dan di sinilah berakhirnya riwayat monopod Cik Shima. Buat macam mana ntah, terus patah.
Tshirt, brooch, souveniers memang boleh shopping kat sini, murah berbanding tempat lain. Seterusnya, kami reset balik Itenary. Bergerak ke Myeondong Market. Sapa gemar losyen, skincare boleh mai cari di sini. Berlambak-lambak. Tapi Cik Shima tak dak target untuk beli barang-barang tu, so Cik Shima just ikut ja diaorang dan sambil-sambil tu melihat telatah orang sekeliling.
Lepas ja shopping di Myeondong, kami terus balik ke hotel. Nak rehat, sebab esok nak pergi ke Nami Island.
Cik Shima order Bulgogi.
Kami sempat tanya pembantu restoren di sini, orang Indonesia, arah ke Masjid Itaewon. Rupa-rupanya masjid tu depan jalan Restoren Makan ni saja. Masa makan kami bincang perubahan Itenary, nampak gaya macam tak sempat bak ke Palace hari ni, so kami tukar pelan terus ke Namdaemun Market, nak cari brooch dan souvenir. Lepas makan, kami akan terus ke Masjid Itaewon.
Macam biasa, sampai masjid, still kena panjat juga tangga. Kami solat siap-siap di sana. Waktu di Korea memang awal dari Malaysia. Pukul 12.00 tenghari macam tu, dah masuk waktu Zohor.
Laluan ke Masjid dari Restoren Makan |
Laluan Menuju ke Ruang Solat |
Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Namdaemun Market, tapi dalam perjalanan ke stesen, kami ternampak satu kedai parfume, Muslim. Pemiliknya orang Arab. Kedai ni masih di Itaewon street, Pemiliknya memang ramah sangat. Selain parfume, produk skin care juga ada. Yang pasti, kedai ni comfirm halal.
Anak Pemilik, Fatima nama, suka sangat dengan Aishah |
Belakang tu Nama Kedai |
Agak lama di sini, sehingga terlupa Namdaemun tutup pukul 5.00 pm. Bila berjalan di negara orang, paling cepat kita rasa adalah masa. Tengok-tengok jam dah dekat pukul 4.00 . Bergegas kami ke Namdaemun Market. Sampai di Namdaemun dalam 4.30 petang, huhuhu...macam lipas kudung, cari tempat brooch.
Sampai market ni, mak aii, memang besar dan luas. Pening juga nak cari kedai brooch, puas tanya orang tapi tak jumpa. Hampir dekat pukul 5.00 pm, finally, jumpa juga tapi diaorang semua dah tutup. Tapi rezeki kami juga kut, ada satu dua yang masih buka..tu pun , dah get ready nak tutup. Tapi penjual kedai tu, tetap sabar melayan. Brooch korea kat sini, memang murah. Berbaloi kalau beli. So, next time, sapa kaki shopping nak mai sini, kena mai awal..kalau tak, tak puas nak shopping.
Meriah tak |
Bersama penjual kedai |
Tinggal Kenangan. |
Tshirt, brooch, souveniers memang boleh shopping kat sini, murah berbanding tempat lain. Seterusnya, kami reset balik Itenary. Bergerak ke Myeondong Market. Sapa gemar losyen, skincare boleh mai cari di sini. Berlambak-lambak. Tapi Cik Shima tak dak target untuk beli barang-barang tu, so Cik Shima just ikut ja diaorang dan sambil-sambil tu melihat telatah orang sekeliling.
Ala-ala Petaling Street pun ada |
Ni skincare tau. Comey kan |
Lepas ja shopping di Myeondong, kami terus balik ke hotel. Nak rehat, sebab esok nak pergi ke Nami Island.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur? Rambut Luruh? Rambut
Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan Kimia Berbahaya. Shampoo
Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Pendaftarabn Agent/ Leader juga
dibuka.
**********************************************************
0 comments