MANHATTAN BUSINESS HOTEL, DAMANSARA PERDANA
Ni Cik Shima nak bagitau, kalau ada yang berurusan di Damansara Perdana, bolehlah stay di hotel Manhattan Business Hotel, Damansara Perdana. Hotel ni sesuailah untuk stay 1 malam 1 hari.
Jika cari dalam booking.com atau agoda.com, akan jumpa dua. Satu Manhattan Business Hotel di TTDI dan satu lagi di Damansara Perdana.
Harga boleh check di agoda.com, booking.com atau boleh ja call hotel sendiri. Hotel ni Cik Shima cari bila Cik Shima nak attend Seminar NLP di Bentley Music, Mutiara Damansara. Stokis Cik Shima, Amy tanya penganjur hotel yang terdekat pada pihak penganjur, beliau cadangkan hotel ni. So, dalam masa yang terhad dan kebetulan risau bilik habis, Cik Shima booking ja melalui booking.com. Kebetulan bila compare dengan agoda, harga di booking lagi best. Cik Shima ambil bilk Deluxe Twin Sharing Room. Plan, nak tidur 3 orang. Harga ni masa dapat RM186.00 pastu tambah tax, jadilah dalam RM219(sampai hotel baru sedar). Actually, boleh dapat lagi murah rasanya kalau betul-betul survey. Memandangkan Cik Shima stay dengan Amy dan juga Kasih, so, harga hotel kami bahagi 3 orang. Jimat. Hotel ni juga menyediakan sarapan pagi.
Cara nak ke Hotel .
PUBLIC TRANSPORT
Actually, tak susah sangat kalau nak naik public transport. Kebetulan Cik Shima dan Amy naik ETS dari Sungai Petani, kami turun di KL Sentral. Dari KL Sentral naik MRT ke Mutiara Damansara. Dari stesen Mutiara Damansara, amik bas 809 ke hotel ni. Bas akan turun di simpang empat, akan nampak tulisan besar Damansara Perdana. Hotel tersebut betul-betul berada di tepi simpang empat ni.
Peringatan dari Cik Shima, kalau nak tanya driver bas, anda perlu bersabar ya. Actually, ada kisah Cik Shima ngan driver bas 809 ni. Tak friendly, Cik Shima tak sangka perkara ni berlaku di Malaysia. Kepada pemandu bas di Malaysia, kalau ada yang tanya, sila lah jaga adab ya, walaupun yang bertany adalah rakyat Malaysia. Berbeza bila Cik Shima travel ke luar negara. Memang Cik Shima terkejut sangat.
Member Cik Shima tanya juga, kenapa tak pakai uber. Uber pun Cik Shima serik juga sebenarnya. Tambah kalau nak request dalam jarak yang dekat. Ada pengalaman. Boleh baca kisah masa Cik Shima nak ke Korea-------> BERLEPAS KE KOREA .
KERETA SENDIRI
Boleh jika nak bawa kereta. Cuma parking tidak disediakan oleh pihak hotel. Parking lot ada di bawah bangunan tetapi berbayar. Cik Shima lupa rate dia, per hour ataupun flat rate.
*********************************************************
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Jom Celik Emas ->> Klik Sini.
Anda sayang rambut anda? Mahu Bebas Kelemumur?
Rambut Luruh? Rambut Gatal? Kusut? Jom Tukar ke Produk Organik. Bebas Bahan
Kimia Berbahaya. Shampoo Santan adalah terbaik. Hubungi 0192668244.
Pendaftaran
Agent/ Leader juga dibuka.
**********************************************************
0 comments